Assalamualaikum wbt...
Setiap kali putus cinta, aku akan mengambil masa 5 tahun untuk buka hati aku pada orang lain atau untuk betul-betul lupakan lelaki itu.Yang pertama, kisah cinta di tingkatan 4.Kami putus.Sebab aku yang minta.Bukan salah dia.Tapi mana mungkin takdak salah kan.Eh mesti ada kan.Kemudian agak gila talak juga la aku.Dia kini dah bahagia dengan seorang baby yang comel.
Yang kedua, di zaman matrik.Ya aku bersama dia sebelum habis edah 5 tahun dari yang pertama.Tapi masa aku bersama yang kedua.Hati aku pada yang pertama tak pernah padam.Selepas hampir 5 tahun, baru aku betul-betul confirm yang hati aku memang dah takda pada dia.Yang kedua.Kami putus.Tanpa putus.Terus hilang macam tu saja.Dia di Johor, aku di Perlis.Jauh bukan?Masa kami kenal,melalui chatting MIRC.Dia di Shah Alam dan aku di Ipoh.So tak jauh mana.Dan dia juga sudah berkahwin.Selepas 5 tahun juga,baru aku tak ingat pada dia.
Dan sekarang yang ke3.Adakah ini akan mengambil masa 5 tahun?.....Owh.Aku tak ingin 5 tahun lagi.Taknak.Taknak.Harap-harap macam tula.Duhai hati.Sudah-sudahlah.Kamu sudah semakin matang......
nota kaki: sabarlah wahai hati.tabahlah.dunia belum berakhir kan...
Comments
Post a Comment