Thursday, February 19, 2026

1 Ramadan 1447H

 Bismillahirahmanirrahim....


Sembang-sembang dengan ChatGPT. Aku share dengan Ai yang aku terlalu spent masa dengan media sosial. Scroll sana sini. Then aku bagitau yang mungkin nak blogging balik. terus dia cadangkan Slow Living With Sis Honey. Dia taktau aku sebenarnya dah ada blog. Mula blogging 20 tahun lepas.

So aku harap dengan 1 Ramadan ni permulaan kembali untuk blogging. Sekadar nak kurangkan banyak sangat media sosial tengok itu dan ini. Jangan ini jadi post yang pertama dan terakhir aku di bulan ini. Semoga Allah bagi aku istiqamah. 

Banyak yang berlaku dalam hidup aku. Inilah masa untuk kembali perlahankan hidup aku yang dah perlahan sejak sakit. Ditambah dengan anxiety menjadi-jadi lani. Oh Allah please guide me. :(. 

1st Ramadan cuti sekolah. Anak2 Mohd ada berbuka sekali. Nanti tinggallah kami berdua sahaja. Aku dan mak. 


Wednesday, November 5, 2025

Kafien.

 Bismillahirrahmanirahim..

Berpuluh tahun minum kopi. Nampaknya sudah sampai masa untuk berhenti. Setiap kali minum mesti aku akan gastrik, sakit sendi dan anxiety. Seksa. Rohani dan jasmani. Belajarlah untuk displin. Supaya tidak sakit lagi. 

Friday, August 14, 2020

#myheart

Balik klinik.
Ke bengkel. 
Tukar mounting absorber =160.00
Servis 4x absorber =200.00
Total=360.00

#tuansakitmyheartponsakit 

Thursday, July 16, 2020

Kembali Berdua

Bismillahirrahmanirrahim.... Hari ni adik ipar aku, Fawwaz dan Fawzan pun sudah meninggalkan teratak sewa kami dua beranak. Maka kami dua beranak kembali kesunyian berdua. Masing masing main phone berdua. Hilang sudah keriuhan masa semua ada dirumah. Besok juga genap sebulan selepas aku admit. Masih lagi rasa sakit slip disc aku. Masih lagi gastrik yang teruk. dan masih lagi period for almost one month. Semoga Allah angkat segala sakitku kelak dan memberikan pelangi indah selepas ini, InsyaAllah. Semoga aku menjadi hambaNya yang sabar redha. Ameen.

Sunday, July 12, 2020

Wayang

Aku pernah seperti mereka.
Kesana kesini.
Santap itu dan ini.
Tayang barang itu barang ini. 
Itu semua duniawi.
Yang akhirnya. 
Kau sendiri bila diuji. 

Thursday, July 9, 2020

Mc Lagi

Tak terkira dah mc untuk kali keberapa tahun ni. Kali ni diuji dengam bleeding. Mc sehari je dapat walau aku direct ke unit kecemasan. Doktor refer aku ke pakar sakit puan. Suspek fibroid. Semoga aku dijauhkan dari yang bukan bukan

Thursday, July 2, 2020

Ujian Kesihatan

"You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have." 

Pernah diuji dengan ujian kehilangan, ujian kemiskinan tapi paling dasyat ialah sekarang ujian kesihatan. Benarlah kata, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. 

Semoga Allah hadirkan kesabaran dan keredhaan buat aku. Ramai lagi ujiannya lebih perit. Mungkin hanya cara ini buat aku jadi sabar. Sekian lama menikmati hidup, makan bersabarlah. Mungkin ujian ini untuk kau bermain main di Taman Syurga kelak. InsyaAllah

Wednesday, June 3, 2020

#Diagnosishoney

Berbulan sakit belakang.
Berbulan tunggu turn MRI.
Dan resultnya mengundang sesuatu.

Allahuakbar.
Allahuakbar.
Allahuakbar.

Aku tidak kuat.

Wednesday, May 8, 2019

Ramadan datang lagi.

Assalamualaikum,

Tiba tiba rasa nak update blog. Pastu setahun sekali ja akan update. Bekas blogger. So bila bekas fu dia jadi pemalas kot kan. Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk sampai ke Ramadan. Hari ni dah Ramadan ke 3. Setiap kali Ramadan pasti rindukan arwah bapak. Rindu berbuka bersama, menu wajib bapak confirm la cucur udang dan laicheekang kan. Semoga Allah temukan kita di Syurga kelak ya bapak.

Sepanjang 3 malam dah tarawikh, aku bersama adik adik nurse saja di surau asrama ni. Belum lagi ke masjid. InsyaAllah semoga diberi kesihatan yang baik buat kami 2 beranak kelak untuk beribadat. Aminnnn.

3 Ramadan 1440H

Friday, February 3, 2017

Bukan lagi

Satu tika
Aku pernah bicara
Mana mungkin aku tidak merindu kamu
Kerna di pikiran ini hanya ada kamu
Mustahil aku akan lupa kamu
Setiap kasih yang aku semai
Dengan baja kasih sayang
Agar bercambah menjadi kelopak harum
Namun aku lupa 
Kelopak tu bisa gugur
Pabila waktunya tiba
Demi Tuhan
Kau bukan yang aku rindu lagi
Semuanya sudah berlalu
Sebagaimana sendu di kalbu
Mengalir laju 
Pergi dari jiwaku itu

NukilanJiwaSisHoney
12.31am@1/2/17

Sunday, October 23, 2016

Msjbox.Com

Rindu. Rindu zaman belum ada facebook, twitter, instagram. Sebabnya. Almost kita semua adalah blogger. Gathering sanggup turun sampai kl kan. Even masa tu tak pakai kereta. Thanks MSJBOX.Com menemukan lebih ramai kawan dalam hidup aku. 

Wednesday, October 19, 2016

Peluang?

Dalam hidup berkawan ni. Kita kena kenal dulu orang tu, barulah kita boleh pilih untuk berkawan atau tidak dengan dia. Tak perlu hanya menilai melalui cakap2 orang kan. A stranger can be your good friend actually. Sebenarnya jika kita baik, insyallah baiklah jadinya. Begitu juga sebaliknya. Mungkin 10 orang tak suka dia. Tapi dia tak pernah bagi masalah kat kita. Kenapa perlu kita nak benci dia. Manusia perlu diberi peluang. Cuma jika dia pernah menipu kita, cukuplah sekali. Jangan jatuh lubang yg sama berkali kali. Kan. 

Tuesday, October 18, 2016

Soft Tissue Injury

Last month aku wakil opis dlm karnival sukan staff ILKKM. As usual la sejak azali lagi badminton kan. And masa game tu layak sampai semi final mix double. Aku gak masuk mix women. So total untuk sehari tu dlm 12 set or lebih. And masa game tu ada gak jatuh-jatuh. Tapi biasalah tengah syok. Memang tak rasa apa pon.

And finally sampai sekarang, tangan aku masih dan makin sakit. Sakit hingga nak genggam pon dah tak boleh ni. Sampai demam2 aku dibuatnya. Sampai xleh masuk bowling masa hari sukan negara. Bila aku tanya doktor, dia cakap maybe u tak betul2 streching sebelum game. So u must continue or keep playing. Makanya last week aku main gak la weekly training badminton aku. Dan skang nak angkat tangan pon dah makin payah.

So far aku malas nak ke klinik untuk folo  up lagi sebab bila google katanya sekurang-kurangnya 6 minggu diperlukan utk betul2 okay. Hope semuanya berjalan lancar dan tangan kembali padu seperti dulu. Tolong doakan!