Thursday, July 16, 2020

Kembali Berdua

Bismillahirrahmanirrahim.... Hari ni adik ipar aku, Fawwaz dan Fawzan pun sudah meninggalkan teratak sewa kami dua beranak. Maka kami dua beranak kembali kesunyian berdua. Masing masing main phone berdua. Hilang sudah keriuhan masa semua ada dirumah. Besok juga genap sebulan selepas aku admit. Masih lagi rasa sakit slip disc aku. Masih lagi gastrik yang teruk. dan masih lagi period for almost one month. Semoga Allah angkat segala sakitku kelak dan memberikan pelangi indah selepas ini, InsyaAllah. Semoga aku menjadi hambaNya yang sabar redha. Ameen.

Sunday, July 12, 2020

Wayang

Aku pernah seperti mereka.
Kesana kesini.
Santap itu dan ini.
Tayang barang itu barang ini. 
Itu semua duniawi.
Yang akhirnya. 
Kau sendiri bila diuji. 

Thursday, July 9, 2020

Mc Lagi

Tak terkira dah mc untuk kali keberapa tahun ni. Kali ni diuji dengam bleeding. Mc sehari je dapat walau aku direct ke unit kecemasan. Doktor refer aku ke pakar sakit puan. Suspek fibroid. Semoga aku dijauhkan dari yang bukan bukan

Thursday, July 2, 2020

Ujian Kesihatan

"You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have." 

Pernah diuji dengan ujian kehilangan, ujian kemiskinan tapi paling dasyat ialah sekarang ujian kesihatan. Benarlah kata, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. 

Semoga Allah hadirkan kesabaran dan keredhaan buat aku. Ramai lagi ujiannya lebih perit. Mungkin hanya cara ini buat aku jadi sabar. Sekian lama menikmati hidup, makan bersabarlah. Mungkin ujian ini untuk kau bermain main di Taman Syurga kelak. InsyaAllah