Monday, February 16, 2009

merajuk:sayang atau mengada?

assalamualaikum wbt...

dah lama aku tak merajuk dgn boss.tapi aku merajuk bukannya aku tunjuk pun yg aku merajuk.tak kuasa aku nak tunjuk2.buang body language aku je *smile*.cara aku merajuk senang aje.aku akan amik cuti panjang biar die gelabah aku takde.ataupun aku tak buat keje2 kat opis.buang masa sambil2 main internet dan sembang2 dgn geng2 bilik sumber manusia.itulah aktiviti aku hari ni.tapi yg tak bestnye bila merajuk.keje aku tak jalan sehh.huhuhu.sebab apa aku merajuk??~malas nak bercerita la...buang masa je.

kenapa agaknya kita merajuk kan.adakah aku inginkan perhatian??adakah aku inginkan kasih sayang.adakah apa yang aku terima masih tak cukup??~memang pun.honestly aku ni mmg agak kuat merajuk orangnya.merajuk tak perlu pada semua orang.selalunya aku merajuk dgn orang2 yang aku sayang.bukankah dgn merajuk ni menunjukkan betapa kita perlukan kasih sayang dari orang-orang tertentu.sllnya aku merajuk dgn makbapak aku.dgn abang2 aku.dgn adik2 aku.dgn kawan2baik aku.dgn kakak2 maya aku.*dan dulu2 dgn bekas2 pakwe aku*aku merajuk sbb aku syg dgn orang2 ini dan aku ingin disayangi.

nota kaki:baru dua tiga hari sudah aku merajuk dgn adik bongsu aku.last2 bapak aku yg pujuk dgn beli ice cream cornetto.wah.aku mmg anak manja rupanya.*smile*

6 comments:

AKO said...

kita pun sllau majuk.. erkk aiyo takut dikatakan mengada2 lak nanti..

adehh ye ye pasni dah x leh majuk2...
ala kita majuk pun sbb kita nak manja2 je.. bluwekkk :p

sishoney said...

kak retna--->aip.aip.jgn selalu merajuk dgn si dia kak.takut nanti die akan bosan.majoriti lelaki tak suka pompuan yg kuat merajuk sbb lelaki bukannya pandai pujuk sgt.kalo nak manja2 kak...cepat2lah tawen *smile*

nurul said...

Orang tua-tua kate merajuk biar bertempat dan merajuk biar pada yang sudi memujuk...sudah-sudahnyer pujuk diri sendri hehehe...

sishoney said...

nurul--->habis nak wat camne.terpaksa la...

AKO said...

eee majuk tu kadang2 bukan dibuat tau.. ia datang secara semulajadi bila ada 'sesuatu' yg dirasakan sangat2 x besh...!!

sishoney said...

kak retna--->"sesuatu" itu kadang2 perlu diluahkan bila kita dah sgt2 syang.jgn kerana sesuatu ia akan menjadi batu*hehehe*