Friday, February 6, 2009

surat buat awak...(2)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ini saya menulis lagi.bukan kerana apa2 tetapi permintaan hati ini.saya sangat2 sedey hari ini awak.tapi alhadulillah tak siapa tahu kesedihan saya walaupun awak.saya xmampu nak lindung kemarahan saya tetapi saya mampu lindung kesedihan saya.
awak,
semakin hari kita semakin jauh sebenarnya.walaupun luaran nampak kita dekat kan.mungkin itu terbaik untuk kita.bagi awak tentu tak kisah apa2 kan.tapi bagi saya,bukan mudah tetapi saya kena hadapinya..itu realiti yang saya kena tanggung sendiri.ya Tuhan seksanya saya...kenapalah saya diuji...owh ya Tuhan sayangkan saya...
(saya ingin solat dan baca Yassin sebentar....)
awak,
masih ingat lagi tak..bila awak bagitau saya awak tak boleh ngaji.waktu tue saya tanya awak nama arwah tok awak.saya nak sedekahkan Yassin pada dia.awak sedih waktu tu sbb dah tak pandai ngaji.saya tak pernah perkecilkan awak kan.saya suruh awak belajar kembali perlahan2.benda kalau dah lama kita tinggalkan macam tu la.setiap malam jumaat bila saya baca yassin saya selalu ajak awak sama2 baca Yassin dengan saya walaupun dua tempat yang berbeza..ntahla awak..saya tgk banyak sgt alasan awak.tapi saya tak sesekali akan marah awak.
awak,
bila awak cakap nak stat ngaji balik.saya belikan awak Iqra.alhamdulillah awak dengan gembiranya bagitau saya awak dah mula mengaji.tentu saya tersenyum.tapi kan awak.dah lama saya tak tanya awak,tak tahu pula awak masih ngaji atau tak.saya pun bukannya baik sangat untuk selalu bertanya pada awak tetapi itu tandanya saya sangat2 ambil berat pada awak...
awak,
seingat saya..saya tak pernah sekali menghampakan awak.apa saja permintaan awak mesti saya akan tunaikan.bahkan saya sanggup mengabaikan kepentingan saya,famili saya,rasa penat saya,pelajaran saya dll hanya untuk awak.jika saya tak tunaikan saya tak senang.even awak tak memaksa saya tetapi bila awak mengharapkan insyallah memang saya tunaikan.
awak,
masih ingat lagi.awak teringin nak makan rojak.saya penat sebenarnya tetapi saya tunaikan juga.saya tak pernah menyesal buat semua itu pada awak tetapi kadang2 saya terasa hati bila saya minta awak temankan saya awak ada saja alasan.pening la.penat la.banyak kali awak buat macam tue.saya pujuk hati saya sendiri awak*sedih*

bersambung...

nota kaki:awak balik kampung hari ni.sepatah pun awak tak cakap kat saya.tetapi saya masih ingatkan awak agar jaga diri,jaga peribadi dan jaga iman.jgn lupa bagitau saya bila awak dah sampai.jawapan awak:yelah awak..sy dah otw...