Wednesday, December 16, 2015

Salah sis

Adik...

Kalau ikut hati. Sis bagai tersungkur. Bila kena hina dgn haziq. Kena maki. Kena tengking. Sbb adik cerita semuanya antara kita kat haziq. Segala2 duka antara kita dua. 

Adik....
Ya. Memang pahit antara kita adik cakap menderita hidup dgn sis skang ni. Dulu adk bertahan mungkin sbb tiada siapa. Sekarang. Adk bakal ada suami. Ya adik perlu berkongsi dgn dia. Mungkin segala rahsia antara kita. 

Adik...
Ingat tak? Dulu adk cakap haziq kena terima sis dalam hidup adk. Tapi adik belum kawen lagi, haziq nak pisahkan kita dah. Dia dah suruh adik pindah rumah. Jgn duduk sekali dgn sis dah. Ya dah ramai suruh kita berpisah. Tapi adik bertahan, sampai la haziq ugut. Pindah atau tak jadi kawen. Adik tak panggil ugu, tapi adik sebut option. Kalau dgn sis dulu. Adik anggap semua benda ugut. Bezanya layanan adik kat sis dan layanan adik kat haziq kan. Untunglah dia. 

Adik...

Begini rupanya berakhir kisah kita. Ya salah sis. Salah sis sebab mengongkong adik. Salah sis sebab kontrol adik. Salah sis sebab melebih2 sayangkan adik. Salah sis sebab mengungkit. Salah sis sebab panas baran. Salah sis sebab tidak sabar. Salah sis sebab tidak redha. Salah sis sebab tidak ikhlas. Semua itu yg orang kata ttg sis. Tapi semuanya hanya Allah, sis dan adik tau. Terima kasih adik. Atas 5 tahun kisah antara kita. 

No comments: