Saturday, December 5, 2009

sampai kapan?

assalamualaikum wbt...

sampai bila agaknya aku akan shoot wedding ni,aku sendiri tak tahu samada aku shoot wedding ni utk duit atau untuk apa.yang aku tau aku sangat2 enjoi shoot wedding.seriously.even sangat2 penat sebenarnya.photoq lelaki pun penat apa lagi aku yg kurang stamina ni.

aku pernah kata dalam hati aku yg aku akan stop shoot wedding bila aku dah kawen,tapi samada betul atau tak aku tak pasti sbb once u clik the shutter,u always want to clik and clik.indeed!!

selain itu dengan shoot wedding jugak buat aku rasa aku dekat dengan keluarga dan adat melayu.bila dalam majlis wedding kita akan lihat kemesraan,kegembiraan,dan macam2 hal la.kalau dulu setahun maybe hanya sekali dua sahaja aku hadiri majlis kenduri.tapi skang ni.sebulan aje dah berapa wedding aku kena hadiri *hiks*

owh ya.2 hari lepas aku keluarkan cash lagi 1.5k beli lens baru.so tadi aku shoot guna lens baru namun dia masih belum mesra dengan aku.sedikit cabaran la buat aku.

nota kaki:bukan mudah punya hobi yang mahal ni :p

Tuesday, December 1, 2009

kosong

assalamualaikum wbt

tahun ni adalah tahun bagi sibuk bagi aku,namun tiba-tiba 2-3hr lepas aku terasa hidup aku seperti sunyi dan kosong

nota kaki:dah lama tak dengar lagu 'kosong'

Thursday, November 26, 2009

sedih dan pedih

assalamualaikum wbt

esok hari raya korban.
anak buah aku balik ke kampung sana.
dan akan terus tinggal di sana
umah abg aku dah siap.
mak nagis.nangis.nangis.
aku sedih.
tapi bila mak suruh aku call kakak ipar.
aku malas.
bukankah dia yang patut call.
mak telefon abang aku.
dah otw balik sana lepas kerja
aku pedih.

nota kaki:kenapa la otak mereka tidak tahu berfikir.itu satu-satunya cucu.tak sempat bermanja,dah dibawa jauh.aku geram sebenarnya.tapi apa mampu aku buat.org lelaki kalau dah dapat isteri,mak pun dah lupa.indeed!!!!

Monday, November 9, 2009

audit dalam KKM

assalamualaikum wbt...

hari audit dalam KKM.maka dengan ini sudah audit rasmi kedua bagi tahun ni.report naziran espkb pun baru sampai.kena siapkan dalam masa sebulan.bila dah sampai hujung tahun ni.memang aku dah mula busy dengan semua kerja-kerja kewangan aku.walaupun bebanan kerja aku mungkin sedikit kurang tetapi kadang-kala aku rasa macam lebih membebankan bila aku terpaksa memantau beberapa perkara.

so far oklah sebab kekuatan tenaga aku terhadap kerja kembali.bila beberapa waktu itu,aku sedikit malas (maybe addict to fb),sampai aku rasakan prestasi kerja aku merudum.nasib baik aku bukan jenis mengambil kesempatan atau lupa diri.aku sedar komitmen dan t/jawab aku besar walau diikutkan post aku biasa sahaja.mungkin belum tiba rejeki aku.berdoa dan terus berdoa,hanya itu saja harapan aku.kalau aku ingin keluar dari opis itu,hanya bila aku dinaikkan pangkat sebab buat masa ni semua boss tak akan sign borang tranfer aku.

okeylah buat masa ni,sbb besok masih ada lagi sehari audit akan dijalankan.hopefully tak banyak sangat yang kena kuiri,but i need that.it is the process of learning actually... :)

nota kaki:sejak ada fb ni,ramai blogger yg semakin bersara.harap aku tidak

Sunday, October 18, 2009

syukur...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah.syukur sangat yang aku tak dapat nak digambarkan dengan apa-apa.result ct scan bapak dah keluar dan bapak dah dijauhi dari penyakit bahaya seperti kanser dan tibi.cumanya selepas 3 bulan bapak kena xray lagi sebab nak pastikan samada air yang ada dalam paru2 bapak kembalik banyak atau tidak.

nota kaki: aku ada bernazar,kalau bapak dijauhi dari penyakit akan puasa 3 hari

Tuesday, October 13, 2009

kembali ke sini....

assalamualaikum wbt...

setelah mengambil kita beberapa aspek kehidupan~hahaha.rasanya selepas ini aku akan kembali menulis kat sini.sekarang macam-macam perkara peribadi yang jadi dalam hidup aku.dan kadang kala emosi aku tak terkawal.so rasanya bukan dengan semua orang aku mampu nak share.persepsi semua orang pada aku pun bukkanya sama.so lebih baik menulis disini.

blog satu lagi,aku akan tumpukan dengan hasil-hasil fotografi aku.mungkin sesekali saja menyelit dengan beberapa kisah.lagi pulak,aku sudah tidak mengaktifkan diri aku lagi dengan aktiviti msjbox.bukannya aku melupakan mereka.kalau aku turun ke kl sesekali pasti aku tidak lupa contact mereka yg aku sayang.serius.aku betul2 sayangkan persahabatan msjbox aku.thanks buddies.

khamis ni mungkin penyakit sebenar bapak akan tahu.biasanya bila dah buat ct scan 100% resultnya akan diketahui.kekadang aku rasa aku kuat nak hadapi segala kemungkinan.dan dalam masa yg sama aku akui,sesungguhnya jiwa aku sgt2 lemah.org cakap best jadi anak pompuan tunggal ni.aku akui.tapi dalam pada itu,tanggungjawab besar buat aku.kadang2 aku stress juga dalam famili.bukan senang nak hadapi lelaki-lelaki dalam umah aku.semuanya dgn kepala masing2 bahkan sedikit sebanyak aku akui hormon mereka juga mempengaruhi kehidupan aku.dengan sikap temper aku.macam mana agaknya mak selama berpuluh2 tahun menghadapi situasi ni kan.

selain tu,satu lagi rumah sewa didirikan depan umah aku.bagi yg pernah sampai kat umah aku.mst akan terkejutkan.dah la nak masuk umah aku tu hanya muat sebiji motor,sekarang pulak ada lagi sebuah rumah sewa didirikan.ya betul.jgn terkejut.sadis betul bila org melatu buat kita mcm tu kan.rentetan kes ni,aku akan akan ceritakan pada entri seterusnya kelak...

nota kaki: betul ke,semakin banyak kita diuji..itu tandanya Dia sayangkan kita..

Sunday, October 11, 2009

uji...

assalamualaikum wbt...

tahun ini aku benar-benar diuji.
aku seperti tidak mampu bertahan
ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini.

nota kaki:aku seperti sudah tidak mahu menulis di blog itu lagi.biarlah hanya hasil fotografi aku disana.

Friday, September 11, 2009

Ramadhan kali ni...

assalamualaikum wbt...

ramadhan kali ini tdk seperti ramadhan2 yg dulu.ramadhan kali ini aku diuji.dgn bapak yg sakit.even kesakitan yg tak nampak sbb tak terlantar.tapi aku tau bapak sakit.

ramadhan kali ni jugak,aku hanya menjengah masjid hanya sekali bg sembahyang tarawikh.aku tdk sampai ati nak tgl bapak sorang2 bila semua ke masjid.walau aku xperlu buat apa2 tapi cukupla aku kat umah temankan bapak.kalau ramadhan2 yg lalu.aku dan bapaklah yg akan tarawikh kat masjid.kekadang bapak akn tunggu aku dgn basikalnya bila aku buat sampai 20 rakaat.yelah nak masuk kg tu gelap

benarlah kata org menjaga org sakit ini memerlukan kesabaran yg tinggi.kdg2 cakap kita langsung taknak didengar.kdg2 marah2 kita.alhamdulillah sampai sekarang aku masih sabar menghadapi dugaan ini.aku sendiri tidak tahu dimana munculkan kesabaran dlm diri aku sbb inilah masalah utama aku.aku bukan seorang yg penyabar.semua org tahu ttg itu bahkan sikap panas baran aku yg sedaya upaya aku cuba kikis.

tadi hospital call aku.bagitau yg bapak perlu jumpa doktor rabu depan.even sepatutnya selepas raya appointment bapak seterusnya.aku tidak sedap hati.pasti ada yg tidak kena.sepanjang pulang dr opis.air mata aku xberhenti2 keluar.aku ingin jadi kuat dan tabah.tapi aku tak mampu :(

pada Tuhan aku mohon agar bapak dijauhkan penyakit2 bahaya.mohon aku diberi kekuatan atas segala kemungkinan.mohon dikuatkan semangat kami sekeluarga dan diberi kesabaran atas ujianNya.amin...

nota kaki:terus hilang segala mood aku :(

Friday, August 28, 2009

cerita hari ini

salam,

hari ni dah seminggu puasa.
tahun ni tak terasa sgt
sbb hujan je.

hari ni birthday awak,
awak..kawan baik saya (tapi sy je yg baik kat awak)
selamat hari lahir
semoga panjang umo dan dipercepatkan jodoh.
aminnnn

nota kaki:hadiah birthday xdapat nak bago on the dot.sian aku nyusahkan kak zila :p
assalamualaikum wbt... Photobucket hari ni bithday salah seorang sahabat aku.tapi dia dah pindah balik ke kampung halaman.walaupun jauh.aku tetap akan ingat,insyallah.so SELAMAT HARI LAHIR awak.semoga dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh awak dengan si dia.so bila dah jauh.mst igt balik kan.hadiah saya pada awak tahun lepas...kat bawah ni :p hope masa baca entri ni (kalau la baca..)awak dah terima hadiah saya tahun ni :)   nota kaki: kejap saja dah 7 Ramadhan.hanya tinggal 23 hari untuk kita sama2 menikmati kemuliaan bulan ini.renung-renungkan dan selamat beramal :)

Thursday, August 13, 2009

berdoa dan terus berdoa

assalamualaikum wbt...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,

Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

aku terima email dari sorang kawan masa aku kursus BTN dulu.aku dah pernah dgr kata2 ni.tapi kekadang kita tak mampu nak igt semuanya.dan bila email ni aku terima.sesuai sgt dgn situasi aku skang ni.

esok bapak kene buat scoop plak.iaitu masukkan camera kedalam paru2 untuk nak lihat apa yg ada kat situ.aku berdoa semoga semuanya selamat.risau.sudah tentu sgt risau.tapi aku nak lihat bapak sihat mcm dulu.so aku kene terima apa saja yg perlu demi kesihatan bapak.dalam tempoh beberapa minggu ni.mcm2 hal jadi dalam hidup aku dah sekeliling aku.dugaan dtg bertimpa2.sesabar mungkin aku cuba bertahan.

dalam tempoh ni juga.bos sudah bertukar.walau dulu selalu berdoa agar bos sebelum ini kembali ke tempat asal.tapi kalau boleh aku taknak keadaan spt ni jadi.bos aku amik cuti tanpa gaji sbb nak jaga husband dia yg diserang strok.tindakan drastik yg dia ambil mmg mengejutkan semua pihak.aku tau ramai yg suka.tapi bagi aku setiap org ada kelebihan dan kelemahan.

nota kaki:bulan ni birthday kawan baik aku.sudah lama kami terputus hubungan.aku redha.pasti ada hikmah disebalik kejadian.insyallah aku tetap akan tunaikan janji hadiah aku pada dia..

Sunday, August 9, 2009

aku sedih :(

assalamualaikum wbt...

walau seminggu nampak aku ok.selera makan aku ok.tapi tak siapa tahu gelodak rasa dalam hati dan jiwa aku.hanya Dia saja yg tahu.tidak kengkawan aku.tidak juga famili aku.dalaman aku sgt2 lemah sebenarnya.tapi kucuba sedaya upaya turutkan juga nasihat mereka yg terdekat agar aku kuat.jgn tunjuk kesedihan aku.

esok bapak kene x-ray lagi.kalau ikutkan aku takut nak hadapi mingu ni.sbb aku macam x bersedia nak dgr hasil ujian diagnosis bapak.walau aku siang malam berdoa agar bapak dijauhkan dari penyakit berbahaya.bapak juga semakin lama semakin kurus.aku tau bapak mst curi2 merokok kat luar.bayangkan 50tahun bapak hidup dgn merokok.bukan senang bapak nak buang sekaligus.bila tgk bapak.aku sedih.sedih mengenangkan bapak belikan makan untuk aku tiap2 pagi.sedih atas segala2nya yg bapak dah buat pada aku.satu2nya zuriat pompuan yg bapak ada :(

kala ini.aku rasa aku sgt2 perlukan pelukan dari kawan2 aku.pelukan semangat buat aku.sebab aku terlalu lemah.lemah dari segi mental dan fizikal.

nota kaki:tiba2 teringat pada kak ily.yg sll bagi semangat setiap kali aku dilanda masalah.

Friday, July 31, 2009

:(

assalamualaikum wbt...

lemah dan sangat lemah.beginilah keadaan aku skang ni.sesungguhnya hanya Dia yg mempunyai kekuasaan kepada kita.dan sebagai hamba kita perlu kuat dalam menempuh ujian.Ya Allah,kenapa aku selemah ini.baru sedikit ujian yang Kau beri,aku sudah sgt2 lemah.

bapak aku kene admit di HPP stat hari jumaat,24 Julai sampai 31 julai.mulanya akibat penat dan bila hasil X-ray keluar,bapak mempunyai masalah di paru-paru.sbb utama semestinyalah akibat merokok.tapping telah dbuat dibhgn paru2 beliau dan hasilnya banyak air bewarna kuning yg disedut keluar.Ya Tuhan,aku mula pening,mual dan muntah bila tgk bende ni semua.mak juga yg kuat.keadaan bapak sgt2 kesian.

memandangkan aku keje kat KKM dan kawan2 aku pon ada terdiri dari staff nurse instructor so mereka banyak dtg tgk report bapak aku.ya Tuhan ujian lagi.bapak aku suspek kanser paru-paru.bayangkan dunia aku.aku yg sememangnya lemah.bertambah2 lemah bila dgr berita ni.hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku.kalau seminggu ni ditadah air mata aku,rasanya sudah penuh baldi.

baru kini aku rasakan,berat mata memandang.berat lagi bahu yang memikulnya.hidup aku sedikit kacau bila.terlalu banyak benda dalam otak fikiran aku.dengan kesihatan mak yg jugak tak berapa sihat.sesungguhnya aku benar2 merasai betapa kerdilnya diri aku sekarang ni.aku mohon kengkawan aku sama2 mendoakan agar bapak aku dijauhkan dari penyakit2 yg berbahaya.dan semoga aku diberi kekuatan menghadapi ujian getir ni.terima kasih.

nota kaki:bila time-time mcm ni,Tuhan juga tunjukkan kita,siapa itu kawan masa senang dan kawan masa susah :(

Tuesday, July 21, 2009

....entri buat sahabat

assalamualaikum wbt...

awak,
masa sy tulis email ni.mata sy dah ngantok sebenarnya.tapi sy gagahkan jugak.sbb sbg sahabat sy perlu menyatakan rasa hati sy walaupon sy tiada niat nak melukakan.kalau awak akan rasa terluka.maaf terlebih dulu sy pohon...

awak,
sy terharu..bila awak pilih saya untuk share masalah awak.itu menunjukkan sy adalah istimewa ataupun seorang yg boleh dipercayai oleh awak.terima kasih untuk itu.tapi sy harap awak tidak hanya memilih sy diwaktu awak bersedih sahaja.sbb diwaktu ceria awak,sy juga masih wujud disini.

awak,
sy bukanlah seorang yang pakar dalam percintaan.kalu org tgk saya pon.org mst anggap sy tidak pandai bercinta.biarlah apa jua tanggapan org pada sy..sy tau apa yg hati saya nak berdasarkan pertimbangan akal dan juga emosi.so anggaplah apa jua nasihat sy disini bukan hanya ingin awak hilangkan stress pada masa ini.tapi jugak,sy inginkan kebahagiaan jangka masa panjang awak.sy terlalu sygkan awak.sbb itu sy sedih,kecewa.dan marah bila org yg sy syg jadi mcm ni.sy taknak salahkan org yg awak panggil bakal suami itu sahaja tapi saya juga nak salahkan awak sbb tidak pandai memilih jalan keluar.awak seolah2 terlalu desparate pada dia.sy mengaku mungkin awak sygkan dia tetapi sayang awak bukan hanya untuk hari ni,tetapi juga tuk sok...lusa dan selamanya...

awak,
selepas apa yg berlaku,apa lagi yg awak harapkan dari dia.selepas awak dah terlalu bekorban untuk dia.ini balasan yg dia bagi pada awak.bukan sikit pengorbanan awak kat dia.awak menipu org2 opis dan mengheret sy menjadi seorang penipu jugak.dan yg paling sedih bila awak sanggup menipu sy...seorang yg sanggup buat apa sj untuk awak.sanggup menangis dan ketawa bersama-sama awak.awak sll kata sy kawan terbaik yg awak pernah jumpa dan sy rasa pon sy sudah melakukan yg terbaik sbg sahabat awak.tapi sy kecewa bila awak membiarkan diri awak mcm ni.apa lagi yg awak harapkan dari org yg xpernah menghargai setiap pengorbanan awak.

awak,
sedarlah....sedarlah...dan tekadlah untuk tglkan dia.saya bukan nak mengajar awak kadi jahat.tapi demi kebaikan awak.sy nampak benda ni.sbb sy tak lalui.so sy masih boleh menggunakan pertimbangan akal yg waras sdgkan awak melaluinya so pertimbangan akal awak menjadi sempit.awak...sy bukannya jeles atau apa.tetapi sy syg kan awak.syg sgt2 dan sy taknak awak kecewa lagi.dah banyak sgt airmata yg awak buang sbb dia.sbbnya dia tidak akan pernah berubah.sampai kawen kelak pon macam ni.buat apa awak dah tau awak akan menuju bahaya so...tgllkan...jgn sanggup meredah api yang akan membakar diri awak....

awak,
saya tau.jodoh itu rahsia Allah.andai kata jodoh awak dgn dia kuat.maka suatu hari nanti pasti awak dan dia akan bersatu.itu tak mungkin dapat sy nafikan.tetapi awak,kita diberi hak untuk berusaha atas sesuatu..maka berusahalah awak...sy sentiasa menyokong awak.mungkin luaran sy nampak jahat.kasar.tapi sepanjang awak kenal sy.pernah ke sy tgllkan awak bila awak dalam kesusahan.tidak sesekali pon.even hati saya dah banyak terluka sbb awak tetapi saya kene terima hakikkat yg awak juga manusia biasa yg punya emosi.so walau seteruk mana pon awak pernah buat saya.tetapi sbb kasih sayang sy pada awak sgt kuat.maka sekuat itulah sy akan cuba membantu awak.tetapi usaha sy akan sia-sia jika awak tidak membantu diri awak sendiri..

awak,
saya bukanlah jenis org yg percaya pada bomoh2 ni.tetapi kekadang sy rasa yg awak ni dah dibomohkan.sbb mcm mana pon awak tetap akan balik ke dia.walau seteruk mana pon dah jadi.awak...awak bukan xde rupa.sekali awak lepaskan dia...berduyun2 lelaki akan tackle awak.so jgnlah terlalu mengharap pada lelaki yg tak pandai nak hargai awak.kekadang sy pikir yg dia tu sakit jiwa dan terlalu obses terhadap awak.so mmg awak membayakan diri awak jika sampai tahap tu.mintak la tolong famili awak tgk2 kalau awak dah terkena ke apa ke....sy dah jauh nak bantu awak dan awak yg buat kita jauh...

awak,
sebagai sahabat yang sayang awak lebih dari diri saya sendiri.putuskanlah hubungan awak dengan dia.dan percayalah saya sygkan awak dan sy tidak akan bagi nasihat yang akan menghacurkan masa depan awak.andai kata nasihat sy ni awak tak suka...kita akhiri saja persahabatan kita disini..sbb sy tak sanggup nak tgk org yang sy syg sgt2 menderita.pilihan di tangan awak...

.....yang sayang awak..
saya
teluk bahang
10.33pm

Saturday, July 18, 2009

hurm...

assalamualaikum wbt...

saya gembira bila awak cari saya untuk share masalah awak.
sbb itu buat saya rasa saya istimewa dalam hidup awak.
tapi saya sedih bila awak lupakan saya bila dah settle masalah awak.
sebab itu akan buat saya rasa,saya seorang yang bodoh.

nota kaki:Allah itu maha adil,Dia tau setiap apa yang terjadi

Thursday, July 16, 2009

rasa

assalamualaikum wbt

sudah 3 tahun.
hati aku pada kamu.
sampai bila.
aku tak pasti

nota kaki:tetiba kita sms semalam kan :)

Tuesday, July 14, 2009

DEMI MASA

 Photobucket   assalamualaikum wbt... perghhh.mmg busy sungguh aku skang ni.sesunnguh busy yang tak mampu aku nak ucap dgn kata-kata.lihat aje statistik kat bawah ni:
  • hampir 2 minggu aku tak makan masakan mak.
  • rambut aku dah panjang dan tak terurus.
  • berat badan aku dah bertambah dari berat ke sgt berat.
  • aku kene saman buat pertama kali sbb melebihi had laju.melayang rm200 lepas diskaun.cis!
  • dah terlalu lama tak hang out dgn kak zila layan movie.
  • langsung tak pergi kelas semester ni.baru semalam bukak portal :)
  • mak sampai cakap aku nampak cerah sikit*wakakakaka*yelah masa banyak habiskan dalam aircond opis.sabtu ahad pon kat opis.
  • walaupun dah masuk Julai.cuti tahun lepas pon aku tak habiskan lagi.campur cuti tahun ni.maka akan bercuti2 la aku kelak (perasan mcm bos nak lepaskan aku)
  • paling sedih sbb cancel plan nak tgk game manutd.lawan m'sia (huwaaaaaaa)
  • baru habiskan semua custom album customer.thanks kerana memahami.
tadi aku baru saje submitkan satu tugasan yg benar2 buat aku jadi workaholic dan sewel selama beberapa bulan.harap semuanya  diterima oleh pihak atasan.bukan senang nak handle project bernilai rm600k.gilos!!!tapi andai kata diluluskan maka aku akan sekali lagi pening~hahahaha. nota kaki:harap plan nak bercuti bersama teman2 akan berjaya.boss dah cakap." i luluskan cuti u,but anytime i akan panggil u balik" huwaaaaaaaa.

Saturday, July 11, 2009

hujan oh hujan

assalamualaikum wbt...

hari ni hujan seharian.
so aku malas masuk opis.
uiks!hujan pon leh ponteng?
ehem2 hari kan sabtu.
ya..weekend pon aku keje skang ni..

nota kaki:harap cuaca ok besok.aku perlu masuk opis.

Wednesday, June 24, 2009

aduhai ISO

assalamualaikum wbt

penat.penat dan penat.aduhailah penat.aku akui yg badan aku sgt2 penat dan otak aku sgt2 la letih.kekadang mcm jamn ke aku rasa.sampai bila nak berakhir ni aku pon taktau la.kekadang bosan betul dah mcm nak berhenti kerja.hahahaha.boleh cakap jela.

kekadang aku pelik.semua tempat nak buat ISO ni mcm ni ke.atau kat tempat aku je.masalah skang ni.kalo satu arahan je yg kami terima xpela.ni arahan berbagai.naik muntah je aku rasa.

semalam aku dgn selamba masuk keja kul 11 pg.tapi bukannya sengaja.mmg aku betul2 pening.kepala aku berpusing2.dan aku tak boleh drive.mak dah bising suruh ke klinik.aku hanya telan ponstan.sbb aku mmg kena masuk opis jugak.

aku ni bukan jenis ambik MC punya org.setahun hanya sekali je aku MC.harap tahun ni xperlu amik MC la.doakan kesihatan aku.amin.

nota kaki:habis semua ni.aku cadanga nak pergi bercuti la.dah lama tak cuti2 malaysia.

Friday, June 19, 2009

teristimewa:happy birthday kak retna!

bday wishes kak ret

assalamualaikum wbt...

happy birthday akk.semoga panjang umur.murah rezeki dan cepat2 kawen dgn si dia.sis dah tak sabar ni.sis hepi sgt dah hampir 3 tahun kita kenal ni.thanks bebanyak sbb sll layan karenah sis.thanks sbb sll jadi driver sis bila sis turun sana.thanks sbb sll tumpangkan sis di teratak pelangi.thanks atas segala2nya.sis syg akk sgt2!!! nota kaki:persahabatan maya,kalau di sulami dgn kejujuran kadangkala lebih baik dari yg ada di depan mata.AKU SIBUK TAHAP CIPAN SKANG NI!

Thursday, June 18, 2009

rindu!

assalamualaikum wbt...

walau sesibuk mana pun aku skang ni.
masih tak dpt sembunyi perasaan yg aku RINDU!

nota kaki: hurm...nape aku baik sgt?

Tuesday, June 16, 2009

kita semua akan mati...

assalamualaikum wbt...
  "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan kembali"-AL-Anbiyaa 21:35

Semalam (15 Jun 2009),bapa saudara aku telah meninggal dunia akibat serangan jantung.Dalam lebih kurang pukul 6 adik aku call mak bagitau pakcik dibawa ke hospital sbb penat dan sesak nafas dan beberapa minit lepas tu adik aku call bagitau pakcik aku dah meninggal. Pakcik merupakan adik ipar kepada mak aku.Mereka yang mengambil adik aku sebagai anak angkat mereka sbb tiada zuriat.so memang hubungan kami semua agak rapat sbb pakcik aku tak pernah nak memutuskan hubungan kami adik beradik.bahkan pakcik sll datang melawat kami.Baru sabtu lepas aku sembang dgn pakcik bila aku terjengket2 nak capai buah rambutan kat umah tok. Orang yg baik sllnya mudah benar mereka menghadapi kematian.mereka tidak menyusahkan mana2 pihak.Cuma terkilan bila dia cakap nak pergi melawat sekali lagi anak buah aku yg baru lahir.memang dia agak teruja dapat cucu saudara.Beria2 benar ajak adiknya bawak g melawat anak buah aku masa baru2 lahir di hospital. Sekarang ni tgllah makcik aku sebatang kara.Walau ada adik aku,tapi aku rasa aku dan mak lebih bertanggungjawab nak menjaga n menjenguk makcik.Mesti sukar dia nak menghadapi memandangkan mereka berdua langsung tak pernah berpisah.Pergi mana pun berdua.Ya Allah berilah kekuatan pada dia.. nota kaki:pakcik seakan tahu saat kematian dia akan tiba bila dia membeli katil bujang dan tilan beberapa hari sebelum arwah.kemudian dia bawa makcik jumpa kawannya kalau ada apa2 hal nak uruskan pasal pencen.Bahkan siap bagitau makcik kalau dia pergi dulu,minta makcik bawa jasadnya ke rumah ibunya..Al-Fatihah buat Jaafar bin Talib

Wednesday, June 10, 2009

luahan rasa....

assalamualaikum wbt...

penat..penat dan sgt2 penat.aku betul2 penat skang ni dgn keje2 kat opis.shoot wedding setiap wekend dan jugak keje2 siapkan album.keje kat opis usah dikata la.mmg xpernah nak habis.heran sungguh aku.sedangkan dah ada 3 org PT kew.tapi keje sentiasa ada.makin lama makin banyak prosedur baru yg aku kena ikut.kekadang gaji yang diterima tak setimpal dgn keja yg aku buat.tapi apa nak dikata.kena belajar menerima seadanya.

kekadang otak aku jadi jamn.aku pon heran.sedangkan sebelum ni lagi banyak tugas berat yg aku buat.maybe kali ni sbb dapat org2 atas yg mcam sial.biasalah cha ya nun alif...ada melayu sekoq dua pon mcam sial.bukan nak tolong org2 bawah mcm aku ni.lagi burukkan keadaan ada la.

kekadang bila penat ni,kalau dapat tgk baby best la kan.bila agaknya anak buah aku nak balik umah aku.tak sabaq.nnt bila aku balik terus g main dgn dia.so leh la hilang sket strees bekerja.

nota kaki: aku kerap sangat pening kepala sekarang ni.

Tuesday, May 26, 2009

maaf dan terima kasih boss!!!

assalamualaikum wbt...

aku malu hari ini.malu yg amat sgt.malu kerana kelemahan diri sendiri.sudah tahu aku punya kelemahan.tapi masih tak dapat perbaiki.syaitan sentiasa menguasai diri aku.ya Tuhan...aku sll berusaha sebenarnya.tapi bila sampai situasi itu,aku jadi lemah dan lupa.lalu kelemahan aku itu keluar.dan buatkan imej aku terjejas.

rentetan luahan rasa di atas:

pagi ni aku kurang ajar dgn boss.biarlah aku takrifkan dgn perkataan itu.mmg itu yg sesuai dan sepatutnya.sebenarnya dgn ramai org dah aku kurang ajar(masih guna perkataan yg sama).pada yg kenal aku sememangnya mereka tau aku ni panas baran.suka naik angin.cepat melenting dan sewaktu dgnnya.cukuplah aku cerita ttg semua perkara buruk yg aku ada.aku tdk ingin memuji diri aku langsung hari ni.sbbnya aku tidak layak dipuji!

selalu benar aku kurang ajar2 dgn org2 gara2 sifat panas baran aku ini.lantas bila aku dah sejuk aku akan sedar dan sedikit menyesal.namun aku tidak pernah meminta maaf pada mereka.aku anggap itu situasi tidak sengaja.bahkan aku tidak pernah berdendam dgn mana2 pihak yg pernah menyemakkan kepala hotak aku.aku sll anggap,apa yg lepas adalah lepas.itu bagi aku.tapi aku yg kurang ajar ini sll terlupa perasaan org yg aku dah kurang ajar itu.ya Tuhan.maafkanlah aku.

sebenarnya boss even terlalu merosotkan kepala hotak aku.selalu buat situasi di luar jangkaan.tetapi dia sll meluahkan apa2 saja pada aku.tapi mengira status aku.bahkan dia sll memuji komitmen aku dalam kerja.memberi motivasi pada aku secara tidak sengaja.memberi inspirasi agar aku lebih berusaha.berkongsi ttg rasa kecewa.dan paling utama dia sgt percayakan aku.aku tidak mahu berbicara ttg kelemahan dia hari ni.

tadi pagi aku berkasar dgn boss.rasanya ini kali kedua aku berkasar dgn dia.aku sedar ttg itu.tapi ms itu hati aku tgh panas.mmg aku pantang mood pagi aku diganggu oleh sesiapa.aku mengaku aku pernah menengking beberapa orang yg mengganggu aku.aku sebenarnya seorang yg tidak mampu mengawal situasi stress,aku tidak pandai menanganinya dgn baik.aku teruk.sgt2 teruk.

aku mengadap boss dari pukul 2.30pm sampailah pukul 6pm.lama kan.sgt2 lama.sbb sgt2 banyak benda yg perlu dipikul oleh aku buat masa ni.bila dah habis semua urusan rasmi.boss cakap dgn aku,

boss:" i nak cakap sikit dgn u.agak2 u tau x kenapa.?"
aku :
"sy tau.mst kes pg tadi.sy kasar dgn boss"
boss:"wah.u sedar yer."
aku:"sy sedar,sy mintak mahap"
boss:"it's ok.bagusla u sedar.cuma i nak nasihat.itu x elok.tambah2 i pegawai atasan u"

mata aku mula bergenang.bukan kerana ditegur.tapi kerana malu pada diri sendiri...

aku:"sy sedar kelemahan sy puan.sy cepat angin.sy cepat panas.sy betul2 tak sengaja"
boss:"bagusla.u sedar sebelum org lain bagitau.i nak u tau.i kagum dgn u.cara u buat kerja.komitmen u.susah i nak jumpa org mcm u.u dah mcm perfect.tapi u dah show kelemahan u kat i.ini dah melemahkan u.bla...bla...bla...bla...i harap u kawal la.i slow talk ni sbb i nak u jadi perfect.u jgn aggap i tak suka dekat u.dgn org lain i tak mcm ni...."
aku:"maafkan sy puan.sy betul2 mintak maaf.i'll try my best nx time to handle it"
boss:" i nasihat ni.sbb i dah nampak potential u untuk jd pegawai atasan satu hari nanti.jgn kerna sikap u ni akan buat org tak hormat pada u.persepsi org pada u"

aku tak menagis depan dia.bukan sebab aku ego.mmg mata aku dah bergenang.cumanya aku sudah pandai mengawal situasi.aku malu.bukan dgn boss tapi dgn diri sendiri.aku mengaku aku dah semakin ok tapi bilamana aku kurang ajar dgn boss.maka aku merendahkan imej aku didepan boss.

aku balik malam hari ni.sbbnya mmg aku banyak sgt kerja kat opis.bila balik umah.hati aku masih xpuas.ntahlah.aku belum puas lagi.aku sms boss.mintak maaf sekali lagi atas kekurangan ajar aku.aku malu.malu bila memikirkan yg kelak orang akan salahkan ibubapa aku atas kurang ajar aku.padahal mereka tak pernah mengajar aku bersikap demikian.cuma aku sendiri yg tidak bijak megawal emosi.tidak bijak handle diri sendiri...aku mmg teruk!

nota kaki:bila balik rumah.air mata yg kutahan keluar jua...

Friday, May 22, 2009

kisah chenta 1 (pt.2)




assalamualaikum wbt...

ok.hari ni aku nak sambung balik.kesah chenta 1 aku.jap nak igt.aku stop kat mana ek :p.ok.aku stop dekat aku putuskan hubungan.aku igt dgn putuskan hubungan.aku akan ok.maksud aku.takla igtkan die.sbbnya aku yg amik keputusan ini tanpa dipengaruhi oleh benda2 dilarang.hahahaha.nyata sekali salah.
aku pulak la yg angau pastu.sbbnya ramai plak yg nak tackle die pas kami putus.adoila.kekadang mcm gila talak la pulak *wakakaka*bayangkan.masa tu kami form 5 dah.dah la nak exam.mmg pas putus kami agak kaku didalam kelas.yela.mesti rasa lain kan.kan.kan.tapi dapat gak aku duduk exam even bukan top student.
pas spm.aku dpt sambung matrik kat ipoh dan dia plak matrik kat penang.adalah gak berhubung melalui sms dan phone.bila dah terpisah dgn dia.aku dah mula lupakan die.maksud aku.xdelah angau.hehehehe.
then masa matriks ni bermula hati aku pd org lain (itu nnt aku cerita kat kesah chenta 2).

tapi aku ni kan budak lembab sket.aku fail.then aku sambung balik matriks kat koleh matriks penang (huhuhu).aku jumpa dia balik.adoi.bila jumpa tu kan.hati ni mula la.membuak.buak.tapi time tu.dia dah kaple dekat2 nak kaple dgn awek kat atas tue.

sampailah.satu hari aku dgr dorang dah caple.maybe dia amik keputusan cepat2 nak kaple bila aku dtg kot.takut2 aku takle dia balik (hahahaha).so bila dia dah kaple.aku ok.serius aku sedih.ntah mcm xde rasa nak sedih pon.serius.cuma hati aku masih ada kat dia.bahkan aku baik aje dgn awek die.tapi awek dia xpernah tau yg pakwe dia tu bekas bf aku~hahahahaha

dlm baik2 aku.ada gak nakal aku tau.bila birthday mamat ni.aku selalu call dia dulu.biar aku org first yg wish.hahahaha.aku akan call setengah jam awal.so bila kul12 aku terus wish.*jahat..jahat* tapi aku pernah bawak awek dia balik umah aku wei.kawan2 matriks aku mmg sgt suka lepak umah aku.yela.aku budak kampung yg ada lautttt.then dorang suka makan udang,ketam,sotong yg fresh2 bapak aku bawak balik.

so pas matrik.kami bawak haluan masing2.ex bf aku sambung degree usm.awek die kat uum dan aku.huwaaaaaa.aku gagal.so aku keje sementara jadi cikgu.pastu apply balik masuk uitm buat diploma. ms uitm.aku kekadang saje gak.kaco2 ex aku tu.bukan tujuan ape.saje la.sbg kawan.percayalah.aku takkan pernah rampas hak org.tapi sampailah satu hari.ex aku marah aku.die xsuka aku sms die.wei...aku xpernah nangis ms kami clash.aku x menangis bila dia dgn awek dia,tapi aku menangis dgn teruknya sbb dia sindir aku.seolah2 aku terhegeh2 kan dia.
sejak tu.aku langsung delete number dia.aku dah tak hubungi dia langsung.aku delete number awek die.

sampailah.tahun 2007 aku dapat sms dr awek dia.jemputan perkahwinan mereka.korang agak..aku pegi x????yea.aku kan baik.sgt2 baik.aku dgn penuh ikhlas hati.aku tetap pergi sbb kerana perempuan tu.dia tak bersalah apa2.dia baik.dia sll lembut dgn aku.bila sampai sana.geng2 sekolah aku ada la (yg lelaki aje)apa lagi.aku diusik la.chenta lama dah kawen.xpe..aku tak kesah.bahkan cikgu yg syg aku sgt2 (mak sedara ex aku actually) hepi sgt bila nampak aku.
so berikut statistik kisah chenta 1 aku :
kalau takde jodoh mmg takkan kawen
kalau aku tak mintak putus.maybe aku kawen dgn dia.
aku tak pernah nyesal skang aku putus dgn dia
tapi dia adalah cinta yg betul2 ada dlm hati aku.
aku kaple dgn dia beberapa bulan.tapi aku amik masa bertahun2 nak buang dia dari hati aku.

nota kaki:next entri..kesah chenta 2

Wednesday, May 20, 2009

kisah chenta 1 (pt.1)

ex-bf aku dgn gf dia ms matrik (skang dah jadi isteri)

ntah kenapa.hari ini aku ingin bercerita ttg kisah chenta dulu2.sebenarnya hati sedikit terluka.so sesaje nak mengimbas kenangan silam dulu.aku tak pernah cerita kepada sesape pun.maksud aku blogger la.kengkawan rapat aku aje tau.
kalau ikutkan.aku pernah suka dgn ramai lelaki.sejak dari darjah 6 pon dah pandai admire tau.hahahaha.mst la masa tu.minat budak yg paling hensem (pd pandangan budak darjah 6) dan paling pandai.dari dulu lagi aku suka lelaki bijak (dr segi pemahaman otak aku)
oklah..mari aku bercerita.mula2 aku couple ms aku form 4.nama dia mohd fairus b. ismail.atau kami panggil usi.(mcm gusi je).die dah sekelas dgn aku dr stat form 3.masa tu aku tak suka gila kat dia.mmg aku leh panggil benci la.meluat semua ada.kami sll gaduh.sampai ms debat dlm kelas bm pon gadoh depan cikgu.
bila masuk form 4.kami sekelas lagi.maybe masing2 minat akaun kot.masa form 4 tu kami dah mula rapat.bahkan aku leh kategori dia sbg teman baik aku.sungguh!ms tu aku tak ada apa2 feeling lagi kat dia.tapi....ntah bagaimana aku terperasan yg aku dah jatuh tangga kat dia.*wakakaka*ntahla.ntahla.ntahla.aku tak sedar la bila perasaaan tu dtg.tp mmg aku betul2 gilakan dia.
aku berani.mmg berani.kalau aku suka.aku mmg bagitau.ehem.ekceli.kawan baik aku yg bagitau.then petang tu dia call umah aku.sembang dgn aku.sampai la last.
dia : "shikin bagitau..nak kawan dgn aku"
aku: "haaa.betula la.hang mcm mana.ok?" (wah.berani kan aku)
dia : okla...
so bermula detik tu kami kaple la.date malas dah nak igt.so.mcm biasa la.zaman dulu2 kaple.die akan call aku.sembang2.sadis dulu xde hp lagi.kalau x mst lagi best.pastu time ada peluang free time kelas.maka berdeting la.hahaha.kenangan.kenangan.
die mmg baik.aku akui.bahkan dia dermakan tulang sum-sum dia pada adik bongsu dia.bagus kan dia.tapi kadang2 sbb terlalu baik dan naif buat kita boring.dan aku memutuskan baik kami putus.salah aku?jgn salahkan aku.kalau sape kat tempat aku pun.akan amik keputusan yg sama.
sbb-sbb aku memutuskan hubungan dgn dia :
  • die nak aku yg mulakan semuanya
  • kalau hantar kad.aku kena hantar dulu.
  • kalau nak deting.aku kena bagitau dia.
  • kalau aku merajuk,xdenya die nak pujuk aku
  • kalau aku kata xpayah.dia pon ok kan aje
so mmg boring kan.sgt2 boring.cewah!dan bila aku bagitau aku nak putus.die pun iyekan aje.OMG.ntah lah die ni.lelaki dungu atau apa...

.....bersambung

nota kaki:kaple beberapa bulan.nak lupa bertahun2

Tuesday, May 19, 2009

betul!

aku dan kawan baik, jue :)

perasaan itu betul.naluri aku kuat.semalam ms aku letak entri ttg sahabat dlm blog aku yg satu lagi.aku seolah2 dapat rasa yg kawan baik aku dlm kesusahan.aku pk maybe die tak sehat.dan hari ni aku dapat tau yg dia berduka.biasalah.gara2 lelaki.sakit ati aku.die mintak transfer sbb lelaki itu.tapi kalau dia sedih sbb lelaki itu,tentunya aku sbg sahabat sedikit terpukul(wakakaka~ayat maut gitu!)

aku harap dia tabah dlm berduka tu.kalau dulu aku ada.leh la buat dia ketawa.bawak die pegi makan.hobi dia plak makan.hahaha.yela.makanan kat penang ni mmg best2.sape yg tak suka.tambah2 ada pula driver cum pemandu pelancong.

dah lama aku tak menulis disini.tiba2 aku gian kembali menulis kat sini.sbbnya kat sini aku lebih free.bercerita apa saja tanpa tapisan sedangkan kat sana.aku kena hati2 dgn pandangan masyarakat.kat sana ada bebudak opis aku.kat sana ada client2 aku (cewah~perasan la sgt)

result usm dah keluar.yang pasti 3 paper aku kene amik balik.adoi la.mmg dah agak.dgn xde preparation mcm mana nak pass kan.tapi aku masih belum confirm samada nak teruskan..berhenti terus atau tangguh dulu.. *konpius*

nota kaki: aku dah invite beberapa org kembali dlm blog ni.org2 yg aku invite adalah mereka yg aku betul2 percaya dan aku betul2 syg,hormat dan segala yg +ve la.

nota kaki 2 : jgn hairan tgk photo2 dlm ni ada kak retna ms kat sarawak.ingin dijelaskan yg aku pergi adalah bercuti dan bukannya atas urusan rasmi seperti yg aku war2kan di blog sana.maaf.kekadang kita perlu menipu.pls.don't mention to anybody yg kak retna join percutian ini :) aku percaya pada kamu.kamu dan kamu (haaa kan x ramai)

Monday, May 18, 2009

entri bulan may

assalamualaikum wbt...

aku betul2 bizi skang ni.aku suka dgn kebizian aku even badan aku dan otak aku sgt2 la penat.tapi bila aku bizi aku dapat melupakan segala gelodak rasa dalam hati aku.bukankah itu sgt bagus.alhamdulillah rezeki aku dlm fotografi semakin bertambah.bila makin ramai nak hirer buat aku rasa nak lebih bersungguh2 menghasilkan yg terbaik.alhamdulillah!

sorang demi sorang staf kat opis aku akan dapat transfer.rezeki meraka.tapi aku?aku takkan dibenarkan transfer melainkan kalau aku dapat naik pangkat.sedih betul.aku sudah penat sebenarnya bekerja disini.bukan tidak tahu bersyukur tapi bukan mudah nak handle org atas dan org bawah sekaligus.

nota kaki:tiba-tiba rindu itu datang..

aku yang kau panggil sahabat..

assalamualaikum wbt... 1
kawan,
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis
tapi mungkin
aku boleh menangis bersamamu
kawan,
jika kau terasa nak melarikan diri
jauh dari masalah
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti
tapi mungkin akan berlari bersamamu
agar masalah kau boleh selesai..
photos kenangan antara aku dgn geng2 aku masa zaman study kat uitm.masa ni hari last sebelum tglkan zaman diploma.aku kurus lagi time nie.ni dlm kawasan kolej inai (kolej kediaman) aku nie dulu presiden kolej merangkap bendahari Majlis Tertinggi Kolej.heran sungguh budak nakal mcm aku leh pgg jawatan.even nakal tapi yg penting ialah komited. source: tak ingat la plak nota kaki: entah kenapa perasan aku tidak begitu enak..

Thursday, May 14, 2009

oyen:si nakal yg cerdik!

assalamualaikum wbt...oyen1 oyen2 masa aku demam ritu,si comel ni la yg temankan aku.memandangkan aku habiskan jam-jam aku dgr baring,tido so aku bawak si oyen ni naik tido dgn aku.mula2 die meragam.nak turun.lama2 aku tak layan die tido hujung kepala aku.die nie tgh nak membesar.so nakal menjadi2.pantang nampak benda bergerak mula la.hehehe.umah aku ni tak pernah sunyi dgn kucing.ni pun ada lagi 4ekor baru beranak.ni nak kena bagi org.sbb dah banyak sgt.nnt bila baby abg aku lahir,mst dah tak banyak agaknya.tapi abg aku bukan stay sekali dlm umah aku. nota kaki:alhamdulillah aku dah baik demam.cuma masih ada saki baki selsema.keje2 siapkan photos naz dan ariff tgl sikit aje lagi.tapi masih ada beberapa perkara yg aku tak puas ati.selagi xpuas selagi itulah aku takkan serahkan.

Wednesday, May 13, 2009

ulangtahun:35 tahun sudah...

assalamualaikum wbt...
13 mei dikenang sbg salah satu tragedi hitam di malaysia.sejarah yang seboleh2nya tak ingin diulang walau sesaat pun.tapi jika kemelut politik negara terus2an dilanda badai,tak mustahil sejarah ni bakal berulang..nauzubillah...
aku tidak ingin bercakap pasal politik,tapi aku mengenang 13 mei sebagai tarikh keramat mak dan bapak aku berkahwin 35 tahun dulu.alhamdulillah walau hidup miskin tapi perkahwinan yg diatur keluarga berkekalan sehingga sekarang.aku betul2 kagum dgn org2 dulu kan.sbb kalau zaman sekarang ni kan,masalah kewangan menjadi salah satu faktor perceraian di negara kita.
alhamdulillah,walau pernah tak makan,tapi mak masih mampu bersabar harungi rumahtangga dgn bapak aku yg hanya seorang nelayan sampailah skang.sbb tu aku sgt2 respek dgn mak walau sll aje bergaduh *wakakaka*
masa dulu2 kawen,mak bapak aku takde gambar kahwen *kesian kan* tapi ada sekeping gambar studio dgn baju kasual biasa yg mak bapak aku g amik sehari lepas kahwen.malangnya takde dlm simpanan lepas keluarga aku pindah.
skang ni aku sll gelak,bila mak dan bapak dah tua2 ni.biasalah.mak terkenal dgn ratu potpetpotpet.bapak pulak buat muncung.bagi aku itu semua marah2 bahagia.sll aku lah jadi mangsa dgr luahan mak(yelah anak pompuan sorang kan...)
nota kaki: masa hari ibu aku demam panas,so plan nak bawak mak makan terpaksa aku batalkan.so hari ni nak p dating 2 beranak la...tapi mak yg belanja *smile*

ulangtahun:35 tahun sudah...

assalamualaikum wbt... 13 mei dikenang sbg salah satu tragedi hitam di malaysia.sejarah yang seboleh2nya tak ingin diulang walau sesaat pun.tapi jika kemelut politik negara terus2an dilanda badai,tak mustahil sejarah ni bakal berulang..nauzubillah... aku tidak ingin bercakap pasal politik,tapi aku mengenang 13 mei sebagai tarikh keramat mak dan bapak aku berkahwin 35 tahun dulu.alhamdulillah walau hidup miskin tapi perkahwinan yg diatur keluarga berkekalan sehingga sekarang.aku betul2 kagum dgn org2 dulu kan.sbb kalau zaman sekarang ni kan,masalah kewangan menjadi salah satu faktor perceraian di negara kita. alhamdulillah,walau pernah tak makan,tapi mak masih mampu bersabar harungi rumahtangga dgn bapak aku yg hanya seorang nelayan sampailah skang.sbb tu aku sgt2 respek dgn mak walau sll aje bergaduh *wakakaka* masa dulu2 kawen,mak bapak aku takde gambar kahwen *kesian kan* tapi ada sekeping gambar studio dgn baju kasual biasa yg mak bapak aku g amik sehari lepas kahwen.malangnya takde dlm simpanan lepas keluarga aku pindah. skang ni aku sll gelak,bila mak dan bapak dah tua2 ni.biasalah.mak terkenal dgn ratu potpetpotpet.bapak pulak buat muncung.bagi aku itu semua marah2 bahagia.sll aku lah jadi mangsa dgr luahan mak(yelah anak pompuan sorang kan...) nota kaki: masa hari ibu aku demam panas,so plan nak bawak mak makan terpaksa aku batalkan.so hari ni nak p dating 2 beranak la...tapi mak yg belanja *smile*

Thursday, May 7, 2009

uncle deri:happy birthday!

assalamualaikum wbt... uncle-deri
  • selamat hari lahir buat uncle.semoga dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga.
  • anggaplah kekalahan chelsea adat biasa dlm pertandingan.MU pun sll kalah gak.biasa la tu.hero sll kalah dulu *wakakakaka* (kene amik hati sbb bday uncle)
nota kaki: buat incik sifoo acai.sis dah ikut cara yg sifoo acai ajarkan.thanks ek sifoo!aku sesangat bz kat opis.xsmpat nak melawat waktu siang.memalam pun dah penat sebenarnya..so biarla dulu msjbox aku bersawang...

Wednesday, April 22, 2009

happy birthday elina!

assalamualaikum wbt... elina-wish2

nota kaki:arwah mama you suruh i tgk2 u,jaga u.i akan igt benda ni sampai la u kawen nnt.masa tu i harap i dah jalankan amanah yg arwah mama u bagi walaupun hanya dari jauh

Sunday, April 19, 2009

update ringkas

assalamualaikum wbt...

sudah lama aku tak update kat sini.bukan bermaksud aku melupakan blog yg satu ni.cumanya aku bz dlm membangunkan blog yg satu lagi.lagipun aku cuma nak lupakan gelodak perasan di jiwa aku.so lebih baik aku xpikirkan sgt ttg hati yg kecewa,sedih dan sbgnya.bila aku xpikir.maka fizikal dan mental aku pun lebih stabil.alhamdulillah.walau hati kdg2 berkecamuk,rindu,sdih dll.tapi yg lebih mustahak skang ni habiskan exam dulu.lagipun realitinya aku hidup tanpa stress bila aku xpikirkan ttg org lain.

nota kaki:sgt2 rindu sebenarnya!

Kuasa Kemaafan

assalamualaikum wbt... erk entri ini aku tujukan buat seseorang yg sudah biul gara2 aku. juga boleh dijadikan sebagi panduan untuk yg lain juga.aku nak clearkan kat sini.aku sudah memaafkan kamu.tapi itu bukan beerti aku izinkan kamu kembali berdamping dgn aku.aku sudah ada jalan aku sendiri.komitmen aku sendiri.kematangan aku sendiri.maka kamu juga perlu punya semua itu.sudahlah dari merosakkan diri kamu hanya kerna inginkan kemaafan dari aku.sbbnya hanya aku saja yang tau bahawa aku mmg sudah memaafkan kamu.lagipun aku bukan org yang perfect utk kamu kagumi.sudahlah dari menggangu org2 terdekat dan rapat dgn aku hanya kerna kamu inginkan kemaafan dari aku.aku bukan tuhan atau malaikat.aku manusia biasa.aku tidak dapat tunjukkan apa2 kekuasaan utk buktikan yang aku sudah maafkan kamu.cukuplah antara aku dan Dia yg satu tau aku memang sudah memafkan.satu yg aku suka bila aku sudah memaafkan kamu ialah aku sudah tidak kisah membenarkan kamu masuk melawat aku di blog ini.hidup aku sudah semakin ceria.aku tidak ada rasa meluat bila kawan aku bercerita ttg kamu yang mintak tolong itu dan ini.jiwa aku tenang dan ceria.itu tandanya aku mmg sudah maafkan kamu.maka kamu harus hargainya dgn tidak lagi menggangu aku.itu yang aku mahu.aku xperlukan apa2 hadiah.apa2 sms.apa2 call.aku sudah matang.bukan lagi budak2 zaman universiti.harap kamu paham! so marilah sama2 share artikel yang aku pinjam dari blog lincomel:
  • Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.
  • Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.
  • Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”
  • Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.
  • Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.
  • Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
  • Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.
nota kaki 1: aku harap kawan2 yg cuba nak nasihat aku tidak lagi berbuat demikian.aku bukan lagi budak kecil yang tidak tahu hendak berpikir.sesiapa yg pernah kenal dan bersembang dgn aku tentu tau kematangan fikiran aku.aku pergi dari dunia ini kerana bersebab dan aku kembali berblogging jugak kerana bersebab.terima kasih atas segalanya.. nota kaki 2: aku masih ada 3 paper final.ada yang tanya.rajin aku online skang ni.so aku nak bagitau yg nota2 exam aku semua dlm web/portal.habis exam maka kuranglah berjalan agaknya sementelah aku akan kembali busy dgn komitmen aku di opis

Saturday, April 18, 2009

happy birthday kak zila!

assalamualaikum wbt.. test1 this post dedicate special to a special person!
  • hello kak zila.come on.wake up.wake up.today is your bday.last year for u to celebrate with the no.2 in front of ur age number.u are 29 today!
  • thanks be part of my life and motivate me a lot about how life is not easy that i think and not too difficult to face it.
  • thanks because always with me when others run away from me.
  • i do respect you as much as you do understand how difficult with the title of menteri kewangan that i hold.
  • i wish you happiness and joy in your life and many more birthday to bring you delight.
  • once again happy 29th birthday nurul azila binti ab aziz!
nota kaki: bila kita bersembang dengan seseorang tu,kita sudah tahu sebanyak mana ilmu yang dia ada bila dia mula berbicara.

Friday, April 17, 2009

tentang aku:zaman kanak-kanak

assalamualaikum wbt... aku
  • hari ni aku nak cerita serba sedikit ttg aku masa zaman kanak-kanak dulu walau tak banyak yg dapat aku ingat.
  • aku ni anak pompuan sorang dlm famili.so manja aku tersangat2 dan mengada2 yang sgt2 masa zaman aku kanak (sekarang pun wei)
  • masa mak lahirkan adik aku yg bongsu,aku ikut bapak aku turun kelaut sbb aku taknak stay umah tok aku.aku igt lagi bapak aku meradang kat aku tapi dia xmarah kat aku (umo aku dah 27thn.dan aku rasa xsampai 7x bapak marah aku)
  • masa tu aku igt lagi.aku dapat lihat ikan lumba2 melompat2 dekat dgn sampan bapak aku.walaupun dah 22tahun berlalu.
  • zaman aku kecik2 dan baby aku sgt pantang dgn kamera.so aku sorang je dalam famili xde photo masa kecil.hampeh kan.sedangkan pttnya aku yg paling banyak photo sbb aku satu2nya puteri dalam famili.
  • dari kecik lagi aku suka main permainan lelaki,kawan dgn budak lelaki,minat bola dan macam2.maklumlah dah ramai sgt lelaki dlm hidup aku
  • tapi aku still main masak2,pondok2 dan cikgu2.best kan igt zaman kanak2.
  • masa umo aku 4-5 tahun aku dah mula pakai baju sekolah abg2 aku.kononya tak sabar nak ke sekolah.dulu kan 6tahun baru leh masuk tadika.alih2 masa kat tadika aku nangis *sgt2 hampeh kan*
  • dari kecik lagi aku ni sgt banyak cakap tetapi penakut.sampai ramai yg cakap mulut aku bijak macam orang tua.tapi satuhal aku bangga sbb aku bukan hanya cakap kosong.aku berani bercakap sampai masa sekolah aku selalu masuk pertandingan syarahan,debat dll.
  • aku mula stat main badminton masa aku darjah dua.setiap kali balik ngaji aku akan main dgn kazen aku.
  • dari dulu aku sangat penakut dengan darah.sbb tu kot aku langsung tak minat sains.aku boleh pening dan nak muntah kalau tgk darah.
  • kebanyakkan kawan2 zaman kanak2 aku dah kahwen ?*huhuhuhu*
nota kaki: tak tau nak letak pos apa.so leh refresh balik pada sape2 yang dah mula lupa siapa aku *smile* wassalam...

Wednesday, April 8, 2009

perjuangan yang belum selesai

salam...
usm1
  1. esok bermula perjuangan aku.esok final exam aku sudah bermula.walau macam mana pun.aku tetap kena hadir exam.walau aku sudah mengagak result yang akan saya terima kelak.aku sudah terlambat untuk membuat penangguhan kerana tarikh tutup adalah 31mac2009.selepas habis final ni.aku mungkin akan berehat selama setahun dari study.
  2. even aku akan gagal kelak.aku akan redha terima keputusan nnt.sbb semuanya salah aku.aku tidak cukup kuat bekerja sambil belajar.aku terlalu tumpukan pada kerja2 opis aku.pada fotografi aku dan pada kawan2 aku.
  3. disaat2 getir dan ujian demi ujian dalam hidup aku,aku bersyukur sbb aku punya ramai yg sayangkan aku.yang selalu memberi semangat aku.yang cuba bangunkan aku dikala aku tersungkur.terima kasih kawan!
  4. aku mungkin akan berehat seketika.mungkin selepas final aku habis baru aku kembali kesini.itu hanya satu kemungkinan.
  5. maaf kepada bakal2 client fotografi aku yang terpaksa aku tolak.booking awal adalah penting walau bukan cuti sekolah.job bulan mei yg aku dapat hasil booking dari tahun lepas.terima kasih kawan2 yg support dan percaya aku walaupun aku masih sedang belajar.
  6. dikesempatan ini jugak aku ucapkan selamat pengantin baru buat sahabat blogger aku iaitu ACAI yg akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.aku ingin sangat hadiri majlisnya tapi aku ada paper pada tarikh tersebut."sis doakan cai berbahagia bersama bakal isteri di dunia dan akhirat.sis selalu bangga berkawan baik dengan cai."
nota kaki:jam di atas hadiah dari uncle deri semasa melawat aku di penang sambil kak norz mencari bahan untuk novel terbaru.sis rindu dengan  kalian.

Monday, April 6, 2009

don't be sad..

salam,
  1. kakak ipar saya kena admitted lagi.kali ni sebab degupan jantung baby sgt pantas.dikuatiri baby akan lemas dalam kandungan.kandungannya baru masuk 7 bulan.
  2. mak saya juga mungkin akan kena admit.mak saya yang sudah monopouse setahun lebih yang lalu tiba2 datang period.jika pendarahannya banyak dikuatiri berlaku ketumbuhan.~saya sangat2 risau.
  3. khamis ni bermula final exam saya.nampaknya saya tidak mampu nak teruskan.mungkin saya akan terhenti disini.kekuatan saya sudah hilang.saya kenal diri saya lebih dari orang lain.
  4. fikiran saya sangat2 serabut ditambah dengan peel bos baru saya yang macam2.kadang2 saya ingin berhenti kerja saja.
  5. kerana keserabutan saya,panas baran sy semakin menjadi2.sudah beberapa orang jadi mangsa saya.tapi saya tidak lepaskan geram pada mereka itu cuma mereka tidak berpikir bila nak deal dengan saya.
  6. saya teringat..kawan baik saya pernah beritahu.jangan biar orang menilai saya dengan sikap baran saya.tapi saya nak dia juga tahu.setiap hari saya berdoa mohon baran saya dapat dihapuskan.
  7. enjoyla photo2 ini yang saya tembak sementara menunggu masuk waktu Isyak.
teks bookmy ringsejadahpenawar jiwa nota kaki: Allah sedang mengujimu.. wasalam...

Tuesday, March 31, 2009

cuti-cuti:sarawak

assalamualaikum wbt...









hidup sebagaimana yang anda tentukan.aku sgt suka dgn tag line ini sekarang.tapi aku tak dapat nak ingat dari iklan apa.so inilah yg skang aku tentukan.aku bercuti2 ke sarawak.walaupun terpaksa bohong sunat yg aku pergi bkursus *smile*.puas??manusia mana pernah kenal erti puas so macam tu gak dengan aku.masih belum puas dgn percutian singkat ini,insyallah akan kembali ke sana jika masa,wang dan kesihatan mengizinkan.tapi izinkan aku habiskan lagi dua negeri kat Malaysia ni yang aku masih belum pernah jejak (melaka & sabah).
special thanks aku pada kak retna yang betul2 menjadi pemandu pelancong yang baik.so akk leh bukak travel agency la nnt.dan boleh hirer sis as your travel photog.and hopely my best friends,jue puas ati dgn percutian ini.saya dan cuba untuk memenuhi segalanya tapi saya masih manusia biasa yang kadang2 penuh dengan emosi.
so lepas ni kene berehat dari bercuti2 sebab nak mengadap final exam.walaupun dah terlewat tak salah aku mencubanya...
nota kaki:kadang2 kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..

Tuesday, March 24, 2009

vitamin!

assalamualaikum wbt...

aku baru bercadang.ingin menulis yg baik2 saja.yang tenang-tenang saja.tapi malangnya mood aku telah dibawa lari.hanya kerna satu perkataan.jiwa aku terasa sgt2.inikah vitamin terbaik untuk aku.

DIA:sy ok je.x yah lah msj sy.senang.x sakit hati.dah tahu sy x bls
AKU:awak xsuka ek sy msj awak
DIA:bkn x suka.tp jg mengharapkan balasan.2 yg sy x suka.awk paham kan.sory ar kalu terasa
DIA:dah 2 nape awk selalu nak mengungkit. sy kan dah mcm 2

aku tak pernah akan pernah salahkan dia.aku tau semuanya berpunca dari aku.salah aku.bila aku hitung balik semua mesej2 di YM banyak kebenarannya.dia suruh aku ambik positif.so aku akan ambil positif.walaupun pada awalnya mata aku kemerahan2 dengan tangisan.tapi ini mungkin permulaan apabila kita ambil vitamin....

nota kaki:padan muka aku!!

Tuesday, March 17, 2009

'biol'??

assalamualaikum wbt...

i declare myself 'biol'

nota kaki:tak sabar nak declare diri balik as workaholic

Monday, March 16, 2009

perit yang amat!

assalamualaikum wbt...

peritnya!!!!!aku terasa sgt2 hari ni bila masuk opis jue dah xde kat tempat dia.macam orang biol la sket aku hari ni.macam kosong je aku rasa kat opis.tertunggu2 org panggil aku.Tuhan aje yg tau perasaan aku hari ni.

mungkin kalau aku meninggalkan tempat ni,aku takkan terasa sgt sbb aku dah xnampak suasananya.tapi skang aku yg ditinggalkan.suasananya masih aku nampak cuma keadaan yg berubah.aku agak pemalas kat opis.banyak kerja2 opis aku pandang sepi.mungkin kalo keadaan aku berterusan macam ni.prestasi kerja aku akan menurun dan aku akan salahkan boss 100% atas apa yg terjadi kat aku.padan muka boss gak kekadang.baru die nak lepaskan aku agaknya.

kalau keadaan aku berterusan dan aku tak dapat nak handle.aku akan kehilangan berat badan aku nampaknya.hari ni aku tak makan apa2 pun.makan roti kak ina bagi pon aku muntah.milo 3in1 nak habis secawan pun susah.alahai.kenapa teruk sgt aku ni.aku sangka aku kuat.rupanya aku lemah yg amat.

Tuhan..tolonglah bantu aku.aku betul2 perlukan pertolonganMU.aku ingat bila jue dah takde kat sini.aku nak tumpukan balik pada study aku yg telah aku tinggalkan.tapi nampaknya lain plak yg jadi.rasanya makin teruk.aku masih belum mampu nak terima lagi.kalau boleh aku taknak org perasan perubahan aku.tapi nampaknya dah ada beberapa orang yg tegur.

dah berpuluh2 sms aku anta tapi satu pun die tak balas.alahai.aku cuba memahami mungkin kat tempt baru.suasana die lain.tapi takkanlah time rehat pun tak boleh nak balas hanya dgn 1 sms.kalau sape kat tempat aku mesti akan terasa.aku kenal die sgt2 sbb die kawan baik aku.oleh sbb itu setiap perubahan die mst aku akan rasa......

nota kaki:kosong!!

Sunday, March 15, 2009

transformasi

assalamualaikum wbt...

kehidupan aku sedikit sebanyak mula terasa.aku kena cuba untu biasaka diri balik kembali kepada keadaan lama.bukan mudah.tapi aku kena sedaya upaya.insyallah aku mampu.

nota kaki:bercakap mmg mudah kan.nak laksanakan perlukan bukti

Thursday, March 12, 2009

surat buat awak... (7)

assalamualaikum wbt...



awak,
kalau boleh saya taknak menulis.sebab ini akan jadi surat buat awak yang terakhir dalam entri ni.kalau awak nak tau,sy memang suka no.7 so surat surat ni pun saya buat sampai episod 7.lagipun dalam seminggu pun ada 7 hari.david beckham pun pakai jersi no.7 masa dengan manutd.



awak,
saya sedih sgt2 sebenarnya.lepas tau awak akan pindah.saya dah tak menulis dalam blog ni sbb setiap kali sy menulis mesti mata saya bergenang dan air mata saya akan mengalir.saya cuba sedaya tabahkan hati saya ni.even kadang2 ada benda yang buat saya terasa sgt2 tapi saya telan sendiri la.cuma kalau sy sms awak tu sy dah xtahan.



awak,
mesti awak heran kan.awak tgk saya ni kasar,garang,serius,suka baran dan etc tapi saya seorang yang sgt2 sensitif dan mudah menangis.saya dalam keja dan sy di luar adalah dua orang yg berbeza.sy komited pada sesuatu yg saya buat.tapi benda lain sy suka ikut hati sgt.terlalu ikut hati sgt adalah tidak bagus untuk saya sebenarnya.



awak,
awak ingat lagi tak masa mula2 awak kat sini.awak takut dengan sy kan.sbb awak tgk saya garang dan serius.awak memang tak berani nak pandang mata sy.garang sangat ke sy ni awak???tapi bila awak dah kenal dengan saya mesti awak tau bezanya saya yg awak kenal dulu2 kan.biasalah first time mmg sllnya macam tu la anggapan orang kat saya.once they know me...tentu seronok kan (perasan..)



awak,
tentu awak heran gak kan.mesti awak xpernah jumpa orang macam sy kan.saya rasa sejak awak kenal saya mesti hidup awak agak terganggu kan.saya ni banyak sangat cerewetnya.saya ni macam2 kan awak.banyak sgt permintaan sy kan.sy macam nak control awak kan.saya mintak maaf atas semua tu.langsung sy tak niat mcam tu.tapi inilah cara sy.bila sy dah sy syg seseorang,beginilah caranya.saya sangat amik berat pasal orang tu.tapi semuanya untuk kebaikan.sy rasa sy xpernah nak soh awak buat jahat kan.



awak,
ntah lepas ni..kita masih berhubung lagi atau tak.bukan mudah dan dekat kan.pasni mesti awak akan bagi tumpuan kat bakal suami awak.kat puteri umno awak.tapi awak saya nak nasihat awak.banyak membaca.tak salah awak nak join politik tapi pastikan awak banyak ilmu pengetahuan so orang takkan pandang lekeh pada awak.saya dah xdak dekat dgn awak nak bantu awak.sy dah xde nak betulkan awk..saya dah takde.....



awak,
saya selalu mengaku diri saya special even kulit sy gelap dan sy tak cantik.sbb bagi sy setiap manusia ada keistimewaan.sy sll menghargai diri sy.so saya nak awak hargai diri awak gak.buat apa yg awak suka jgn buat kerana terpaksa.even awak kata awak pergi kerana terpaksa tapi sy tau dalam hati awak..awak suka sebenarnya.dan saya juga terlibat menipu boss.bagus kan sy nie.sanggup buat aapa saja kat awak.



awak,
thanks sgt2 habiskan hari last2 awak kat sini dgn saya.even kadang2 macam nak baling je hp awak sbb bila sy cakap awak xconcentrade pon.tapi sy selalu fokus kan bila awak cakap dgn saya.saya ni betul2 sangat bagus kan.hahahaha.saya tau maybe lepas ni awak dah takkan layan mesej2 sy.sbb biasanya bila awak balik cuti awak memang jarang nak balas mesej2 awak.saya sedih.tapi sy pujuk diri saya.

awak,
saya harap awak takkan pernah lupakan sy lepas ni.even kita dah jauh.tapi semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.memang saya cakap saya taknak pergi bila awak kawen.tapi sy juga manusia biasa maybe hati saya akan lembut lepas ni.mana tau kan.saya memang sayangkan awak.saya sayangkan persahabatan kita.even kadang2 orang cakap tak berbaloi.biarlah.susah sy nak bagitau rasa sayang sy ini.tapi saya juga manusia normal seperti orang lain.memang orang tak nampak.tetapi hati saya ini masih pada lelaki itu.cuma saya sedang pujuk hati saya menerima kenyataan.

awak,
jaga diri awak baik2 kat tempat baru.saya sepatutnya tak perlu risaukan awak.yelah awak akan lebih terjaga sekarang ni.dekat dengan famili.dekat dengan bakal suami.dan saya sgt2 pasti mereka jaga awak lebih baik dari apa yang telah saya buat pada awak kan.so saya harap awak hargailah orang2 yang menghargai awak.sebab sedih sgt2 jika kita tak dihargai.saya harap awak akan selalu mendoakan kejayaan saya.saya punya impian yang sgt besar dalam hidup saya ni.cuma masanya belum sampai dan saya terpaksa bersusah2 dahulu sekarang.

awak,
sy sedih nak akhiri surat ini.tapi saya perlu mencari penamatnya.dan masanya sudah sampai.saya sayangkan awak.saya sayangkan persahabatan kita.selamat maju jaya awak.semoga panjang umur untuk kita jumpa lagi.semoga awak dimurahkan rezeki yang halal.dan bertemu dengan jodoh yang baik2.jaga diri ye awak...terima kasih dan maaf atas segalanya.....

TAMAT...

nota kaki:sedihnya..

Sunday, March 1, 2009

surat buat awak...(6)

assalamualaikum wbt...

awak,
benda yang paling sy takut akan berlaku.cepatnya.sy tak sangka secepat ini kan.saya masih belum bersedia menerimanya tapi itulah kenyataan yang harus sy terima awak..awak tetap akan pergi..

awak,
saya hanya ada lebih kurang 2 minggu saje lagi dengan awak.so saya harap masa yang begitu singkat ini kita semua akan gunakan sepenuhnya.saya dah taknak gadoh lagi dengan awak even kebelakangan ni kita kerap sgt bergadoh kan.ntahlah nape..silap saya atau silap awak.

awak,
bila awak pergi,sebagai seorang kawan ada beberapa nasihat yang saya nak bagi pada awak.tapi terpulang pada awak la..nak ikut atau tak.sebab itu hak yg ada pada awak:
  • jangan terlalu bergantung hidup pada lelaki.kelak itu akan buat awak merana.
  • jangan terlalu mengikut kata lelaki kerana itu akan memakan diri awak satu hari nanti.
  • jangan biar lelaki terlalu mengonkong padahal masih belum ada ikatan antara satu sama lain.jodoh itu rahsia Allah.
  • jangan terlalu makan budi.tak salah kita menerima sesuatu pemberian lelaki tapi biarlah berpada2.lelaki yang menggunakan kekayaannya untuk mengambil hati kita adalah lelaki yang tak punya apa2 sebenarnya.jangan sampai satu hari nanti budi yang ditabur buat awak merana diri.
  • berhati-hati dengan lelaki yang terlalu mendesak.pikirkan akibatnya bila dah kawen pula satu hari nanti.
  • bila berjauhan adalah satu proses untuk lebih mengenali lelaki yang kita sayang dan yang sayang kita.sebagai kawan,sy dan nampak lelaki jenis apa yang sedang bersama dengan awak.tapi awak masih tak nampak.so saya akan tetap selalu mendoakan kebahagian awak wahai sahabat....

awak,

saya tau maybe awak akan sakit hati dengan nasihat2 saya itu.tapi itu nasihat ikhlas dari seorang sahabat.ingatlah lelaki boleh datang dan pergi dalam hidup kita.tapi sorang sahabat itu akan tetap selalu bersama dengan kita dikala senang dan susah.hargailah sahabat yang awak ada sebelum awak kehilangannya.sekali awak hilang...selama2nya akan terus hilang.

nota kaki:.............

Thursday, February 26, 2009

tiada lagi?

assalamualaikum wbt...

hari ni aku EL.bukan sbb sakit.tapi sebab malas.penyakit aku dah datang.habisla.walau cuba bertahan.akhirnya jatuh juga.so bila dah jatuh ni.aku hanya invite kak zila untuk masuk blog ni.sbb die sedang berusaha membantu aku.thanks akk.

Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu
nota kaki:mmmmm,xmakan pe2 dh 2hri.xde selera betul...

tiada lagi?

assalamualaikum wbt...
hari ni aku EL.bukan sbb sakit.tapi sebab malas.penyakit aku dah datang.habisla.walau cuba bertahan.akhirnya jatuh juga.
Sia sia saja
Kita jalin cinta Bila hati selalu berbeda Sampai kapan lagi Aku harus menahan Rasa kecewa di dalam dada Seandainya kita masih bersatu Tak mungkinkan menyatu Walau masih ada sisa cinta Biarkan saja berakhir sampai Di sini Tiada lagi yang ku harapkan Tiada lagi yang ku impikan Biar aku sendiri tanpa diri mu Tiada lagi kata cintamu Takkan lagi ku bersama mu Biar ku simpan semua Kenangan ku bersamamu
nota kaki:mmmmm,xmakan pe2 dh 2hri.xde selera betul...

Wednesday, February 25, 2009

tiba masanya...

assalamualaikum wbt...

kalau nak dikatakan dunia dan hidup ini tidak adil.aku layak dikatakan seorang penipu.hanya kerana aku sedih,aku tak boleh katakan ianya tidak adil.sebabnya.aku lebih beruntung dari mereka,mereka dan mereka yang lain.tapi kadangkala mulut jahat ini tetap nak kata tidak adil hanya kerana sakit ati atau frustated.

baru semalam aku seolah nak dapat semangat baru.nak perbaiki diri ini tetapi hari ni,surat transfer kawan baik aku dah sampai.dan perpindahan dia berkuatkuasa 2hb mac 2009.owh.terlalu cepat.dan tak sangka secepat ini dia akan meninggalkan aku.

sebagai kawan baik.bukan mudah aku nak terima hakikat.memang orang datang dan pergi.itu perkara biasa.tetapi masa yang nak diambil untuk melupakan yang telah pergi...bukan sesuatu yang mudah.maybe tidak pada dia.tapi aku.seseorang yang terlalu menghargai ikatan persahabatan.silalah tanya kepada sesiapa yang pernah menjadi sahabat aku,pasti hanya yang baik-baik saja akan dgr pasal aku *perasan giler*

hari ni,hubungan kami agak buruk.salah aku.sindir dia macam2.tapi sebagai kawan baik.dia sepatutnya kenal aku lebih dari orang lain.aku sindir sebab ingin mengawal kesedihan aku.so aku kena buat diri aku marah maka aku takkan menagis.tapi..boss jugak yang buat aku nangis.soalan boss:" you ok ke?kawan baik dah nak pergi.." aku tersenyum tawar dan keluar gak air mata aku ni.*sial betul*

nota kaki:pas breakfast,aku tak makan apa2 pun.hilang selera.tapi dia tak tau.dan kalau tau pun,dia tak akan pernah peduli...mungkin.

Tuesday, February 24, 2009

melawan kesepian

assalamualaikum wbt...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

lagu siti nie dah lama aku dgr kat hotfm.tapi xpernah aku nak menghayati pun lirik dia.ntah macam mana masa menonton spaQ.baru aku perasan yang ada sesuatu dalam lirik ni.*besh*

kalau kita tak mampu mengubah seseorang.ubahlah diri kita.dan apabila orang juga telah berubah maka kita juga kena ubah diri kita.macam berbelit je ayat aku ni kan.tapi inilah sebenarnya.

sebagai contoh; jika kita berniat nak mengubah seseorang maka kadang2 kita kena berubah ke arah itu.maka kita akan menjadi contoh yang terbaik untuk mereka ikuti,insyallah.tapi kadang kala sudah puas kita berusaha mengubah mereka tetapi hanya menyeksa jiwa dan batin kita.so eloklah kita pula yang berubah kembali menjadi jiwa kita.jika tidak kita yang akan terseksa.

aku rasa aku sudah puas mencuba.sudah puas berusaha.tapi nampaknya aku gagal.even kalau aku serah nyawa aku sendiri pun belum tentu aku akan berjaya.dan jika aku patut tau kemana jalan yang harus aku tuju bila aku pasti aku akan gagal di jalan itu.namun tak semudah itu untuk kembali kejalan itu.aku perlukan masa yang panjang.even aku keseorangan (eh aku berdua),aku perlu buktikan aku mampu.*sigh*

nota kaki:aku tak sehat.dah 2 hari aku selsema.sakit tekak.dan demam malam.tapi aku masih kuat untuk ke opis *chaiyok2*

Monday, February 23, 2009

Surat buat awak…(5)

assalamualaikum wbt...

Salam awak,
Saya menulis di hard copy kali ini (kertas ni la).kalau awak nak tau dah ada beberapa surat buat awak di blog saya.saya menulis tanpa awak membacanya.lagi pulak memang sy dah privatekan blog saya dari bacaan umum.satu hari nanti saya akan bagi awak baca..masa itu pasti tiba,maybe masa awak dah kembali ke negeri asal awak untuk tinggal berdekatan dengan bakal suami kan.itu alasan awak dalam borang transfer kan...(saya terpandang masa ada urusan rasmi dalam fail awak.)
Awak,
Kali ni saya bagi awak sticky album pulak.saya harap awak suka dengan hadiah saya ni.nak bagi hadiah tak perlu tunggu hari istimewa.itu cara saya.kalau saya rasa saya ingin menghargai seseorang dan saya punya kemampuan,sy akan bagi hadiah.itu istimewanya saya awak. Sebab tu lelaki2 yg pernah couple dgn saya sgt2 untung even saya bukanlah jenis pompuan yg cantik,melawa dan sbgnya.tetapi saya selalu yakin dengan kelebihan yang ada dalam diri saya.dan sy tak pernah rasa frust sy tak lawa,putih dan sebagainya sebab saya tau Allah itu adil…
Awak,
Dalam album ni,ada sejuta wajah awak.dan disetiap lokasi ada wajah awak dalam album ni itu maksudnya masa yang awak spend dengan saya.so hargailah dan kenangkanlah memori2 tu bila awak tgk balik photo2 ni kelak nanti.sejuta wajah awak dan penuh dengan pelbagai cerita.setiap kali saya tengok saya akan ingat.contohnya masa kat langkawi,konvo,beraya umah kawan2 dll.kenangan awak…kenangan terindah!!!
Awak,
Saya tak pernah mengharapkan apa2 balasan setiap kali saya bagi sesuatu.itu betul dari hati saya.ikhlas itu Allah yang tentukan dan bukannya saya.kalau awak Xray dan belah dada saya pun belum tentu akan dapat jawapan sama ada ikhlas atau tidak….tapi saya selalu suka kalau orang menghargai setiap apa yang saya lakukan kepada seseorang itu awak.penghargaan itu sesuatu yang subjektif dan terpulanglah bagaimana individu itu nak melakukannya.dan dalam konsep saya pula..menghargai ialah apabila kita tidak melukakan hati seseorang itu…
Awak,
Saya tau.awak dah mula boring berkawan dengan saya.kadang2 bila kita terlalu ambil berat,kita akan buat seseorang itu rimas dan mula berperilaku sampai boleh melukakan hati…even kita tak bermaksud macam tu kan. Sebab saya selalu merasa macam tu dan saya tak salahkan awak. Sebab saya yang buat diri saya macam ni.
Awak,
Saya tak pasti samada awak suka atau tak setiap kali saya mesej mengingatkan solat.mengaji dan sbgnya. Saya tau saya pun bukannya terlalu baik untuk mengingatkan awak,tetapi bila saya ingatkan awak secara tak langsung saya ingatkan diri saya jugak.alhamdulillah beberapa tahun kebelakangan ini saya sangat menjaga solat saya even masih terbabas lagi. Saya juga mesti rasa kosong dan tak lengkap kalau saya tak baca yassin pada malam jumaat. Cuma sekarang saya sudah jarang buat solat solat sunat. Walau kadang2 saya frust dgn awak tetapi hati saya masih kuat untuk berusaha bersama2 awak memperbaiki diri kita. Saya mohon dikuatkan iman saya.
Awak,
Saya selalu berdoa hubungan persahabatan baik kita akan kekal sampai bila2. Saya juga selalu berdoa untuk kebahagian awak walaupun di luarnya awak Nampak sy sgt2 marah bila awak nak transfer. Awak saya nak mintak mahap kalau sepanjang awak kenal rapat dengan saya, sy selalu buat awak rimas atau sakit ati.Insyallah sy akan cuba memperbaiki diri saya dari masa ke semasa.semoga awak berbahagia selalu dan diberkati Allah.Amin….
SAYA…
sahabat baik awak..
21022009 11.12PM

nota kaki:surat ini telah dicetak dan diserahkan kepada sahabat baik aku bersama-sama sebuah sticky album.

Wednesday, February 18, 2009

entri dipergunakan...

assalamualaikum wbt...

ingin menulis.tentang rasa hati.tapi perlukah aku menulis.dan untuk apa aku menulis.mungkinkah dgn menulis.rasa hati ini dapat diluahkan.atau masih ada yg tersimpan di hati.ya Tuhan.dugaan sungguh hidup aku sekarang ni.walau tak siapa nampak.aku yang perit menghadapinya.(lantas mengambil keputusan drastik tanpa dirancang ke sarawak bulan depan)
"dipergunakan".perkataan apa itu ye.dulu orang sll cakap.napa aku biarkan diri aku dipergunakan.owh.aku dipergunakan ke.bagi aku dulu.aku hanya membuat kebaikan.aku tak mengharapkan balasan apa2.aku sendiri yang ikhlas nak buat.bukan salah sesiapa.aku seronok bila tgk orang hepi.
tapi sekarang.fikiran aku telah matang.kenapa aku masih dipergunakan.ya.aku nak guna ayat itu.aku rasa aku dah serasi dgn word itu.memang itu realitinya.aku memang dipergunakan.dipergunakan kerana komitmen aku,kerana baik ati aku,kerana sikap ambil berat aku,kerana perihatin aku,kerana segala2nya...
ya.aku sedih.sedih bila segala yg positif dalam diri aku diambil kesempatan.dan aku membiarkan kesempatan berlaku di depan mata.aku sedar.tapi aku tak mampu menghalangnya.bilakah pengakhirannya???adakah setelah aku menutup mata buat selama2nya...itu kuasa Allah yg satu.hanya Dia yg tahu bila aku akan pergi....(entri ini agak sedih bagi aku kerana tatkala jari pantas menaip.air mata turun tak henti2)

nota kaki:aku sudah ambil borang transfer.sebagai simpanan dan persediaan.jika sesuatu berlaku.aku nekad.jgn dihalang pemergian aku kelak sbb aku tidak akan pernah ambil peduli lagi...

entri dipergunakan...

assalamualaikum wbt...
ingin menulis.tentang rasa hati.tapi perlukah aku menulis.dan untuk apa aku menulis.mungkinkah dgn menulis.rasa hati ini dapat diluahkan.atau masih ada yg tersimpan di hati.ya Tuhan.dugaan sungguh hidup aku sekarang ni.walau tak siapa nampak.aku yang perit menghadapinya.(lantas mengambil keputusan drastik tanpa dirancang ke sarawak bulan depan)
"dipergunakan".perkataan apa itu ye.dulu orang sll cakap.napa aku biarkan diri aku dipergunakan.owh.aku dipergunakan ke.bagi aku dulu.aku hanya membuat kebaikan.aku tak mengharapkan balasan apa2.aku sendiri yang ikhlas nak buat.bukan salah sesiapa.aku seronok bila tgk orang hepi.
tapi sekarang.fikiran aku telah matang.kenapa aku masih dipergunakan.ya.aku nak guna ayat itu.aku rasa aku dah serasi dgn word itu.memang itu realitinya.
aku memang dipergunakan.dipergunakan kerana komitmen aku,kerana baik ati aku,kerana sikap ambil berat aku,kerana perihatin aku,kerana segala2nya...
ya.aku sedih.sedih bila segala yg positif dalam diri aku diambil kesempatan.dan aku membiarkan kesempatan berlaku di depan mata.aku sedar.tapi aku tak mampu menghalangnya.bilakah pengakhirannya???adakah setelah aku menutup mata buat selama2nya...itu kuasa Allah yg satu.hanya Dia yg tahu bila aku akan pergi....(entri ini agak sedih bagi aku kerana tatkala jari pantas menaip.air mata turun tak henti2)
nota kaki:aku sudah ambil borang transfer.sebagai simpanan dan persediaan.jika sesuatu berlaku.aku nekad.jgn dihalang pemergian aku kelak sbb aku tidak akan pernah ambil peduli lagi...

Monday, February 16, 2009

merajuk:sayang atau mengada?

assalamualaikum wbt...

dah lama aku tak merajuk dgn boss.tapi aku merajuk bukannya aku tunjuk pun yg aku merajuk.tak kuasa aku nak tunjuk2.buang body language aku je *smile*.cara aku merajuk senang aje.aku akan amik cuti panjang biar die gelabah aku takde.ataupun aku tak buat keje2 kat opis.buang masa sambil2 main internet dan sembang2 dgn geng2 bilik sumber manusia.itulah aktiviti aku hari ni.tapi yg tak bestnye bila merajuk.keje aku tak jalan sehh.huhuhu.sebab apa aku merajuk??~malas nak bercerita la...buang masa je.

kenapa agaknya kita merajuk kan.adakah aku inginkan perhatian??adakah aku inginkan kasih sayang.adakah apa yang aku terima masih tak cukup??~memang pun.honestly aku ni mmg agak kuat merajuk orangnya.merajuk tak perlu pada semua orang.selalunya aku merajuk dgn orang2 yang aku sayang.bukankah dgn merajuk ni menunjukkan betapa kita perlukan kasih sayang dari orang-orang tertentu.sllnya aku merajuk dgn makbapak aku.dgn abang2 aku.dgn adik2 aku.dgn kawan2baik aku.dgn kakak2 maya aku.*dan dulu2 dgn bekas2 pakwe aku*aku merajuk sbb aku syg dgn orang2 ini dan aku ingin disayangi.

nota kaki:baru dua tiga hari sudah aku merajuk dgn adik bongsu aku.last2 bapak aku yg pujuk dgn beli ice cream cornetto.wah.aku mmg anak manja rupanya.*smile*

Sunday, February 15, 2009

ehemmmm

assalamualaikum wbt...

cuti minggu lepas dan minggu ni aku tak kemana-mana.myheart pun dah bergerak ke mana2.aku habiskan masa dalam bilik dan blog walking.wah inilah aku yg dulu.sudah lama aku tak begini.sejak aku sambung study balik.mmg boleh dikatakan seminggu 7 hari aku tak lekat kat umah.

aku terpikir nak aktif blogging balik.sbbnya dulu masa aku aktif,aku dapat semangat diri aku balik.ni bila semangat aku nak jatuh.macam aku nak aktif balik.tapi aku sekarang bukan macam aku yg dulu.aku tak punya banyak masa macam dulu2.dan aku macam masih belum bersedia untuk open balik blog ini kepada public.buat masa ni hanya acai,kak retna,kak sanchai,kak zila dan yonna yang dibenarkan masuk.

aku nak kembali jadi sishoney yg dulu.yang sgt2 nakal.semua orang tau kenakalan aku.mmg aku ramai visitors dan kawan2 bloggers.tapi yang buat aku nyampah sbb budak tue masih nak ikuti perkembangan aku.sial betul la.apsal la tak habis2 nak kacau aku.yg sudah tu sudah la.aku dah maafkan pun.cuma nak lupakan apa yang dia pernah buat bukan sesuatu yang mudah.

*adoi...pikiran buntu* so kena bercuti jauh2.mana ek nak pegi dan bila????

nota kaki:rindu la dengan kenangan2 lama sebagai bloggers.

Wednesday, February 11, 2009

surat buat awak...(4)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ini saya tak sihat.kalo ikut medical term panggil dismenoria.hehehe.dah pandai sikit2.tapi sy still bawak awak p celcom center.sian tgk muka 20sen awak sbb dah xleh call out.sy kan xpernah nak menghampakan awak.

awak,
balik saya p umah awak.ambil buah tangan dari terengganu.awak belikan kopok kering.kopok basah.asam dan kain ela kat sy.thanks awak.saya xpernah mengharapkan apa2 balasan dari awak atas semua benda yg sy bagi.(kecuali sy nak kad birthday tak dapat *sedih*)dan apa jua yg pernah awak bagi sy akan sy hargai sampai bila2.sy ni mmg istimewa awak.orang yg betul2 kenal sy akan cakap macam tu.tak pcaya tanya kak zila~hahahaha.

awak,
sy xsempat nak sembang panjang rini.sy betul2 sakit.kalo x mst sy dah stayback habiskan keja.tapi sy xmampu.sy drive pun dalam keadaan pening.bila balik pas muntah and mandi baru sy stabil sket.then sy sms awak...

awak,
sy tau.sy sgt2 marah bila awak dipaksa transfer.mula2 sy tgk awak sedih.muram dan macam riaksi.sy akui sy marah sgt2 kat pakwe awak.sbb memaksa awak.tapi kan awak.sy tgk awak dah banyak berubah sekarang nie.maybe awak dah dapat tonik terbaik dari pakwe awak.sbb die berjaya buat awak trnfer dan tentunya die sgt2 hepi dan orang yg hepi tentu akan membuatkan orang lain gembira.macam sy dulu2.sy hepi so sy buat kawan2 sy hepi.tapi sekarang.sy dah lain kan...tak mampu nak gembirakan org lain sbb kepala hotak sy pun serabut.

awak,
kadang kala sy rasa awak sengaja buat sy marah.buat macam2 kat sy.supaya nnt bila awak dah pindah sy takla terasa sangat kan...tapi bukan mudah sy nak tanggung semua nie.kesimpulannya jiwa saya kacau!!!!

bersambung...

Tuesday, February 10, 2009

surat buat awak...(3)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ni menulis lagi buat awak.menulis tentang hari ni.xde apa2 sebenarnya dan bukan ingin mengungkit.maybe bila terjadi sesuatu dan awak baca entri ni.tentu awak bangga jadi kawan saya kan.dan awak susah nak jumpa org macam sy laggi....

awak,
rini banyak sgt keja sy kat opis.dah la tu ada plak meeting.sib baik kejap aje.then saya start wat keje sampai lunch pun saya xmakan.malas nak stop sbb nanti liat plak.

awak,
saya balik lambat rini.saya nak habiskan gak key in benda tue.kalau leh saya nak student2 tue dapat biasiswa secepat mungkin.sy tak suka nak tangguh2 walaupun saya leh buat macam tue sbb itu bukan kerja saya.tapi awak kenal saya kan.tentu awak tau macam ne komited sy pada kerja kan...

awak,
pas keja saya call awak.sbb awak cakap nak bagi kopok lekor kat saya.nak sy g ambik kat umah awak.yela awak xbelikan utk org lain.so sy kena la g amik kat umah awak.call banyak kali xangkat.then saya nak umah awak.ketuk banyak kali pun xde jawapan.alahai tido sgt enak pikir sy.yelah awak penat.then sy yg sgt2 penat dah malas nak tunggu.so sy balik la.

awak,
sy xbalik umah terus sbb ada kawan sms ajak makan pasemboq/rojak kesukaan awak.so saya pun singgah la makan.then awak sms suruh sy call awak.bila dah call baru la tau yang awak rupanya tgh mandi.tak sedar sy datang umah awak.awak suruh sy patah balik p ambik tapi sy penat la awak..then awak cakap nak minta tolong sy bayarkan bil awak.sy kata ok.sbb ingatkan by mayban2u macam yg sy sll buat.

awak,
tapi awak macam nak cepat.awak cakap soh sy bayarkan kat celcom center.saya cakap penat.yelah nak jalan ke sana jauh gak tau even nampak dekat jer.awak cakap xpelah....tapi kan awak..pernah ke sy menghampakan awak???atau kawan2 yg lain.bak kata awak.kelemahan sy yang paling utama ialah baik hati dan ambil berat...

awak,
sy ajak kawan sy tue temankan sy p bayar bil awak.naik aje tgkt 4 xsilap.counter close...huhuhuhu.sian kan sy awak.penatnya sy...last2 xleh gak...so saya dah cuba nak bantu awak..tapi boleh la.sori ek....

bersambung....
nota kaki:bila aku mampu nak baiki kelemahan aku tu ye??

Monday, February 9, 2009

surat buat aku...(1)

assalamualaikum wbt...

aku,
hari ini aku ingin menulis untuk aku.selalu hantar surat untuk awak.tetapi bukannya awak akan baca sbbnya blog ini adalah private.maybe satu hari awak akan baca.bila...itu sesuatu yang aku sendiri tak pasti...

aku,
sebelum delete blog ini.aku telah berjanji yang aku akan berubah.aku ingin sekali nak baca balik entri itu.malangnya.blog telah delete dan semua soft copy nya hilang akibat masalah virus yg menghuni laptop aku.aku ingin baca kembali perubahan apa yg aku ingin buat..

aku,
aku akui yang aku banyak sangat2 berubah sejak aku delete blog lama.aku berjanji yang aku ingin berubah ke arah yang lebih positif tetapi malangnya..aku rasa tidak.maybe ada yang bagus spt kurangya panas baran aku.namun yg negatuf aku rasa lebih banyak...

aku,
3 hari ni aku betul2 spend time dekat rumah.dengan mak.dengan bapak.dengan famili.aku ngadap skrin laptop hampir 24 jam.ptg2 aku g lepak kat umah tok.aku mengemas bilik.aku bermain dgn fotografo hampir setiap masa.itulah aku dulu.sebelum aku delete blog dan sebelum aku jumpa awak.

aku,
aku tak akan pernah salahkan sesiapa.akulah yang bersalah jika sesuatu berlaku pada aku.org lain mungkin sekadar pelengkap bagi setiap babak yang aku lakonkan atas arahan dan skrip aku sendiri.so aku yang sepatutnya mengolah kembali skrip aku dan memberi arahan semula atas drama yang aku lakonkan sebelum ni.tetapi menulis memang mudah..namun penghasilan bukanlah semudah jemari aku menaip di key board ini....

bersambung...

nota kaki:kosong..

Saturday, February 7, 2009

nasihat

assalamualaikum wbt...

hari ni dapat tonik dari seseorang.
mampukah aku bertahan.?????

nota kaki:semuanya bergantung pada diri aku

Friday, February 6, 2009

surat buat awak...(2)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ini saya menulis lagi.bukan kerana apa2 tetapi permintaan hati ini.saya sangat2 sedey hari ini awak.tapi alhadulillah tak siapa tahu kesedihan saya walaupun awak.saya xmampu nak lindung kemarahan saya tetapi saya mampu lindung kesedihan saya.
awak,
semakin hari kita semakin jauh sebenarnya.walaupun luaran nampak kita dekat kan.mungkin itu terbaik untuk kita.bagi awak tentu tak kisah apa2 kan.tapi bagi saya,bukan mudah tetapi saya kena hadapinya..itu realiti yang saya kena tanggung sendiri.ya Tuhan seksanya saya...kenapalah saya diuji...owh ya Tuhan sayangkan saya...
(saya ingin solat dan baca Yassin sebentar....)
awak,
masih ingat lagi tak..bila awak bagitau saya awak tak boleh ngaji.waktu tue saya tanya awak nama arwah tok awak.saya nak sedekahkan Yassin pada dia.awak sedih waktu tu sbb dah tak pandai ngaji.saya tak pernah perkecilkan awak kan.saya suruh awak belajar kembali perlahan2.benda kalau dah lama kita tinggalkan macam tu la.setiap malam jumaat bila saya baca yassin saya selalu ajak awak sama2 baca Yassin dengan saya walaupun dua tempat yang berbeza..ntahla awak..saya tgk banyak sgt alasan awak.tapi saya tak sesekali akan marah awak.
awak,
bila awak cakap nak stat ngaji balik.saya belikan awak Iqra.alhamdulillah awak dengan gembiranya bagitau saya awak dah mula mengaji.tentu saya tersenyum.tapi kan awak.dah lama saya tak tanya awak,tak tahu pula awak masih ngaji atau tak.saya pun bukannya baik sangat untuk selalu bertanya pada awak tetapi itu tandanya saya sangat2 ambil berat pada awak...
awak,
seingat saya..saya tak pernah sekali menghampakan awak.apa saja permintaan awak mesti saya akan tunaikan.bahkan saya sanggup mengabaikan kepentingan saya,famili saya,rasa penat saya,pelajaran saya dll hanya untuk awak.jika saya tak tunaikan saya tak senang.even awak tak memaksa saya tetapi bila awak mengharapkan insyallah memang saya tunaikan.
awak,
masih ingat lagi.awak teringin nak makan rojak.saya penat sebenarnya tetapi saya tunaikan juga.saya tak pernah menyesal buat semua itu pada awak tetapi kadang2 saya terasa hati bila saya minta awak temankan saya awak ada saja alasan.pening la.penat la.banyak kali awak buat macam tue.saya pujuk hati saya sendiri awak*sedih*

bersambung...

nota kaki:awak balik kampung hari ni.sepatah pun awak tak cakap kat saya.tetapi saya masih ingatkan awak agar jaga diri,jaga peribadi dan jaga iman.jgn lupa bagitau saya bila awak dah sampai.jawapan awak:yelah awak..sy dah otw...