Monday, October 17, 2016

Penilaian Manusia

Manusia selalunya menilai kita melalui apa yang kita pernah persembahkan kepada mereka. Manusia menilai lahiriah yg pernah mereka kenal kita. Kadang2 walau kita dah berubah, manusia masih menanggap kita seperti itu.

Semalam aku ada upload foto2 aku dan adik di insta. Foto2 tu aku jumpa kat fb, sebab aku ada on fb kejap. Tapi sebenarnya bukan aku nak tnjuk pon pix aku dgn adik. Atau sebab aku rindu adik. Seriusly takdak niat apa2 berkaitan adik. Cuma nak throwback gambaq2 aku travel dulu. Dan aku dah boleh upload tanpa sebarang perasaan sedih atau marah. Aku rasa pencapaian paling bagus sekali. I feel nothing at all.

Tapi ramai oulak yg tanya, pm, komen dan mcm2 la. Tanya aku ok ke? Betul ke dah move on? U rindu adik eh. Allahuakbar. And finally aku remove balik semua gambar tu. Malas nak jawab. Biarlah. Allah tahu aku. Dan aku lebih tahu aku. Malas nak jawab nak menafikan. Nnt org masih curiga jugak kan. So diam n delete. 

Demi Allah, aku doakan semoga kau berbahagia adik. Benarlah. Sebenarnya kita akan happy melihat org yg kita syg happy. Itulah kasih syg sebenarnya kan. 

No comments: