Cuti-cuti Sabah 1

assalamualaikum wbt...

Tiket rm12.20,yup.Ni harga tiket AA yg aku berjaya booking tahun lepas.Masa promo RM0.10.Tapi bukan mudah nak dapat harga ni.Terpaksa bersengkang mata jugak la.Jeles mereka yg berjaya ke obersea dgn harga RM0.10....

Percutian kali ni dengan adik kesayangan aku yg sedang menternak anggur di kampung.Haha.Sementara nak posting,kita jalan-jalan dulu kan adik.Yea.Kali ni aku ke KK hanya dengan dia,sbbnya teman2 trip yg dulu sudah tukar status dari solo menjadi berdua. So aku yg masih tak tukar2 ni berjalan je la kejenya kan.

Kami bergerak dari Penang naik train,saja nak bagi adventure sket.Uhuks,aku tipu,sebenarnya taknak sampai tgh malam ke KL,so bila naik train akan sampai time Subuh.Rehat sekejap.Mandi and bersihkan diri apa yg patut then naik bas ke LCCT.Trip 2010 mmg aku buat mcam ni la.Tapi kali ni masa agak panjang sebelum flight ke KK so sempat la lepakkan diri kat Times Square.

Alhamdulillah flight kami tidak mengalami sebarang masalah delay so finally berjaya landing ke Terminal 2 Kota Kinabalu dengan selamatnya.terus aku ambil teksi ke hotel penginapan yg aku dah siap tempah via Agoda iaitu Imperial Boutec.

nota kaki: ...akan bersambung,insyaAllah

Comments