....entri buat sahabat

assalamualaikum wbt...

awak,
masa sy tulis email ni.mata sy dah ngantok sebenarnya.tapi sy gagahkan jugak.sbb sbg sahabat sy perlu menyatakan rasa hati sy walaupon sy tiada niat nak melukakan.kalau awak akan rasa terluka.maaf terlebih dulu sy pohon...

awak,
sy terharu..bila awak pilih saya untuk share masalah awak.itu menunjukkan sy adalah istimewa ataupun seorang yg boleh dipercayai oleh awak.terima kasih untuk itu.tapi sy harap awak tidak hanya memilih sy diwaktu awak bersedih sahaja.sbb diwaktu ceria awak,sy juga masih wujud disini.

awak,
sy bukanlah seorang yang pakar dalam percintaan.kalu org tgk saya pon.org mst anggap sy tidak pandai bercinta.biarlah apa jua tanggapan org pada sy..sy tau apa yg hati saya nak berdasarkan pertimbangan akal dan juga emosi.so anggaplah apa jua nasihat sy disini bukan hanya ingin awak hilangkan stress pada masa ini.tapi jugak,sy inginkan kebahagiaan jangka masa panjang awak.sy terlalu sygkan awak.sbb itu sy sedih,kecewa.dan marah bila org yg sy syg jadi mcm ni.sy taknak salahkan org yg awak panggil bakal suami itu sahaja tapi saya juga nak salahkan awak sbb tidak pandai memilih jalan keluar.awak seolah2 terlalu desparate pada dia.sy mengaku mungkin awak sygkan dia tetapi sayang awak bukan hanya untuk hari ni,tetapi juga tuk sok...lusa dan selamanya...

awak,
selepas apa yg berlaku,apa lagi yg awak harapkan dari dia.selepas awak dah terlalu bekorban untuk dia.ini balasan yg dia bagi pada awak.bukan sikit pengorbanan awak kat dia.awak menipu org2 opis dan mengheret sy menjadi seorang penipu jugak.dan yg paling sedih bila awak sanggup menipu sy...seorang yg sanggup buat apa sj untuk awak.sanggup menangis dan ketawa bersama-sama awak.awak sll kata sy kawan terbaik yg awak pernah jumpa dan sy rasa pon sy sudah melakukan yg terbaik sbg sahabat awak.tapi sy kecewa bila awak membiarkan diri awak mcm ni.apa lagi yg awak harapkan dari org yg xpernah menghargai setiap pengorbanan awak.

awak,
sedarlah....sedarlah...dan tekadlah untuk tglkan dia.saya bukan nak mengajar awak kadi jahat.tapi demi kebaikan awak.sy nampak benda ni.sbb sy tak lalui.so sy masih boleh menggunakan pertimbangan akal yg waras sdgkan awak melaluinya so pertimbangan akal awak menjadi sempit.awak...sy bukannya jeles atau apa.tetapi sy syg kan awak.syg sgt2 dan sy taknak awak kecewa lagi.dah banyak sgt airmata yg awak buang sbb dia.sbbnya dia tidak akan pernah berubah.sampai kawen kelak pon macam ni.buat apa awak dah tau awak akan menuju bahaya so...tgllkan...jgn sanggup meredah api yang akan membakar diri awak....

awak,
saya tau.jodoh itu rahsia Allah.andai kata jodoh awak dgn dia kuat.maka suatu hari nanti pasti awak dan dia akan bersatu.itu tak mungkin dapat sy nafikan.tetapi awak,kita diberi hak untuk berusaha atas sesuatu..maka berusahalah awak...sy sentiasa menyokong awak.mungkin luaran sy nampak jahat.kasar.tapi sepanjang awak kenal sy.pernah ke sy tgllkan awak bila awak dalam kesusahan.tidak sesekali pon.even hati saya dah banyak terluka sbb awak tetapi saya kene terima hakikkat yg awak juga manusia biasa yg punya emosi.so walau seteruk mana pon awak pernah buat saya.tetapi sbb kasih sayang sy pada awak sgt kuat.maka sekuat itulah sy akan cuba membantu awak.tetapi usaha sy akan sia-sia jika awak tidak membantu diri awak sendiri..

awak,
saya bukanlah jenis org yg percaya pada bomoh2 ni.tetapi kekadang sy rasa yg awak ni dah dibomohkan.sbb mcm mana pon awak tetap akan balik ke dia.walau seteruk mana pon dah jadi.awak...awak bukan xde rupa.sekali awak lepaskan dia...berduyun2 lelaki akan tackle awak.so jgnlah terlalu mengharap pada lelaki yg tak pandai nak hargai awak.kekadang sy pikir yg dia tu sakit jiwa dan terlalu obses terhadap awak.so mmg awak membayakan diri awak jika sampai tahap tu.mintak la tolong famili awak tgk2 kalau awak dah terkena ke apa ke....sy dah jauh nak bantu awak dan awak yg buat kita jauh...

awak,
sebagai sahabat yang sayang awak lebih dari diri saya sendiri.putuskanlah hubungan awak dengan dia.dan percayalah saya sygkan awak dan sy tidak akan bagi nasihat yang akan menghacurkan masa depan awak.andai kata nasihat sy ni awak tak suka...kita akhiri saja persahabatan kita disini..sbb sy tak sanggup nak tgk org yang sy syg sgt2 menderita.pilihan di tangan awak...

.....yang sayang awak..
saya
teluk bahang
10.33pm

Comments

  1. sis, utk sahabat sis yang dah pindah tu ke??? T__T sedihhh

    ReplyDelete

Post a Comment