cerita akhir tahun...

assalamualaikum wbt.....


pejam celik.pejam celik kita sudah di akhir tahun.masa semakin singkat kan.dan kita semakin tua.baru semalam aku rasa aku masuk darjah 1 tapi melangkah tahun depan aku dah 20 tahun kemudian*tambah2 aku januari born* macam tak percaya je aku akan masuk 27tahun.

sepanjang tahun 2008,macam2 pahit manis jadi dalam hidup aku.dari bulan januari usia aku bertambah ke 26 dan aku telah menghadiahkan diri aku dgn sebuah dslr.ya,sebelum aku dihargai oleh org lain,aku perlu menghargai diri sendiri...kemudian di bulan februari,kenangan manis perkhemahan msjbox di PD disusuli majlis akad nikah abg aku dan dia menjadi model pertama aku sbg pengguna dslr,diikuti majlis kahwen pada bulan mac.so skang dalam famili aku dah bertambah ahli keluarga perempuan.masih ingat lagi aku yg mula2 jeles sbb terasa diabaikan~hahahaha.macam budak2 kan.tapi itulah yg aku rasa...

bulan april setiap tahun aku selalu join gathering msjbox*tahun depan aku bukan lagi pengguna msjbox.leh join ker???*then bulan april jugak kenangan manis aku bercuti dgn teman2 rapat uitm ke langkawi.*besh sgt2*bulan mei plak aku bergelar pelajar kembali.aku sambung degree secara jarak jauh di usm.aku harap perjalanan degree aku kali ni sampai ke destinasi kerana banyak sungguh halangan aku nak dapatkan degree dalam hidup aku ni.dah beberapa kali tertunda..sbb semuanya salah aku.bulan jun aku dipenuhi dgn jadual ketat sbg pelajar dan komitmen sbg org penting jabatan*cewahhh*

bulan julai,aku kehilangan satu2nya tok yg aku masih ada.sampai skang aku masih terasa kehilangannya walau aku bukanlah terlalu rapat semasa hayatnya.bulan ogos,aku manjadi OP bagi satu wedding.ini betul1 aku anggap sbg customer sbb aku jumpa masa hari wedding.september,oktober dan november,aku terlalu sibuk.kepala aku penuh dgn bermacam2 perkara.aku betul2 kuatkan semangat masa tu.

disember setiap tahun adalah bulan genting aku,sbbnya aku perlu close akaun,siapkan bajet tahun depan,habiskan duit kerajaan,dll.dan tahun 2008 aku rasa aku layak dipanggil workoholic.

tahun 2008 gak,aku banyak sgt makan kenduri kawan2.*cuma turn aku je belum sampai*,kadang2 stress gak bila ada cakap2 tapi aku tahu "JODOH ITU RAHSIA ALLAH",biarlah org kata aku nie demanded atau apa saja tapi hanya aku tahu rasa hati aku..kepada AWAK...saya harap awak bahagia,saya terima hakikat antara kita tiada jodoh,mulanya susah gak sy nak lupakan awak tapi skang sudah hilang rasa di hati saya..tapi kenangan dgn awak buat saya tersenyum sampai bila-bila

2008 gak menyaksikan aku bukan lagi blogger tegar,pertama kerana kesibukan aku yg melampau dan kedua atas gangguan dari sorang blogger.*actually dia baru saja bergelar blogger*.hanya mereka yg benar2 rapat je tahu.ada yg suruh aku tunjuk lagi kehebatan aku pada budak tu.tapi itu bukanlah aku.aku tak ingin panjang2 cerita.pada budak tu,what u give u get back.so face it as what i'm face it before,dia patutnya bersyukur kerana aku tidak buat seperti apa yg dia pernah buat pada aku.so dia skang adalah antara kawan2 anda semua.wish u all good luck!!!~hehehehe

wah panjang sudah aku menulis,lepaskan gian.bulan nie baru entri ke3.hehehe.so aku harap tahun yg akan datang membuatkan aku lebih dewasa dalam berpikir.aku nak hilangkan sikap panas baran aku ni*2008 dah hilang sket*,dan kalau boleh aku nak ada mysoul plak(aku dah ada myheart&myken).semoga tahun 2009 akan lebih membahagiakan aku dan anda semua*muaaaaaaaaaaaah* owh ya.ini blog peribadi aku,kalau nak tgk gambar masuk ke photoblog aku http://thehunterstudio.blogspot.com


nota jari:salam happy birthday buat my sweet maliha anouskha.may Allah bless u.amin....

Comments

  1. slmt thn baru sis.thanks invite k?

    dah 27?huhu.mcm muda je tet tgk.hehe

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru masihi dan hijrah sis...semoga impian ditahun 2009 ini tercapai hendaknya...success la dgn apa jua benda yg ko lakukan k...

    ReplyDelete
  3. ted--->salam tahun baru ted.sama2.haha kejap kan dah 27.awek muda ek..


    chot--->salam tahun baru chot.thanks.ko pun sama la.

    ReplyDelete

Post a Comment