Sunday, May 8, 2011

Doa Buat Ibu

Hari Ibu,
Kita selalu cakap yang kononnya kita sayangkan ibu kita.Ya memang kita sayangkan ibu kita.Kita belikan ibu kita dgn hadiah2.bagi ciuman dan peluk mesra pada ibu kita.Dengan itu kita rasa kitalah anak yang terhebat.Tapi lupakah kita,yang setiap kali kita solat.Pasti antara doa kita"Kau berilah kesihatan yang baik buat IBUbapaku,panjangkan umur mereka dan berilah kesejahteraan dan kebahagian dunian akhirat kepada mereka" Ini mungkin antara bait-bait doa kita sesudah solat.

Bayangkan dalam sehari sebanyak lima kali kita solat wajib.Kalau seminggu dan 35 kali kita berdoa kepada mereka,sebulan ...? setahun.....? sebab itu pentingnya solat kepada kita.Jangan kita menganggap dengan memberi hadiah-hadiah berupa kebendaan sudah membuatkan kita menjadi yang terhebat.Tapi kita lupa ada "hadiah" lain yang lebih bernilai yang hanya mampu diberi oleh anak yang soleh dan solehah dan lebih beerti dari benda lain.Ayuh.Seru diri kita untuk perbaiki solat kita.Aku menuding jari kepada diri aku sendiri yang masih juga kekadang lalai.Insyaallah.Sama-sama kita ingat mengingati sebagai tanda kasih sayang kita.Selamat hari Ibu buat semua ibu-ibu.Anda semua memang hebat.Terbaik Wok!

Monday, April 4, 2011

Cerita Tentang Syuhada Apple :-)


assalamualaikum wbt...

Weekend lepas aku ke Alor Setar, tahun ni saja dah lebih 5 kali rasanya aku ke sana.Tapi jalan kat sana ntah kenapa agak payah nak masuk dalam memori aku yang normal ni. Ke sana memang tidak dirancang.Sepatutnya mungkin ke KL bersama Elina atau ke Taiping bersama Syuhada Apple.Tapi akhirnya myheart membawa aku ke AS.Owh dan juga bersama Syuhada Apple.Aku tak pernah kenalkan dia kat sini kan.Antara adik kesayangan aku.Yang aku amik berat dan nak yang terbaik dalam hidup dia.Itulah aku!

Bila aku rapat dan sayang seseorang tak kira la sahabat,kawan-kawan dan adik-adik.Maka tentunya kita nak yang terbaik untuk mereka kan.Teringat dulu,bila aku mula rapat dengan seseorang mesti orang tu pelik "apsal u ni baik sangat".."erk,i rasa janggal plak u amik berat" dan lama-lama mereka kenal aku barulah mereka tahu aku memang macam ni.Sampai bila dah terpisah pun masih teringat2 dan komen dah takdak orang nak amik berat macam aku ambik berat. Bukannya susah nak ambik berat pasal orang,amik alat penimbang dan catat je "berat" mereka kan :-)

Syuhada Apple .Memang comel.Kalau tak sakit pun maybe nak sakit kot bagi budak-budak lelaki sebab nak ada nurse comel yang rawat.Hehehehe.Kenal sewaktu dia bersama seseorang dan sedang dalam masalah dengan seseorang dan akhirnya "terpisah" dengan seseorang.Hidup ini terlalu pantas aku rasa.Baru sekejap aku kenal dia tapi seolah-olah sudah sangat lama kenal dia dengan rentetan-rentetan beberapa "perkara" yang terjadi dalam hidup dia.

Bagi aku dia nakal.Nakal dalam diam.Nakal yang tidak menonjol.Nakal budak pandai.Hahahaha.Mulut ni boleh tahan lasernya.Tapi kenal dengan beberapa kenalan dari Teluk Intan buat aku rasa terbiasa dengan ke"laseran" itu.Bermula dengan artikel Bharian sewaktu kemalangan yang meragut abang kesayangan dia buat aku rasa eh, budak ni mesti perlukan seorang abang atau kakak untuk bantu "melupakan" kenangan indah bersama abang kesayangan.Dari panggilan Syuhada, Adda sampailah aku panggil dia Adik,insyaAllah aku akan cuba membantu dia mengenal dunia yang macam-macam ni :-)

Bila adik yang seorang lagi cakap,eh dah banyak adik ek skang.Aku hanya tersenyum.Aku tau aku memang sejak dulu banyak adik.Mungkin sebab aku memang suka jadi seorang kakak dan sbb itu nama aku Sis Honey kan ~hahahahaha.Aku gembira buat orang lain gembira sebab jika aku dah tiada satu hari nanti,mst orang akan kenang kenangan terindah bersama mereka-eceh,ayat tak boleh blah!

Buat Syuhada Apple or Cute Little Apple or Adik, sis ada untuk membimbing adik.Tapi walau apa pun keputusan yang adik buat.Sis tak sesekali akan masuk campur sebab u are the one make a decision.Tapi ingatlah keputusan perlulah rasional berdasarkan gerak ati dan menggunakan akal fikiran :-)

nota kaki: nanti sambung lagi la...

Tuesday, March 29, 2011

Tidak!!!, Jangan 5 tahun lagi..

Assalamualaikum wbt...

Setiap kali putus cinta, aku akan mengambil masa 5 tahun untuk buka hati aku pada orang lain atau untuk betul-betul lupakan lelaki itu.Yang pertama, kisah cinta di tingkatan 4.Kami putus.Sebab aku yang minta.Bukan salah dia.Tapi mana mungkin takdak salah kan.Eh mesti ada kan.Kemudian agak gila talak juga la aku.Dia kini dah bahagia dengan seorang baby yang comel.

Yang kedua, di zaman matrik.Ya aku bersama dia sebelum habis edah 5 tahun dari yang pertama.Tapi masa aku bersama yang kedua.Hati aku pada yang pertama tak pernah padam.Selepas hampir 5 tahun, baru aku betul-betul confirm yang hati aku memang dah takda pada dia.Yang kedua.Kami putus.Tanpa putus.Terus hilang macam tu saja.Dia di Johor, aku di Perlis.Jauh bukan?Masa kami kenal,melalui chatting MIRC.Dia di Shah Alam dan aku di Ipoh.So tak jauh mana.Dan dia juga sudah berkahwin.Selepas 5 tahun juga,baru aku tak ingat pada dia.

Dan sekarang yang ke3.Adakah ini akan mengambil masa 5 tahun?.....Owh.Aku tak ingin 5 tahun lagi.Taknak.Taknak.Harap-harap macam tula.Duhai hati.Sudah-sudahlah.Kamu sudah semakin matang......

nota kaki: sabarlah wahai hati.tabahlah.dunia belum berakhir kan...

Monday, March 28, 2011

Kekasih Yang Tak Dianggap


Assalamualaikum wbt...

Awak ingat tak..
Awak selalu cakap
Awak belum keje tetap
Awak masih belum stabil
So macam mana kita hendak lebih serius kan.

Awak masih ingat tak Setiap kali ada jawatan kosong kat mana-mana
Saya mesti bagitau awak.
Try la , jangan putus asa.
Sebab awak memang sudah malas nak cuba kan.

Awak...
Sampai satu masa
Awak cakap saya
Jangan harap apa-apa dari awak
Sebab awak masih terumbang ambing lagi.
Awak tak bagi saya tunggu awak.
Awak suruh saya pilih mereka2 yang sedang tunggu saya.
Saya tolak mereka semua kerana awak.


Bila kita "agak lama" terpisah.
Awak sudah bersama orang baru
Saya sedih masa tu
Terus saya remove awak dari mukabuku
Owh dia yang baru bersama awak itu amat comel.
Tahniah buat awak.

Awak tau tak.
Selepas lama saya cuba untuk menerima
Mereka yang selama ini setia menanti saya
Lama...selama saya bersama dengan awak
Bukan sekejap kan.
Kalau kahwin pun, anak dah mungkin masuk kindegarden

Awak..
Seseorang yang selama ini lama menanti saya
Sudah jugak berlalu pergi
Sebab terlalu lama mungkin dia menanti
Dan selama itu saya main-mainkan dia
Sebab bila awak tiada,saya pergi ke arah dia
Dan bila awak kembali, saya biar dia begitu saja..

Awak
Hari ni tangan saya gatal
Gatal sangat nak masuk fb awak
Even saya dah remove awak
Dan padahnya
Saya menyaksikan momen-momen indah pertunangan awak
Dan hati yang selama ini lama saya jaga terluka kembali.

nota kaki: saya cakap saya taknak nangis sangat tahun ni.tapi sekarang mata saya sudah bengkak

Sunday, March 27, 2011

Masalah Rencah Kehidupan!

Assalamualaikum wbt...

"Barangsiapa yang tidak meredhai Qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain daripadaKu" (HR Thabrani)


Bila melihat orang yang kita sayang gembira.Itu pastinya akan buat kita gembira kan.Sebab itu kita selalu saja ingin berbuat yang terbaik pada orang-orang yang kita sayang kan.Tak kira la mak bapak kita,adik beradik,guru-guru dan sahabat2 kita dan buah hati kita kan. Macam tu juga kalau kita lihat orang yang kita sayang dan ambil berat sedang bersedih, susah hati dan sebagainya kan.Pasti kita akan cuba untuk mengembirakan mereka.Mesej ini mungkin untuk orang yang aku sayang :-)

Kadang-kadang kita akan berdepan dengan seorang yang akan menyakitkan hati kita.Tapi Allah akan bagi kita 10 orang yang akan bersama-sama kita bangkit untuk menghilangkan luka di hati kita.So bersyukurlah jika hati kita sakit sebab kita akan tahu siapa yang benar-benar membantu kita semasa sakit.Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada sebab dan penyebabnya.Dan bersyukurlah kerana Allah menyayangi kita maka kita dipilih untuk menghadapi ujian-ujian dariNya.Dan kita juga bersyukur kerana kita akhirnya tahu ramai yang menyayangi kita samada yang mungkin baru sangat kita kenali :-)

Sebagai manusia, kita juga mungkin kadangkala bercelaru dalam hidup kita.Kita terkadang silap dalam membuat keputusan atas sesuatu yang mungkin akan memberi kesan kepada masa depan kita.Kita mungkin menyakitkan hati insan yang lain.Kita menyesal.Namun ego dalam diri kita memungkinkan susah untuk kita lafazkan kata maaf.Dan selepas itu kita mula bercelaru.Menyalahkan diri sendiri dan akhirnya masalah itu akan terbiar begitu saja.Tatkala kita dibebani masalah,carilah teman untuk berbicara.Carilah amal untuk berserah dan carilah jalan penyelesaian menggunakan akal kita yang waras.

Carilah teman untuk berbicara, namun pastikan teman yang dipilih itu teman yang benar-benar dipanggil sahabat.kerana kadangkala teman berbicara yang dipilih juga mungkin akan membuat keputusan yang kita ambil akan silap.Kita boleh berkawan dengan seribu orang.Tapi berapa ramai dalam seribu orang itu boleh dipanggil sahabat?Owh aku sangat cerewet tentang sahabat.Carilah amal untuk beribadah dan berserah.Bermacam-macam amal yang kita boleh lakukan.Berjenis-jenis solat sunat yang boleh kita laksanakan.Kemudian berserah dan redhalah dengan apa juga yang telah menjadi qadak dan qadarnya.Dan InsyaAllah, Allah tidak pernah zalim pada makhluknya,maka akal kita yang waras ini pasti akan dapat jalan penyelesaian atas sesuatu masalah yang menimpa...Hikmah pasti akan muncul pengakhiran sebuah masalah!

nota kaki: Busy oh busy!

Monday, March 21, 2011

gigih atau tamak?

Assalamualaikum wbt... terkadang aku rasa aku ini tamak. sebab semua benda aku nak buat. aku nak jadi photographer aku nak cemerlang kat opis aku nak traning budak-budak badminton. Buwek.Tamaknya aku.

Friday, March 4, 2011

hati aku ada pada kamu!

salam,

kamu memang sudah lama bersama aku.kita kenal melalui dunia maya ini.masa tu tak ramai blogger2 mcm sekarang.makanya kita di kalangan blogger sangat rapat.saling percaya mungkin.

kita berjumpa pn dah lama.kamu mmg sejak dari dulu.selalu bantu aku.masa tu maybe kamu dah ada seseorang kot.entah.aku xpernah tanya.sbb aku memang xpernah ada hati kot pada kamu.sbb aku anggap kamu muda dari aku.aku setkan dalam kepala aku yg aku tidak akan menerima lelaki yg lebih muda dari aku.even hanya setahun!

ye.dlm hati aku selama ni.memang ada org lain.lama sungguh orang lain itu menghuni hati aku.makanya aku tidak mahu buka hati aku untuk org lain.even ada beberapa orang yg pernah cuba membukanya.finally mereka hampa sbb kunci yang aku guna ni kononnya aku buang ke dalam sungai.

dan selama itu jugak kamu setia dengan aku.selepas kamu meluahkan isi hati kamu pada aku.aku wat dono je.tapi aku masih baik dgn kamu.kekadang aku sengaja buat kamu marah.then aku bagi harapan pada kamu.aku betul2 seolah2 mainkan kamu.kemana saja kamu pergi,pasti ada buah tangan pada aku.bila masa aku mintak tlg kamu.kamu mst tlg aku.betapa bergantungnya aku kepada kamu selama ini.

bila semua orang tanya pasal kahwin.aku selalu cakap,kalau xdak sapa jugak,maybe aku akan pilih kamu.tapi aku cakap.aku xnak nanti aku pilih kamu kerana kesian.aku xnak!masa tu sepertinya aku tidak ikhlas kan.hurmmmm

finally,sampai satu masa.aku terpaksa sudah mengambil balik kunci yang menutup hati aku.aku buka kunci itu.aku ada beberapa pilihan.cumanya hati aku berat kepada kamu.selepas beberapa nasihat.akhirnya aku cakap.mungkin kamu.maka aku bagitau kamu.dan akhirnya kamu bersuara.yang sedetik aku bagitau hati aku sudah dimiliki.maka kita jadi kawan.

...dan aku menangis.tidak pula masa aku buka kunci buang yang satu lagi.ah.rupanya aku tidak sedar yang selama ni.hati aku pada kamu!

Wednesday, February 23, 2011

*blurrrrr*

Assalamualaikum wbt..


Lelaki memang macam tu eh.Erk,maksud aku.Bilamana mereka sanggup menunggu kita bertahun2 untuk jawapan "YA" dari kita.But once we said "YES" mereka pulak diam.diam.diam and no respon.What the hell on that yeah? *Bluuuurrrrr*

Benar la orang cakap anak perempuan sebenarnya lebih susah nak jaga even anak perempuan itu jarang sangat memberi masalah kepada ibu bapa (tapi zaman skang tak jugak)Selagi mana anak perempuan itu belum kawen,mak bapak akan ditanya.Bila dia nak kawen.Dah ada sapa2 ke dia.Adeh.Sian mak.Tapi alhamdulillah mak seorang yang cool.Thanks mak sbb memahami anak mak ini.

nota kaki: mereka mengata aku baik dgn studeng,lantak la.as long as we are enjoy ourself,who cares?....

Tuesday, October 26, 2010

campur aduk!

assalamualaikum wbt...

sesungguhnya masa itu terlalu pantas bergerak sekarang ni,aku rasa macam baru semalam aku tulis entri disini tapi bila masuk bali,aduhai.dah seminggu rupanya.jelas menunjukkan yang dunia ini semakin tua,namun amalan kita..~huhuhuhu.

minggu baru yang agak tidak begitu baik bagi aku.bagi yang kenal aku.tentu tahu bagaimana aku ini seorang yang terlalu mengambil berat pasal org lain.sampai boleh mengabaikan diri aku sendiri.sifat yang aku ingin buang sebab finally aku akan terasa sakit jika mereka tidak menghargai dan berterima kasih pada aku.

sejak kak aza bertanya tentang noushy,sampai detik ini aku masih hantar sms pada dia.namun sampai saat ni juga tiada satu balasan yang aku terima.aku pun tak pasti sampai bila aku akan terus nak berusaha mengembalikan ikatan persahabatan blogger ini.kita pernah berseronok dan terbuai2 membaca kisah cinta mereka.so tak salah untuk aku cuba kan.tengoklah sampai mana tahap kesabaran aku.

bercakap tentang sabar,aku rasa tahap kesabaran aku semakin meningkat. alhamdulillah.mungkin berkat doa mak dan aku sendiri.walaupun tidak 100% tapi bagi diri sendiri kita tentu dapat rasa tahap pencapaian kita walaupun sekecil zarah.namun dalam kesabaran aku ni jiwa aku meronta dengan teman seofis.tidak tahu bagaimana aku nak jelaskan disini....tunggulah.maybe suatu hari nanti.

nota kaki: dulu masa zaman aku banyak kerja,aku mmg tertekan.tapi sekarang jiwa aku lebih tertekan dgn rakan seopis.walau kamu punya degree.aku tidak bangga sebab perangai kamu sama saja dengan staf yang hanya ada PMR.jelik aku dengan perangai kamu.aku punya teman2 yang jauh lebih pandai dan berpendidikan dari kamu.namun mereka lebih humble,tidak mulut becok dan tikam org dari belakang.aku pasti satu hari nanti kamu sendiri akan buka pekung didada kamu.walau sekarang kamu bisa putar belit cerita.bisa meniru tandatangan boss dan bisa menipu orang sekeliling kamu!

Wednesday, October 20, 2010

baik jangan terlalu baik

assalamualaikum wbt...

satu sifat buruk aku,aku mudah terlalu baik dengan orang.sanggup buat apa sahaja.even kekadang orang yang aku baik tu langsung tak menghargai aku.payahnya punya sikap macam ni.kelemahan aku paling utama.semenangnya kita perlu berbuat baik sesama manusia.namun.tiada istilah kita perlulah terlalu baik sesama manusia.finally we will getting hurt.actually my point is am getting hurt.but i'll recover myself and forgive them.

nota kaki: kak aza,i need u to help me!my english was bad nowadays.damn it!

Tuesday, October 19, 2010

kembali ke sini :-)

assalamualaikum wbt...

tiba-tiba aku rasa seperti mahu menjadi blogger semula.yeah.aku masih seorang blogger.namun bukan dari erti kata yg sebenar.lihatlah entri terdahulu.kira-kira 4 bulan yg dulu.sememangnya aku ada menulis.tapi menulis tentang gambar yg aku rakamkan.sememangnya,gaya hidup aku banyak berubah sejak aku memegang kamera.

bila kak aza tanya aku berkenaan noushy,aku teringat zaman tegar aku bergelar blogger.disitu aku menambah kawan-kawan.walaupun ramai yang kata kawan-kawan internet ni jahat-jat belaka.alhamdulillah.aku dikurniakan sahabat-sahabat maya yang baik-baik semuanya,insyaAllah.

sahabat-sahabat photographer yang aku kenal jua baik-baik belaka.alhamdulillah.melalui merekalah aku lebih berpengetahuan tentang kamera.aku bukannya ada pendidikan formal tentang fotografi maka aku kena rajin bertanya dengan mereka.

selepas kak aza bertanya tentang noushy,aku kembali ingin menjejaki dia.dulu banyak yang kami share.sama-sama memberi motivasi.aku dah jumpa alamat dan no h/p dia.puas aku selongkar folder-folder lama di opis.namun buat teman-teman lain.maaf.aku masih kena pegang amanah alamat dan no phone dia.buat masa ni dia masih tak balas sms aku walaupun mesej "delivered".

oklah.cukup sementara dulu.takut tulis pepanjang,lepas ni 4 bulan akan datang pulak baru nak update.tapi insyaAllah aku berjanji dengan diri aku akan selalu update disini selepas ini.

nota kaki: konflik di tempat kerja masih belum berakhir cuma aku malas nak pikir.

Thursday, September 2, 2010

entri hari lahir mak

Assalamualaikum WBT,
Photobucket
amik gambaq tahun lepas :)
Mak, Anak mak ni sorang saja pompuan kan Anak mak tau yg mak sayang anak mak ni sangat-sangat Mak selalu buat apa saja untuk anak mak. Mak selalu pertahankan anak mak Dari anak-anak lelaki mak yang lain. Mak, Anak mak yang sorang ni memang "ketegaq" Anak mak yang sorang ni memang "keraih" kepala Anak mak yang sorang ni memang pemalas Anak mak yang sorang ni memang "kasaq" Tapi mak tau kan anak mak ni selalu baik kan. Dan mak selalu bangga dengan anak mak yang sorang ni kan. Mak, Mak selalu dah cakap pasal jodoh sekarang ni kan Mak selalu kata yang mak sentiasa doakan jodoh anak mak Mak nak lelaki yang terbaik jaga anak mak Sebab mak dah jadi terbaik dalam jaga anak mak ni Dan sebab tu sampai sekarang anak mak tak kahwin lagi Sebab anak mak tau Allah nak temukan anak mak dengan lelaki terbaik. Mak, Walau setiap tahun anak mak belikan hadiah pada mak Tapi anak mak tau yang anak mak tak mampu Nak bagi hadiah seperti hadian yang mak dah bagi kami anak-anak mak Hadiah yang setiap anak di dunia ni tak mampu nak bagi Sebab setiap ibu di dunia adalah terbaik Mak, Di bulan Ramadhan yang mulia ni Mak dapat raikan hari lahir mak Anak mak hanya mampu berdoa pada Allah Supaya mak senantiasa dirahmati olehNya Mak diberikan kesihatan dan umur yang panjang Agar anak mak dapat raikan hari lahir mak Untuk tahun-tahun mendatang Mak, Anak mak ni sayang mak sangat-sangat. Nota kaki: Nak bagi adiah apa ye tahun ni....? Wassalam ‘Being a girl and into this business is a challenging job,but as far as i know i enjoy doing it and i believe in delivering the best to my customers” SisHoney Email: sishoney@gmail.com Team: www.gambarkami.com

Wednesday, September 1, 2010

selamat tinggal sudah

salam,

lama aku menunggu kamu.kamu cakap ada jodoh takkan kemana.kamu ingin perbaiki ekonomi dan negeri kamu.kita kejap on dan kejap off.aku menunggu dan terus menunggu.kamu cakap jangan la menunggu sgt.tapi aku cakap.aku tidak dpt bukak ati kepada org lain selain kamu.kita kejap on kejap off.dan sekarang kamu on semula.dan lebih hampa.kamu bersama gadis lain.terima kasih kamu.membuat aku tunggu.sejak 4 tahun lalu :(

nota kaki: aku tolak beberapa lelaki sejak kamu ada dlm hati aku.padan muka aku!!