Tetap Bertahan

assalamualaikum wbt...

  • Aku ingin tetap bertahan menghadapi perjuangan ini walau sangat2 perit aku rasa,mohon aku ditetapkan iman menghadapinya.Semoga dengan bantuan sahabat-sahabat disini sekurang-kurangnya aku mendapat panduan untuk terus "berperang".

  • Semalam usai solat Maghrib, aku betul2 berlawan untuk mengalunkan surah Yassin.Walau aku dah setkan dalam otak aku,walau mcam mana pun aku kena lawan lawan dan lawan,tapi bila habis ja berdoa,automatik aku tarik telekung.Lantas cepat2 aku pakai semula.Memang "syaitan" itu sangat kuat.Alhamdulillah aku menang dalam pertarungan semalam.

  • Tak pernah aku hilangkan baucer claims staff sepanjang 5 tahun perjalanan aku disini, tapi kalau dalam masa 2 bulan ni aku hilangkan dua claims,itu amat menyesakkan kepala hotak aku.Serba tak kena aku kat umah.Tido sekejap-sekejap aku jaga.Tapi alhamdulillah barakah hari Jumaat,finally aku jumpa,terselit di dalam timbunan kerja2 yang aku tangguhkan.

  • Ya Allah,aku mohon diberi kekuatan untuk tetap bertahan menghadapi perjuangan ini.terima kasih buat semua sahabat yang bagi semangat buat aku.

Comments

Post a Comment