Surat buat awak…(5)

assalamualaikum wbt...

Salam awak,
Saya menulis di hard copy kali ini (kertas ni la).kalau awak nak tau dah ada beberapa surat buat awak di blog saya.saya menulis tanpa awak membacanya.lagi pulak memang sy dah privatekan blog saya dari bacaan umum.satu hari nanti saya akan bagi awak baca..masa itu pasti tiba,maybe masa awak dah kembali ke negeri asal awak untuk tinggal berdekatan dengan bakal suami kan.itu alasan awak dalam borang transfer kan...(saya terpandang masa ada urusan rasmi dalam fail awak.)
Awak,
Kali ni saya bagi awak sticky album pulak.saya harap awak suka dengan hadiah saya ni.nak bagi hadiah tak perlu tunggu hari istimewa.itu cara saya.kalau saya rasa saya ingin menghargai seseorang dan saya punya kemampuan,sy akan bagi hadiah.itu istimewanya saya awak. Sebab tu lelaki2 yg pernah couple dgn saya sgt2 untung even saya bukanlah jenis pompuan yg cantik,melawa dan sbgnya.tetapi saya selalu yakin dengan kelebihan yang ada dalam diri saya.dan sy tak pernah rasa frust sy tak lawa,putih dan sebagainya sebab saya tau Allah itu adil…
Awak,
Dalam album ni,ada sejuta wajah awak.dan disetiap lokasi ada wajah awak dalam album ni itu maksudnya masa yang awak spend dengan saya.so hargailah dan kenangkanlah memori2 tu bila awak tgk balik photo2 ni kelak nanti.sejuta wajah awak dan penuh dengan pelbagai cerita.setiap kali saya tengok saya akan ingat.contohnya masa kat langkawi,konvo,beraya umah kawan2 dll.kenangan awak…kenangan terindah!!!
Awak,
Saya tak pernah mengharapkan apa2 balasan setiap kali saya bagi sesuatu.itu betul dari hati saya.ikhlas itu Allah yang tentukan dan bukannya saya.kalau awak Xray dan belah dada saya pun belum tentu akan dapat jawapan sama ada ikhlas atau tidak….tapi saya selalu suka kalau orang menghargai setiap apa yang saya lakukan kepada seseorang itu awak.penghargaan itu sesuatu yang subjektif dan terpulanglah bagaimana individu itu nak melakukannya.dan dalam konsep saya pula..menghargai ialah apabila kita tidak melukakan hati seseorang itu…
Awak,
Saya tau.awak dah mula boring berkawan dengan saya.kadang2 bila kita terlalu ambil berat,kita akan buat seseorang itu rimas dan mula berperilaku sampai boleh melukakan hati…even kita tak bermaksud macam tu kan. Sebab saya selalu merasa macam tu dan saya tak salahkan awak. Sebab saya yang buat diri saya macam ni.
Awak,
Saya tak pasti samada awak suka atau tak setiap kali saya mesej mengingatkan solat.mengaji dan sbgnya. Saya tau saya pun bukannya terlalu baik untuk mengingatkan awak,tetapi bila saya ingatkan awak secara tak langsung saya ingatkan diri saya jugak.alhamdulillah beberapa tahun kebelakangan ini saya sangat menjaga solat saya even masih terbabas lagi. Saya juga mesti rasa kosong dan tak lengkap kalau saya tak baca yassin pada malam jumaat. Cuma sekarang saya sudah jarang buat solat solat sunat. Walau kadang2 saya frust dgn awak tetapi hati saya masih kuat untuk berusaha bersama2 awak memperbaiki diri kita. Saya mohon dikuatkan iman saya.
Awak,
Saya selalu berdoa hubungan persahabatan baik kita akan kekal sampai bila2. Saya juga selalu berdoa untuk kebahagian awak walaupun di luarnya awak Nampak sy sgt2 marah bila awak nak transfer. Awak saya nak mintak mahap kalau sepanjang awak kenal rapat dengan saya, sy selalu buat awak rimas atau sakit ati.Insyallah sy akan cuba memperbaiki diri saya dari masa ke semasa.semoga awak berbahagia selalu dan diberkati Allah.Amin….
SAYA…
sahabat baik awak..
21022009 11.12PM

nota kaki:surat ini telah dicetak dan diserahkan kepada sahabat baik aku bersama-sama sebuah sticky album.

Comments