Wednesday, May 13, 2009

ulangtahun:35 tahun sudah...

assalamualaikum wbt...
13 mei dikenang sbg salah satu tragedi hitam di malaysia.sejarah yang seboleh2nya tak ingin diulang walau sesaat pun.tapi jika kemelut politik negara terus2an dilanda badai,tak mustahil sejarah ni bakal berulang..nauzubillah...
aku tidak ingin bercakap pasal politik,tapi aku mengenang 13 mei sebagai tarikh keramat mak dan bapak aku berkahwin 35 tahun dulu.alhamdulillah walau hidup miskin tapi perkahwinan yg diatur keluarga berkekalan sehingga sekarang.aku betul2 kagum dgn org2 dulu kan.sbb kalau zaman sekarang ni kan,masalah kewangan menjadi salah satu faktor perceraian di negara kita.
alhamdulillah,walau pernah tak makan,tapi mak masih mampu bersabar harungi rumahtangga dgn bapak aku yg hanya seorang nelayan sampailah skang.sbb tu aku sgt2 respek dgn mak walau sll aje bergaduh *wakakaka*
masa dulu2 kawen,mak bapak aku takde gambar kahwen *kesian kan* tapi ada sekeping gambar studio dgn baju kasual biasa yg mak bapak aku g amik sehari lepas kahwen.malangnya takde dlm simpanan lepas keluarga aku pindah.
skang ni aku sll gelak,bila mak dan bapak dah tua2 ni.biasalah.mak terkenal dgn ratu potpetpotpet.bapak pulak buat muncung.bagi aku itu semua marah2 bahagia.sll aku lah jadi mangsa dgr luahan mak(yelah anak pompuan sorang kan...)
nota kaki: masa hari ibu aku demam panas,so plan nak bawak mak makan terpaksa aku batalkan.so hari ni nak p dating 2 beranak la...tapi mak yg belanja *smile*

No comments: