Tuesday, October 26, 2010

campur aduk!

assalamualaikum wbt...

sesungguhnya masa itu terlalu pantas bergerak sekarang ni,aku rasa macam baru semalam aku tulis entri disini tapi bila masuk bali,aduhai.dah seminggu rupanya.jelas menunjukkan yang dunia ini semakin tua,namun amalan kita..~huhuhuhu.

minggu baru yang agak tidak begitu baik bagi aku.bagi yang kenal aku.tentu tahu bagaimana aku ini seorang yang terlalu mengambil berat pasal org lain.sampai boleh mengabaikan diri aku sendiri.sifat yang aku ingin buang sebab finally aku akan terasa sakit jika mereka tidak menghargai dan berterima kasih pada aku.

sejak kak aza bertanya tentang noushy,sampai detik ini aku masih hantar sms pada dia.namun sampai saat ni juga tiada satu balasan yang aku terima.aku pun tak pasti sampai bila aku akan terus nak berusaha mengembalikan ikatan persahabatan blogger ini.kita pernah berseronok dan terbuai2 membaca kisah cinta mereka.so tak salah untuk aku cuba kan.tengoklah sampai mana tahap kesabaran aku.

bercakap tentang sabar,aku rasa tahap kesabaran aku semakin meningkat. alhamdulillah.mungkin berkat doa mak dan aku sendiri.walaupun tidak 100% tapi bagi diri sendiri kita tentu dapat rasa tahap pencapaian kita walaupun sekecil zarah.namun dalam kesabaran aku ni jiwa aku meronta dengan teman seofis.tidak tahu bagaimana aku nak jelaskan disini....tunggulah.maybe suatu hari nanti.

nota kaki: dulu masa zaman aku banyak kerja,aku mmg tertekan.tapi sekarang jiwa aku lebih tertekan dgn rakan seopis.walau kamu punya degree.aku tidak bangga sebab perangai kamu sama saja dengan staf yang hanya ada PMR.jelik aku dengan perangai kamu.aku punya teman2 yang jauh lebih pandai dan berpendidikan dari kamu.namun mereka lebih humble,tidak mulut becok dan tikam org dari belakang.aku pasti satu hari nanti kamu sendiri akan buka pekung didada kamu.walau sekarang kamu bisa putar belit cerita.bisa meniru tandatangan boss dan bisa menipu orang sekeliling kamu!

Wednesday, October 20, 2010

baik jangan terlalu baik

assalamualaikum wbt...

satu sifat buruk aku,aku mudah terlalu baik dengan orang.sanggup buat apa sahaja.even kekadang orang yang aku baik tu langsung tak menghargai aku.payahnya punya sikap macam ni.kelemahan aku paling utama.semenangnya kita perlu berbuat baik sesama manusia.namun.tiada istilah kita perlulah terlalu baik sesama manusia.finally we will getting hurt.actually my point is am getting hurt.but i'll recover myself and forgive them.

nota kaki: kak aza,i need u to help me!my english was bad nowadays.damn it!

Tuesday, October 19, 2010

kembali ke sini :-)

assalamualaikum wbt...

tiba-tiba aku rasa seperti mahu menjadi blogger semula.yeah.aku masih seorang blogger.namun bukan dari erti kata yg sebenar.lihatlah entri terdahulu.kira-kira 4 bulan yg dulu.sememangnya aku ada menulis.tapi menulis tentang gambar yg aku rakamkan.sememangnya,gaya hidup aku banyak berubah sejak aku memegang kamera.

bila kak aza tanya aku berkenaan noushy,aku teringat zaman tegar aku bergelar blogger.disitu aku menambah kawan-kawan.walaupun ramai yang kata kawan-kawan internet ni jahat-jat belaka.alhamdulillah.aku dikurniakan sahabat-sahabat maya yang baik-baik semuanya,insyaAllah.

sahabat-sahabat photographer yang aku kenal jua baik-baik belaka.alhamdulillah.melalui merekalah aku lebih berpengetahuan tentang kamera.aku bukannya ada pendidikan formal tentang fotografi maka aku kena rajin bertanya dengan mereka.

selepas kak aza bertanya tentang noushy,aku kembali ingin menjejaki dia.dulu banyak yang kami share.sama-sama memberi motivasi.aku dah jumpa alamat dan no h/p dia.puas aku selongkar folder-folder lama di opis.namun buat teman-teman lain.maaf.aku masih kena pegang amanah alamat dan no phone dia.buat masa ni dia masih tak balas sms aku walaupun mesej "delivered".

oklah.cukup sementara dulu.takut tulis pepanjang,lepas ni 4 bulan akan datang pulak baru nak update.tapi insyaAllah aku berjanji dengan diri aku akan selalu update disini selepas ini.

nota kaki: konflik di tempat kerja masih belum berakhir cuma aku malas nak pikir.

Thursday, September 2, 2010

entri hari lahir mak

Assalamualaikum WBT,
Photobucket
amik gambaq tahun lepas :)
Mak, Anak mak ni sorang saja pompuan kan Anak mak tau yg mak sayang anak mak ni sangat-sangat Mak selalu buat apa saja untuk anak mak. Mak selalu pertahankan anak mak Dari anak-anak lelaki mak yang lain. Mak, Anak mak yang sorang ni memang "ketegaq" Anak mak yang sorang ni memang "keraih" kepala Anak mak yang sorang ni memang pemalas Anak mak yang sorang ni memang "kasaq" Tapi mak tau kan anak mak ni selalu baik kan. Dan mak selalu bangga dengan anak mak yang sorang ni kan. Mak, Mak selalu dah cakap pasal jodoh sekarang ni kan Mak selalu kata yang mak sentiasa doakan jodoh anak mak Mak nak lelaki yang terbaik jaga anak mak Sebab mak dah jadi terbaik dalam jaga anak mak ni Dan sebab tu sampai sekarang anak mak tak kahwin lagi Sebab anak mak tau Allah nak temukan anak mak dengan lelaki terbaik. Mak, Walau setiap tahun anak mak belikan hadiah pada mak Tapi anak mak tau yang anak mak tak mampu Nak bagi hadiah seperti hadian yang mak dah bagi kami anak-anak mak Hadiah yang setiap anak di dunia ni tak mampu nak bagi Sebab setiap ibu di dunia adalah terbaik Mak, Di bulan Ramadhan yang mulia ni Mak dapat raikan hari lahir mak Anak mak hanya mampu berdoa pada Allah Supaya mak senantiasa dirahmati olehNya Mak diberikan kesihatan dan umur yang panjang Agar anak mak dapat raikan hari lahir mak Untuk tahun-tahun mendatang Mak, Anak mak ni sayang mak sangat-sangat. Nota kaki: Nak bagi adiah apa ye tahun ni....? Wassalam ‘Being a girl and into this business is a challenging job,but as far as i know i enjoy doing it and i believe in delivering the best to my customers” SisHoney Email: sishoney@gmail.com Team: www.gambarkami.com

Wednesday, September 1, 2010

selamat tinggal sudah

salam,

lama aku menunggu kamu.kamu cakap ada jodoh takkan kemana.kamu ingin perbaiki ekonomi dan negeri kamu.kita kejap on dan kejap off.aku menunggu dan terus menunggu.kamu cakap jangan la menunggu sgt.tapi aku cakap.aku tidak dpt bukak ati kepada org lain selain kamu.kita kejap on kejap off.dan sekarang kamu on semula.dan lebih hampa.kamu bersama gadis lain.terima kasih kamu.membuat aku tunggu.sejak 4 tahun lalu :(

nota kaki: aku tolak beberapa lelaki sejak kamu ada dlm hati aku.padan muka aku!!

Thursday, July 8, 2010

entri buat seorang sahabat,Acaii Jawe

assalamualaikum wbt...
 hari ni birthday salah seorang sahabat aku yg mula-mula kami kenal di alam maya, encik faisal hj rahim atau lebih dikenali sebagai Acaii Jawe yang meriupakan antara blogger dan photographer popular bagi orang-orang jawa~hahahaha. Aku dah kenal sahabat aku ni sejak tahun 2006,masa aku mula-mula blogging,cerita-cerita personal dia yang best mendorong aku rajin mengomen dia blog dia.Walau hanya cerita peribadi tetapi entri-entri dia buat aku rasa sangat bermotivasi.Penulisan yang ringkas dan mudah dipahami membuatkan beliau antara blogger popular dikalangan ahli-ahli msjbox. Salah satu perkara baik yang buatkan Acaii ni baik dengan semua orang ialah dia sedaya updaya akan melawat dan komen atas entri-entri kita.So dengan itu hubungan silaturrahim dapat didekatkan. Tahun 2007 adalah kali pertama aku jumpa Acaii,masa tu ulangtahun msjbox di Restoran Hj Samuri.Memang malu-malu kucing rupanya si Acaii ni.Kami selalu sembang pasal bola.Kami memang musuh dalam EPL sebab dia peminat fanatik Chelsea sejak 1996 dan aku peminat fanatik MU sejak 1997.
gambar masa Acaii & Fiza naik sampan kat penang :)
 Dan tanpa disangka kami sama-sama terjun dalam bidang fotografi dan dia adalah salah seorang sifoo yang banyak membantu aku dalam bidang ni dengan komen-komen jujur dan membina.Selepas itu kami teruskan persahabatan di alam maya.Alhamdulillah persahabatan aku diteruskan dengan bersahabat pula dengan cik isteri Puan Hafizah.Sama cantik sama padan sama comel dan sama nakal :)
Alhamdulillah hari ni sekali lagi sahabat aku dapat dapat menyambut hari lahirnya yang ke....Dia tua setahun dari aku :)Aku doakan semoga dia akan terus dipanjangkan umur untuk terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah,seorang anak,seorang suami,seorang abang,seorang sahabat dan sebagainya.Aku doakan semoga rumahtangga beliau sentiasa dirahmati oleh Allah sehingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki dari segi zuriat.Aku doakan semoga terus diberi kekayaan dari segi kewangan,ilmu,harta benda dan amal jariah.Aku begitu menghargai persahabatan aku dengan dia kerana setiap kali aku memerlukan motivasi,dia antara orang yang mampu memotivasikan aku. Acaii,terima kasih atas persahabatan kita.So inilah hadiah sis pada cai,sebuah entri.Sebab kalau sis bagi hadiah kebendaan,sis tau cai mampu beli semuanya so dengan entri ni,sesuatu yang cai xmampu beli~hiks.Tapi kalau birthday sis,cai tlg hadiahkan sebuah mac ye :) Nota kaki: orang selalu kata dunia internet ini penuh dengan kepura-puraan namun sebenarnya jika kita bersikap jujur dan ikhlas,insyaAllah Allah selalu adil dengan kita. Wassalam. SisHoney Email: sishoney@gmail.com Team: http://www.gambarkami.com

Thursday, June 10, 2010

Konflik di tempat kerja 2

assalamualaikum wbt...

...ya kepercayaan.Aku mudah sangat percaya.Padahnya semua kata kata aku dimanipulasi oleh si pemegang ijazah aku.Aku hairan bilamana orang-org yg aku baik tiba-tiba menjauhkan diri.Tiba-tiba baik dgn dia dari aku.Mula-mula aku anggap biasa saja.Biarlah mungkin sbb aku tak kawen lagi.Yelah mereka bercerita "kisah2 dalam kain" rumahtangga.Dan aku langsung tak berminat.Dalam Islam sendiri kita tak dibenarkan bercherita kisah dalam kain kepada orang ramai.

Namun dari situ la titik bermula konflik antara kami.Perlahan-perlahan "titik hitam" dalam diri dia terbuka.Aku tak kata aku baik.Aku pun mungkin ada kelemahan aku sendiri.Aku tak masuk campur bila ia tidak melibatkan kerja.Namun bila dah melibatkan hal-ehwal aku mula meradang. bagi aku prosedur kerja tetap perosedur kerja. dan bermulalah episod aku "mengamuk" Biasalah.Orang yang garang itu akan dipersalahkan dari mereka yg bermulut manis.

Aku down.Betul-betul down.Dan sangat2 down.Aku dah takdak hati nak bekerja disini.Meluat dgn kata-kata manis mereka.Namun bukan semua yang menyebelahi dia.Aku ada kawan-kawan rapat yg betul-betul kena aku.Semuatuduhan yang dilemparkan kepada aku sedikit pun mereka tak percaya.Mereka kenal aku.Bukan semalam aku mula kerja kat sini.Sudah bertahun.Sedangkan dia....

...bersambung

Tuesday, June 8, 2010

konflik di tempat kerja 1

assalamualaikum wbt...

Sudah masuk bulan Jun bagi tahun 2010.Terlalu banyak dugaan dan cabaran sepanjang hampir 6 bulan yang aku kena lalui.Bermula dengan konflik aku dengan jiran yang mengheret hinaan dan cacian dan sampailah tiba masa seakan-akan Allah membantu aku memberitahu mereka yang sombong dan bongkak itu pasti akan diuji.Itu mungkin hanya satu kebetulan.Biarlah..

Sepanjang sudah hampir 4 tahun aku bekerja,pasti terlalu banyak bebelan yang aku dah tulis di blog ini dan blog lama yang sudah dikuburkan.Terlalu banyak cerietera yang aku lalui sepanjang aku bekerjaya yang tahap kelayakannya hanyalah SPM.Namun membebel manapun aku,aku selalu komited dengan kerja aku.Tidak langsung aku mengabaikan kerja-kerja aku even selalui frustated dan marah.

Namun,kini aku sudah tidak happy bekerja disini.Semuanya bermula dengan kemunculan 'orang baru' sebagai rakan sekerja aku.Dia memang berwibawa dengan genggaman Degree in Engeeneering dari UTM.Aku pun happy bila dapat kawan macam ni,sebab finally aku dapat seseorang yang boleh membantu aku melepaskan diri aku dari menjadi tempat bergantung harap (konon je).

Permulaannya kami memang baik bahkan mungkin sangat-sangat baik.Banyak benda juga aku berkongsi,share pengalaman aku disini.Bagaimana aku merangkak perlahan-lahan sampailah tahap yang aku capai sekarang.Bukan mudah sebab aku tiada dahan untuk bergantung harap.Sana-sini aku perlu sedut ilmu bagi membantu aku dalam dunia aku ni.Bukan senang seseorang yang langsung tiada pengalaman perlu memegang amanah kerajaan berjuta-juta.Orang menjuih bibir pada aku bila aku terpaksa 'fussy' atas beberapa perkara.Bila boss memuji mereka menjuih bibir.Bila aku diherdik,mereka bertepuk tangan.Itu asam garam yang aku lalui diawal-awal aku bekerja.Semuanya aku share.

Tapi aku juga lupa,tidak semua yang berpendidikan itu mampu berpikiran terbuka.Mampu berpikir secara rasional dan mampu berpikir secara bijak.Aku silap tentang itu dan satu lagi kesilapan aku bila tidak semua orang itu boleh dipercayai....

bersambung......

Saturday, May 29, 2010

assalamualaikum wbt... pejam celik pejam celik.dah setahun umur permata hati dalan keluarga aku ,nur farah nadia.masih ingat lagi.setahun yang lalu abg aku,aku,mak,bapak dan makcik aku serta keluarga kakak ipar aku menunggu proses kelahiran nadia dari waktu tengahari sehinggalah maghrib.mulanya dia masuk ke bilik normal delivery tetapi finally doktor bagitau perlu operation sebab bimbang baby akan lemas.
baby1 nadia setahun lalu.beberapa minit selepas lahir :)
naddia
nadia selepas setahun,beberapa minit sebelum update entri ini :)
dalam adik beradik,hanya aku sorang perempuan so bila nadia lahir tentunya mengembirakan tok dan tok apa nya.dulu aku selalu harap baby yang akan keluar nanti lelaki,sbb bagi aku anak lelaki akan jaga adik-adiknya kelak.tapi bila dia dah lahir,aku pulak yang berhabis sakan membeli itu dan ini.betul la kata kawan-kawan aku,anak perempuan ni seronok nak shopping sebab baju semua lawa-lawa dan cute :)
semoga nadia menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan semua keluarga terutamanya mak uda.kalau tak pandai sangat pun tak apa.bijak sikit macam mak uda pun jadi la *perasan* nota kaki:selamat hari lahir juga to my sahabat blogger AMY MARIA :)

Thursday, May 27, 2010

frustated

assalamualaikum wbt...

frustated akan buat kita down.
frustated akan buat kita gagal.
frustated memang menyakitkan.
frustated buat kita rasa ingin pergi....

nota kaki:teringat lagu aizat..

Thursday, April 22, 2010

4 tahun sudah :-)

assalamualaikum wbt...

pejam celik.pejam celik.pejam celik.pejam tak celik-celik hahahaha,sudah empat tahun aku dalam dunia blogging ni.cepat sungguh masa berlalu.macam tak percaya dah empat tahun.tapi kalau dihitung dalam erti kata 24 jam sehari.sebenarnya bukanlah genap empat tahun aku blogging.sebabnya.aku juga pernah 'bercuti' dari dunia ni.namun kecintaan terhadap dunia blogging semestinya tak akan pernah padam buat mereka yang pernah bergelar blogger.

mula-mula aku blogging,kerana masa tu aku demotivated.so medan ni aku gunakan untuk meluahkan segala-galanya.masa tu tak ada yang kenal siapa itu SisHoney.yang kenal mungkin hanya kawan-kawan masa uitm tu yang panggil aku sis.dari mula menulis sekadar luahan isi hati aku,kemudian mengembangkan dengan menulis beberapa isu.dan kematangan dalam penulisan mula nampak.masa dulu,menulis bukan untuk buat duit.dan sememangnya aku tak pernah bercadang menjadikan dunia blogging sebagai sumber pendapatan.

dalam dunia blogging,aku mula membina persahabatan maya,membina kawan-kawan melalui komuniti msjbox.dan dari kawan-kawan kami mula menjadi sahabat dan dari sini aku punya sahabat,kakak,abang,adik dan juga mungkin seseorang yang pernah bertakhta di hati (aku tipu jer.tak pernah jatuh chenta pun dgn kawan2 blogger).alhamdulillah.semua mereka yang aku kenal dalam dunia blogging ni antara yang terbaik berlaku dalam hidup aku.kami yang mula hanya kenal melalui skrin-skrin laptop dan desktop.dan finally kami semua bersua muka dan menjadi sahabat hingga ke hari ni.aku mengaku sesungguhnya aku sayang kawan-kawan terapat aku dalam dunia blogging.mereka membantu aku dari segala segi.dan hanya Allah sahaja yang mampu balas diatas segala doa-doa dan kebaikan yang mereka dan buat kepada aku.terima kasih kawan-kawan (anda tahu siapa anda)

jarang aku menulis panjang di blog ini,tapi hari ni izinkan aku menulis panjang-panjang sebab aku bukannya rajin untuk menulis sekarang ni.aku mula dari http://sishoney.blogspot.com/ kemudia beralih ke http://www.sishoney.com/ dan seterusnya ke http://www.sishoney.net/. dari menggunakan domain dan hosting free,aku menggunakan domain berbayar dan seterusnya menggunakan domain dan hosting sendiri.aku kembali dengan link terdahulu sebab disini aku bermula.dan kalau boleh final entri aku pun di blog ini.selain itu aku ingin asingkan aktiviti fotografi aku dan juga cerita ceriti peribadi aku.aku mengaku aku punya blog private yang hanya beberapa rakan yang terlalu rapat saja diizinkan untuk menjejakinya.masing-masing ada hak masing-masing untuk menjadikan dunia ini sebagai privasi.tiada siapa ada hak untuk mempersoalkannnya.

dari dunia blogging juga,aku beralih minat ke dunia fotografi.dan alhamdulillah semakin hari semakin bersinar dunia fotografi.terima kasih tak terhingga buat sahabat aku ChotTouch yang membina minat itu dalam diri aku.buat AcaiiJawe yang tak jemu-jemu menjawab soalan aku juga tak terbalas budi aku.buat kakak-kakak yang aku sayang, KakRetna, KakShida, KakSanchai.terima kasih kerana selalu memberi komen dan semangat bila saja sis memerlukan.buat adik comel Yonna.terima kasih sebab pernah menjadi pengikut setia blog sis dulu :).buat Bro Kasawari selamanya manutd akan di hati kita.buat kawan-kawan lain seperti Neeziee,Jun,Carneyz,Shai,5sal,Aida,Kak Kasih,Anga,Dr.Sarah.Amy dan lain-lain.korang semua mewarnai dunia blogging sis.semestinya orang yang tak akan pernah dilupa setiap tahun pastinya Honey yang mengajar sis dunia blogging :).thanks a lot my dear.kalau ada yang aku tertinggal nama-nama disini maafkan aku.dan setiap tahun juga aku pasti akan terus merindui Noushy Syah yang selalu menemani aku bercerita setiap malam.

notakaki:selamat hari lahir elina elias.i care about you as much as you care about me.be mature because you will be a wife soon :)

Sunday, April 18, 2010

ajal,google dan youtube

assalamualaikum wbt...


sudah menjadi adat kita semua,kita selalu menghargai atau mengambil peduli tentang sesuatu apabila kita kehilangan.walaupun bukan semua tapi mungkin lapan puluh peratus dari kita begitu.sebelum ini aku tak pernah ambil peduli tentang din beramboi.tapi bila kita beliau meninggal.baru aku google sedikit sebanyak dan layan beberapa video di youtube tentang aktiviti seni beliau.dan semalam bila achik spin meninggal.baru aku google dan menonton video nyanyian arwah di youtube.mungkin mereka artis.dan aku kurang cenderung ke arah itu menyebabkan ianya jadi macam ni.tapi kadang-kadang dalam aktiviti seharian kita juga memang kita akan begini.kita hanya akan mula sedar bila kita sudah kehilangan.sebab biasanya laman google dan youtube ratingnya akan lebih tinggi bila seseorang itu telah tiada.Al-Fatihah untuk mereka.

nota kaki:achik spin sebaya dengan aku bila meninggal,ajalnya telah sampai.ajal aku pula tiada siapa tahu melainkanNya.mungkin lepas ni orang lain pula yang akan google tentang aku.eh,aku bukan artis.

Sunday, April 11, 2010

fool/food

assalamualaikum wbt...


hari ni...
10 hari selepas April Fool
tapi tak fool pun
asyik teringat food je :)

nota kaki: food is better than fool :-)

Saturday, April 3, 2010

merah vs biru

assalamualaikum wbt...

pen merah pen biru
u marah i luv u
pen merah pen biru
man.u kalah i tak keliru.

......selamanya merah di hati~lalalalala

nota kaki: buat fans lain.saja nak bagi anda bergembira sikit.dah lama sangat dok bengang ManU asyik menang je :)

Friday, April 2, 2010

jahatkah aku???

assalamualaikum wbt

jahat sangat kah aku.terukkah aku sampai macam-macam hal yang berlaku tahun ni kat aku.sampaikan aku rasa takdak daya nak melawan semua dugaan lagi.satu ke satu masalah yg muncul.kekadang aku rasa,kenapa sampai macam ni sedangkan aku dah berbuat baik dan berlaku sama adil dengan semua orang.hanya mungkin sebab aku terlalu berterus terang maka orang mengambil kesempatan ke atas aku.sudah beberapa kali orang ambil kesempatan ke atas aku.tapi aku masih mampu tersenyum kepada mereka.

tapi mungkin jua ini balasan dosa-dosa yang aku buat tanpa sedar.bahkan aku rasa semakin lama aku semakin teruk.ustazah aku selalu berpesan dulu,jaga pemakanan kamu sebab ianya akan mempengaruhi kamu nak belajar dab begitu jua dgn hal-hal lain.aku lalaikah dalam semua itu hanya kerana hobi aku yang suka makan dan travel.halal bukan hanya dengan logo yang terpapar tapi juga dari segi cara memasak,pembersihan,sembelihan dan lain-lain.

kala ini aku sangat memerlukan motivasi,tapi aku seperti sudah tak termotivasi :(

nota kaki:bila ada masalah baru nak masuk blog ini~huhuhu

Tuesday, March 16, 2010

aku beralih ke nikon :-)

assalamualaikum wbt...

"aiyaaaa!!!!!...apsal sulah manyak teruk.belapa lama talak bikin ini cemin mata," dialog si penjual.

"rasa dah 2-3 tahun kot.i keja pun dah nak masuk 4 tahun.,"dialog bakal pembeli.

setelah hampir 30 minit test didalam bilik yang hanya kami berdua.nasib baik tidak ditangkap khalwat.eh.mana mungkin.dia perempuan.

"ok miss,i tengok lu punya mata alak teluk(mcm nak kampung aku plak).so i suggeslt lu guna itu nikon punya lens"

oh.tidak mana mungkin.canon lens xdak ke...(itu bukan dialog aku).

"lens ini manyak bagus.boleh kasi jaga lu punya mata.lu alak duit manyak pun talak guna kalau lu punya mata alak losak."

puas dia buat marketing.akhirnya yelah.yelah.nikon pun nikon jua la.

"ok miss semua harga rm697.ini spesel punya halaga.kalau itu lens biasa pun beza cuma rm144 saja.ini manyak bagus.tapi miss u jaga elok2 la u punya cermin semua.jgn macam itu macam itu punya "(merujuk spek yg aku pakai).

setelah didiskaun dapat lah rm690.

"ok miss kita jumpa ini hali khamis atau jumaat ya."

sejarah aku pakai cermin mata hampir dekat 20 tahun (tahun depan kena potong kek bentuk spek mata la.kena tempah dgn yatt dan chik),inilah yg paling peramah dan meriah sekali.siap bg aku minum air.i like servis like this even i have to pay more.

nota kaki: sebenarnya slang si penjual taklah seburuk itu,her english was good actually,but most chinese penangrian slang just like above.who care.yang penting satu malaysia (uhuk!uhuks!)

:: hidup::

assalamualaikum wbt...

sakitnya bila kita luka berdarah.
tapi sakit lagi luka yang tanpa darah.
setiap yang bersalah pasti ada balasannya.
samaada didunia mahu diakhirat.
begitu jua yang tidak bersalah pasti ada ganjarannya.
samada didunia mahu diakhirat

nota kaki:sedang memotivasi diri

Monday, March 15, 2010

kasih kekasih..

salam,

kasih bapak:
tunggu setiap malam dgn touchlight depan kedai nak masuk kampung.

kasih mak:
baru je lepas cabut uban aku yg semakin menular

kasih anak:
huhuhuhuhu

nota kaki:aku inginkan rehat,nak coti..nak coti

Thursday, March 11, 2010

letih dan kecewa

assalamualaikum wbt...

bila kita bagi sesuatu yg kadang2 mengatasi kemampuan sebenar kita.dan masih ada benda yang kita tidak dihargai.perasaan itu akan selalu muncul...

nota kaki:rindu sewaktu zaman belajar

Tuesday, March 9, 2010

LEMBAB

assalamualaikum wbt...

orang selalu kata kerajaan lembab.
aku terima sebab aku kdg2 face masalah yg sama.
tapi kalau org complain kat opis aku.
aku akan marah.
sbb aku sedaya mungkin bayar semua payment dalam masa 7hari.
tapi aku lagi sangat marah.
bila pihak konsesi swasta.
sudah 7 hari buat aku kena keja dalam panas.
faber oh faber.
sila repair aircond aku

nota kaki:bila bukak kipas habis berterbangan dokumen-dokumen aku

Monday, March 1, 2010

28hari

assalamualaikum wbt..

akhirnya tamat sudah penyiksaan 28hari
kerana dilarang mengambil cuti rehat.
akibat tuntutan menanggung kerja.
rakan setugas yang cuti bersalin.
namun...
pen merah akan digunakan
dalam buku servis tahun ini
sebab baru-baru ni
terpaksa mengambil cuti sakit
sebab mak sakit (aku sakit sikit je)
tapi aku yakin Dia Maha Mengetahui...

nota kaki:seksanya hidup bila terikat,tak sama dengan terikat dengan agama.

Wednesday, February 24, 2010

sms dengan mak

salam,

tadi sms dgn mak...

aku: tak jadi p s.alam.bos bg shima p.sbb orang dah terer

mak:mak xfaham terer tu apa

aku:dah pandai

nota kaki:mak skang lagi banyak msj dari aku.yela ada 4org anak yg mak akan msj :).tadi juga melabur 2.4k beli body 40d.so nak letak nama apa plak kali ni.mysoul ok x?

Tuesday, February 23, 2010

sahabat lama

assalamualaikum wbt...

bila start blogging balik
aku mula rindu sahabat lama noushy
masa awal-awal blogging 4 tahun lalu.
kami share macam-macam
tapi dia terus hilang.
semoga dia bahagia.

nota kaki:ntah kenapa berat pula nak hantar kad atau email..

Sunday, February 21, 2010

birthday dia

assalamualaikum wbt

ari ni birthday dia
aku tak wish
sbb antara kami
sudah tiada apa-apa

birthday dia

assalamualaikum wbt..,

21 Februari.
birthday dia ke 29.
happy birthday!

nota kaki:dia sms,sori kalau saya buat awak terasa..

Friday, February 19, 2010

zaman dulu vs zaman sekarang

assalamualaikm wbt,

zaman dulu:
masa aku kecik-kecik.
cuti sekolah mcm ni.
aku main sorok-sorok.
aku mai rounders.
aku mandi sungai.
aku main datuk harimau.

zaman sekarang:
mama:adik buat apa mama p keja
adik:adik ajar kawan adik buka facebook
mama:lagi?
adik:adik main farmville,fishville etc..

nota kaki:zaman dah berubah..

Wednesday, February 17, 2010

cita-cita

assalamualaikum wbt...

20 tahun dulu (darjah 2)

kena isi borang apa tah,ada pilihan cita-cita ;

  1. Peguam
  2. Pensyarah
  3. Guru

selepas 20 tahun (sekarang)

  1. Pembantu Tadbir (sedap sikit bunyi aka Kerani )
  2. Part Time Photographer
  3. Blogger.

nota kaki:budak-budak sekarang punya cita-cita apa agaknya ya..

Tuesday, February 16, 2010

dua tahun

assalamualaikum wbt..









sudah dua tahun berlalu.ramai yang dah sepi dan ada yang masih aktif.semoga semuanya sedang berbahagia :)
nota kaki:pergh.cepat sungguh masa berlalu.

Monday, February 15, 2010

isnin

assalamualaikum...

pasar malam kat kampung aku :)

nota kaki:dah lama aku tak ke pasar malam

Sunday, February 14, 2010

kasih tok apaa!

assalamualaikum wbt...

lepas sembahyang jumaat selalu ada kenduri tahlil.
tok apaa dapat buah tangan.
ada kuih muih,bunga telur dan sampul duit raya.
ada rm5 2 keping.
tok apaa ambil sekeping.
sekeping bagi mak tok,simpan untuk nadia :)

nota kaki:tok apaa=tok wan

Tuesday, February 9, 2010

ujian keberatan

assalamualaikum wbt...

tahun 2006 = 48kg

tahun 2007 = 50kg

tahun 2008 = 53kg

tahun 2009 = 55kg

tahun 2010 = 60kg

nota kaki:mentang-mentang bebanan kerja bertambah berat,takkan berat badan saya pun kena makin bertambah :(

Saturday, February 6, 2010

mukabuku

assalamualaikum...

kawan A:sis,bila hang nak bukak fb hang.rindu la nak sembang..

kawan B:..bila awak nak buka semula fb awk.sunyi je rasa

kawan C:apsal aku tak nampak ko kat fb,aku search pun xdak.

kawan D:......bla..bla..bla..

kawan E:....anjdjjfhwiohrf

JAWAPAN: paling awal saya akan bukak balik bulan Mac,itu bergantung kepada tahap ke'busy'an saya.saya memang pekerja kerajaan berjawatan rendah.tapi tanggungjawab saya besar.


nota kaki:memandangkan saya seorang yg addicted,berehat sementara adalah jalan yang terbaik.

Tuesday, February 2, 2010

..GELAP...

assalamualaikum wbt...

saya berkulit gelap.
saya pergi kerja ketika masih gelap.
saya pulang kerja pun dah gelap.
maka gelap trademark saya sekarang

nota kaki:jangan gelap masa depan sudah kan :)

Sunday, January 24, 2010

pilih memilih

assalamualaikum wbt...

hari ni bawa mak dgn bapak melawat cucu kesayangan kat seberang jaya.sebelum aku ke sabah biaq la bawak depa lepaskan rindu.balik dari sabah aku akan kembali busy (sekarang ni pun mmg busy tapi sbb dah lama tempah tiket).

balik dr umah abg aku,singgah kat kedai sepupu bapak aku.bila depa tgk kami dtg ingatkan nak memanggil kenduri aku~huhuhu.mmg kalau ikutkan sedara mara mula dah bising aku masih solo ni.habis nak kawen dgn sapa memandangkan aku betul-betul solo.even hati maybe masih ada 10% pada org itu.entahlah.setiap kali aku cuba nak terima orang lain dalam hidup aku.mesti aku dan dia akan kembali agak rapat.salah aku.dia berkali-kali mengingatkan yang aku jangan berharap pada dia.dia taknak simpan hati aku takut aku akan kecewa. :(

yang sorang lagi plak,sudah lama diam.mungkin marah atau merajuk atau no feeling.cumanya aku suka sbb dia xpernah memaksa aku.macam2 alasan aku berikan.ntahlah.setiap kali aku cuba bukak hati aku untuk dia.ada saja halangan yg memungkinkan aku berfikir kembali...

nota kaki:kalau kes macam ni pun kena buat istikarah ke.sebenarnya dua2 tidak memenuh syarat lelaki pilihan aku pun,tapi kalau aku sendiri tak sehebat isteri Nabi untuk memilih...

Friday, January 15, 2010

selamat ulangtahun sayang :)

assalamualaikum wbt...

ulangtahun diri sendiri so kena la letak sayang sbb memang aku sygkan diri sendiri.kalau aku tak sayangkan diri aku,mst aku dah terjurumus buat benda-benda tak elok kan.dan alhamdulillah di usia mengjangkau 28,masih bertahan.dan semoga berterusan hendaknya...aminn.

semakin berusia,semakin banyak cabaran yg mendatang.macam-macam dugaan baru yg muncul menyebabkan kadang kala aku rasa sgt2 tertekan.namun syukur mak begitu memahami aku.oh.air mata aku mengalir.aku memang sensitif bila sebut mak...

happy birthday myself!!

assalamualaikum wbt...
    _MG_9975copy copy
  1. alhamdulillah meraikan tahun ini pada hari jumaat yang indah.
  2. syukur masih diberi peluang bernafas di mukabumi.
  3. masih panjang perjalanan hidup andai diberi kesempatan.
  4. terlalu banyak lagi yang ingin aku capai.
  5. terima kasih buat famili yang sabar dgn karenah aku terutama mak dan bapak :(
  6. rindu tepung dan hanyir telur masa zaman kat asrama :)
  7. semoga di usia 28 akan lebih mematangkan aku dan sabar menghadapi dugaan hidup
nota kaki:terima kasih atas ucapan teman-teman.aku sgt2 sibuk skang ni,semoga anda2 tidak lagi berkecil hati sbb kadang nak balas sms pun aku terlupa.huhuhu.serius aku xcukup 24jam sehari skang ni...