Friday, April 2, 2010

jahatkah aku???

assalamualaikum wbt

jahat sangat kah aku.terukkah aku sampai macam-macam hal yang berlaku tahun ni kat aku.sampaikan aku rasa takdak daya nak melawan semua dugaan lagi.satu ke satu masalah yg muncul.kekadang aku rasa,kenapa sampai macam ni sedangkan aku dah berbuat baik dan berlaku sama adil dengan semua orang.hanya mungkin sebab aku terlalu berterus terang maka orang mengambil kesempatan ke atas aku.sudah beberapa kali orang ambil kesempatan ke atas aku.tapi aku masih mampu tersenyum kepada mereka.

tapi mungkin jua ini balasan dosa-dosa yang aku buat tanpa sedar.bahkan aku rasa semakin lama aku semakin teruk.ustazah aku selalu berpesan dulu,jaga pemakanan kamu sebab ianya akan mempengaruhi kamu nak belajar dab begitu jua dgn hal-hal lain.aku lalaikah dalam semua itu hanya kerana hobi aku yang suka makan dan travel.halal bukan hanya dengan logo yang terpapar tapi juga dari segi cara memasak,pembersihan,sembelihan dan lain-lain.

kala ini aku sangat memerlukan motivasi,tapi aku seperti sudah tak termotivasi :(

nota kaki:bila ada masalah baru nak masuk blog ini~huhuhu

No comments: