assalamualaikum wbt... pejam celik pejam celik.dah setahun umur permata hati dalan keluarga aku ,nur farah nadia.masih ingat lagi.setahun yang lalu abg aku,aku,mak,bapak dan makcik aku serta keluarga kakak ipar aku menunggu proses kelahiran nadia dari waktu tengahari sehinggalah maghrib.mulanya dia masuk ke bilik normal delivery tetapi finally doktor bagitau perlu operation sebab bimbang baby akan lemas.
baby1nadia setahun lalu.beberapa minit selepas lahir :)
naddia
nadia selepas setahun,beberapa minit sebelum update entri ini :)
dalam adik beradik,hanya aku sorang perempuan so bila nadia lahir tentunya mengembirakan tok dan tok apa nya.dulu aku selalu harap baby yang akan keluar nanti lelaki,sbb bagi aku anak lelaki akan jaga adik-adiknya kelak.tapi bila dia dah lahir,aku pulak yang berhabis sakan membeli itu dan ini.betul la kata kawan-kawan aku,anak perempuan ni seronok nak shopping sebab baju semua lawa-lawa dan cute :)
semoga nadia menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaanĂ‚ semua keluargaĂ‚ terutamanya mak uda.kalau tak pandai sangat pun tak apa.bijak sikit macam mak uda pun jadi la *perasan* nota kaki:selamat hari lahir juga to my sahabat blogger AMY MARIA :)

Comments