Friday, September 30, 2016

Jumaat terakhir 1437H

Assalamualaikum.

Hari ni Jumaat terakhir 1437H. Penghulu segala hari. Hari yg paling indah. Walau untuk jiwa jiwa yang masih lara. Semoga hari ni membuka pintu hati mereka mereka ke arah kebaikan. Semoga Allah menunjukkan jalan jalan yg benar untuk jiwa jiwa yg masih tersasar. Semoga Allah mengambil kembali mereka yg ingin pergi jauh dariNya.
/
Aku pernah diuji. Dan masih diuji. Namun ujian demi ujian itu aku masih disini. Allah masih sayang dan terus sayang hamba-hambaNya. Mungkin ujian untuk aku berupa kesedihan, kedukaan, kehilangan dan semua yang negatif. Tapi Allah jua uji manusia manusia lain dengan kesenangan, kemewahan, kegembiraan. Andai mereka kufur, rugilah. Andai mereka takbur, rugilah. Dan andai mereka syukur, maka beruntunglah mereka.
...
NukilanJiwaSisHoney

Wednesday, September 28, 2016

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Rasa perit terhadap kamu itu telah pergi.
Pergilah selamanya.
Biar tidak kembali lagi.
Tipulah tidak merindui.
Sesekali ia kembali.
Tapi biarlah hanya sisa kenangan sendiri.
Terima kasih atas pengalaman itu Ilahi.
Akhirnya aku sedar diri.
Tiada kasih sehebat mu yg Abadi.

#NukilanJiwaSisHoney
Seberang Jaya.

Sunday, April 17, 2016

Bowling ILKKM Zon Utara

Hari ni join bowling zon utara. Hampir 6-7 kolej join tournament ni. And game berlansung di Ipoh Parade. As usual,masuk longkang je yang banyak. Ntah kenapa, takde luck langsung skang main bowling. Semua mood hilang bersama adik agaknya. Dulu kan selalu main bowling dgn adik. Huhuhu...

Adik, semua tempat sis pergi, mesti ada kenangan kita. Yelah semua tempat sis bawak adik bersama so semua tempat tu ada kenangan kita. Tak kira la suka or duka. Allahuakbar. Semoga sis cepat sembuh dari luka ini. Huhuhu. 

Friday, April 15, 2016

Rindu itu masih ada.

Lama. Sangat lama. Kita tak jumpa adik. Lebih sebulan. Lebih dua bulan. Tipulah tidak rindu. Aku bukan macam kau adik. Kau ada dia. Yang buat kau lupa aku. Aku tiada siapa. Masih kau. Engkau yang masih ada sayang yang amat untuk kau 

Thursday, January 7, 2016

#3kerja

Ya Allah. Penatnya hanya Tuhan yg tau sejak aku ada #3kerja ni. Semuanya demi sesuap nasi. Demi membayar hutanb hutang keliling pinggang. Huhuhu. Dan sekurang-kurangnya boleh mengelakkan aku terus bergaduh dgn adik. Allah, kuatkan hati dan jiwa aku. 

Thursday, December 31, 2015

Bye 2015

Too much pain. Too much hurt. Too much acting. Too much lie. Enough is enough. Hope 2016 will be more better year for me. Bye 2015, bye Adik. 

Wednesday, December 30, 2015

Miracle

Macam tak percaya ja kita keluar dan tidak bergaduh sejak beberapa bulan lepas. It is a miracle. Tapi adik still macam gelisah tak dapat nak mesej haziq. Kita nak makan kot

Sunday, December 27, 2015

Tidur

Tidur seharian. Nasib hidup seseorang yg tiba-tiba jadi sunyi. Nak pegi lunch dgn adk pon sampai adik perlu bergadoh dgn haziq? So? Bye....

Friday, December 25, 2015

Xmas dan fotografi

Hari Krismas. Dan sis dapat job fotografi. Alhamdulillah adik. Sis masih minat lagi rupanya. I am enjoy it very much. Sis nak bangkit semula adik. Sis nak bayar semua hutang-hutang sis. Sis akan buktikan. Masih terngiang2 hinaan haziq pada sis adik. Mungkin itu penguat semangat sis. Sis percaya satu hari nanti sis akan pandang adik tanpa satu rasa pon. Insyallah berkat doa semua orang

Thursday, December 24, 2015

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang sia sia buat aku dan kau. Sepatutnya penuh dengan pengisian. Tapi sia sia buat kita adik. Bergadoh tak habis-habis. Sampai langgar kereta orang. Apa lagi yg kita cari dalam hidup.

Wednesday, December 23, 2015

Tetap Sama

Adik,
Sis ingat. Lepas sis dihina haziq. Adik akan berubah sikit. Ada rasa "eh tak patut haziq sampai hina sis mcm tu". Tapi rupanya tidak. Bahkan adik tepuk tangan di belakang sis sebab ada orang kononnya "bela" adik. Tak semua yg Haziq hina tu betul. Nampak sangat dekat dia pon adik dah mula menipu utk "menangkan" diri adik. Takpelah. Time fly. Tengoklah hidup adik nanti. Kita tengok. 

Sunday, December 20, 2015

Friday, December 18, 2015

Jumaat yang sesak

Hari ni begitu sesak adik.
Dada sis sesak,
Masa sis sesak, 
Fikiran sis sesak,
Semuanya sesak adik.

Beratus ribu sis perlu settlekan
Kerja kerja kat opis
Sis xkuat adik
Sis memang dah x kuat
Tapi sebab rasa tjawab sis 
Sis terus bertahan

Adik.
Kenapa sis nak buang rasa syg sis
Susah yg amat. 
Amat. 
Semua suruh sis benci adik
Hanya itu je boleh bantu sis lupakan adk
Tapi 
Macam mana sis nak benci
Kalau sayang pun belum sis mampu padam

Adik ajak sis buat spec
Sebab mata sis dah teruk
Tak mungkin adik
Tak mungkin sis akan buat
Sis masih ingat hinaan haziq
"Dah ko susah, jgn nak susahkan orang"