Thursday, December 17, 2015

Masih terasa pedih

Adik... 

Sebenarnya hati sis masih pedih. 
Sbb terngiang2 haziq tengking KO MEMANG LAYAK DIHINA DAN JADI MCM NI
Tapi sis berlagak kuat. 
Insyallah sis akan kuat kan? 

Wednesday, December 16, 2015

Salah sis

Adik...

Kalau ikut hati. Sis bagai tersungkur. Bila kena hina dgn haziq. Kena maki. Kena tengking. Sbb adik cerita semuanya antara kita kat haziq. Segala2 duka antara kita dua. 

Adik....
Ya. Memang pahit antara kita adik cakap menderita hidup dgn sis skang ni. Dulu adk bertahan mungkin sbb tiada siapa. Sekarang. Adk bakal ada suami. Ya adik perlu berkongsi dgn dia. Mungkin segala rahsia antara kita. 

Adik...
Ingat tak? Dulu adk cakap haziq kena terima sis dalam hidup adk. Tapi adik belum kawen lagi, haziq nak pisahkan kita dah. Dia dah suruh adik pindah rumah. Jgn duduk sekali dgn sis dah. Ya dah ramai suruh kita berpisah. Tapi adik bertahan, sampai la haziq ugut. Pindah atau tak jadi kawen. Adik tak panggil ugu, tapi adik sebut option. Kalau dgn sis dulu. Adik anggap semua benda ugut. Bezanya layanan adik kat sis dan layanan adik kat haziq kan. Untunglah dia. 

Adik...

Begini rupanya berakhir kisah kita. Ya salah sis. Salah sis sebab mengongkong adik. Salah sis sebab kontrol adik. Salah sis sebab melebih2 sayangkan adik. Salah sis sebab mengungkit. Salah sis sebab panas baran. Salah sis sebab tidak sabar. Salah sis sebab tidak redha. Salah sis sebab tidak ikhlas. Semua itu yg orang kata ttg sis. Tapi semuanya hanya Allah, sis dan adik tau. Terima kasih adik. Atas 5 tahun kisah antara kita. 

Sunday, December 13, 2015

Tersungkur Lagi

Adik, 

Dulu sis start blogging sebab sis melalui hari-hari yg menyedihkan dalam hidup sis. Sis ditinggalkan. Itu kisah 10 tahun dulu. Masa sis start jadi blogger. Dan sis mencipta kenalan di alam maya. Yang masih kekal hingga kini. Alhamdulillah. 

Adik, 
Ntah untuk kali keberapa. Sis tersungkur. Tersungkur gara2 adik. Dah adik sengaja buat sis tersungkur. Bertepuk tangan di satu sudut. 

Sunday, June 14, 2015

Again verse ke 100

Again? 
U down again?
Dont eat
For what? 
Because someone there still happy
Why? 
U are 33. Why act like 3? 
I am hating myself

Friday, June 12, 2015

Perang Diri Kedua

Kalau dunia.
Ada perang dunia kedua.
Diri aku.
Juga sedang berperang.
Untuk kali kedua.
Jatuh dalam lubuk yang sama
Untuk kali kedua.
Memang keldai la aku. 

June 12,2015

Saturday, June 6, 2015

Bodoh

Benda paling bodoh aku buat ialah berbaik dgn org yang aku tau telah santau aku sampai layu! 

Saturday, March 21, 2015

Drama Sampai Bila?

Dah 2015
Masih cerita drama antara sis dan adik
Sampai bila?
Takkan nak tunggu sampai kiamat
Adik masih dengan cerita nak kahwin
Sis masih cerita adik tak sayangkan sis
Sampai bila?
Dah bertahun kita bersama
Saling memberi dan diberi
Dari segi kebendaan dan wang ringgit
Tapi kenapa hati kita berdua tidak saling memahami
Sampai bila?
Sampai bila kita akan begini adik?

Wednesday, October 22, 2014

Duka

Ya Allah
Kenapa duka itu masih belum mau pergi
Kenapa diri aku masih belum mau melepaskan
Kenapa kesedihan masih bersama aku 
Kenapa derita itu masih perit aku rasai

Ya Allah
Dakaplah daku 
Pandanglah daku
Bantulah daku
Bimbinglah daku
Gembirakanku kembali

Ya Allah 
Aku mohon kepadaMu
Andai perpisahan ini terbaik untukku
Kuatkanlah hati dan jiwa aku
Untuk menerima dan redha
Atas segala yg telah Kau aturkan kepadaku

Sunday, October 5, 2014

Aidiladha 1435H

Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Adik...
Hari ni aidiladha ke 4 kita sambut bersama. Maksud sis sejak adik jadi adik sis. Dan Aidiladha ke 4 adk tak balik beraya kat umah.

Sis tunggu adik sebab adk cakap nak dtg beraya kat umah. Adik cakap nak p solat raya dgn sis. Walau sis xtau adk ada kat mana sis masih setia tunggu. Tpi adk malang skali memang adik tak datang. Sis dah angan2 nak g solat pakai jubah yg adik belikan masa g umrah ritu. Sedih adik. Mak pon tunggu adik. Tahun lepas pagi2 adik dah sampai. 

Adik...
Mak p anta jugak juadah tak seberapa kat adik. Kasih ibu. Walau hubungan kita keruh. Tapi mak sayang adik macam anak dia sendiri. Walau famili adik tuduh sis mcm2. Alhamdulillah mak sis tak abaikan adik. Sis selalu kagum dgn mak. Nape sis takleh jadi sesabar mak. 

Adik...
Selamat hari raya aidiladha.

Wednesday, September 24, 2014

Day 1

Adik...
Adik balik kampung rini
Panjang cuti adik kali ni
Sampai Ahad

Adik...
Hari ni hari hari pertama
hari pertama sis cuba tak mesej adik
Sis taktau sis akan berjaya atau tak
Allah saja yang tau peritnya sis

Adik...
Thanks sbb sudi bagitau sis
Waktu adik nak bertolak balik kampung
Dan waktu adik dah sampai kampung
Itu pon dah buat hati sis berbunga

Adik...
Sis tau adik masih sayangkan sis
Mungkin adik sedang memberontak skang ni
Adik nak balas balik segala kongkongan sis selama ni
Adik sis doakan adik bahagia
Sis sayang adik..
Sampai bila-bila

:(

Adik...

Sakitnya rasa bila tak sms adik semalam
Nangis sis sorang-sorang menahan rasa
Sis cuba untuk kuat
Tapi sis gagal.

Adik,
Berapa lama lagi Allah ingin uji sis
dah 3 minggu sis menderita
dah bermacam nasihat sis terima
tapi sis masih begini

Adik,
Sis masih berharap
ada harapan antara kita
sebab sis sayang adik
sayang adik sangat-sangat..

Tuesday, September 16, 2014

Adik

Adik...
Sis rindukan adik
Sis rindukan kita yang dulu
Sis rindukan manja adik
Sis rindukan blur2 adik
Sis rindukan segalanya tentang adik

Adik...
Kenapa segalanya musnah 
Musnah dalam sekelip mata
Kenapa sis hilang segala2nya
Semua lenyap ditarik

Adik...
Andai rasa sayang masih bersemadi dihati
Kembalila pada sis 
Sis sangat2 perlukan adik 
Sangat-sangat....



Wednesday, July 9, 2014

Sahur 11

Bateri kong! 
Tersasul sampai kul 5
Sudah! 
Dah janji nak anta bubur ayam mcd kat adik. Pakai jeans. Charge phone sampai 10% terus rush g beli. Sempat. Tapi finally aku yang tak sahur