Assalamualaikum...
Kita selalu cakap yang kononnya kita sayangkan ibu kita.Ya memang kita sayangkan ibu kita.Kita belikan ibu kita dgn hadiah2.bagi ciuman dan peluk mesra pada ibu kita.Dengan itu kita rasa kitalah anak yang terhebat.Tapi lupakah kita,yang setiap kali kita solat.Pasti antara doa kita"Kau berilah kesihatan yang baik buat IBUbapaku,panjangkan umur mereka dan berilah kesejahteraan dan kebahagian dunian akhirat kepada mereka" Ini mungkin antara bait-bait doa kita sesudah solat.
Bayangkan dalam sehari sebanyak lima kali kita solat wajib.Kalau seminggu dan 35 kali kita berdoa kepada mereka,sebulan ...? setahun.....? sebab itu pentingnya solat kepada kita.Jangan kita menganggap dengan memberi hadiah-hadiah berupa kebendaan sudah membuatkan kita menjadi yang terhebat.Tapi kita lupa ada "hadiah" lain yang lebih bernilai yang hanya mampu diberi oleh anak yang soleh dan solehah dan lebih beerti dari benda lain.Ayuh.Seru diri kita untuk perbaiki solat kita.Aku menuding jari kepada diri aku sendiri yang masih juga kekadang lalai.Insyaallah.Sama-sama kita ingat mengingati sebagai tanda kasih sayang kita.
nota kaki: aku sedang berusaha memindahkan entri dari semua blog yang pernah aku ada ke sini
Friday, February 24, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Luka Terluka
assalamualaikum wbt...
Ingatkan aku sudah mampu
Namun sesungguhnya masih belum
Sudah puas kucuba
Masih ada rasa sakit yang amat
Bila dia bercerita tentang dia yg dia sayang
Kalaulah perkara lepas tidak berlaku
Mungkin tiada rasa kecewa di hati ni :-(

Tuesday, February 21, 2012
Terukir Di Bintang - Yuna
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Monday, February 20, 2012
Niat di hati
Assalamualaikum...
Kan bagus kalau apa yang kita cuba sampaikan kepada seseorang dapat dipahami dengan sepenuhnya. Bila niat suci kita disalah anggap memang memeritkan kan. Tambah-tambah bila kita memang buat demi kebaikan dan kebahagian seseorang. Membiarkannya berlaku mungkin boleh mendatangkan kesan buruk buat hidup seseorang kan. Serik, ya aku memang tak pernah nak serik. Dulu pernah terluka, sekarang sengaja ingin menempah duka lagi. Ya Tuhan, bantu aku dengan memberi kebahagian buat dia.

Wednesday, February 15, 2012
Cuti-cuti Sabah 1
assalamualaikum wbt...
Tiket rm12.20,yup.Ni harga tiket AA yg aku berjaya booking tahun lepas.Masa promo RM0.10.Tapi bukan mudah nak dapat harga ni.Terpaksa bersengkang mata jugak la.Jeles mereka yg berjaya ke obersea dgn harga RM0.10....
Percutian kali ni dengan adik kesayangan aku yg sedang menternak anggur di kampung.Haha.Sementara nak posting,kita jalan-jalan dulu kan adik.Yea.Kali ni aku ke KK hanya dengan dia,sbbnya teman2 trip yg dulu sudah tukar status dari solo menjadi berdua. So aku yg masih tak tukar2 ni berjalan je la kejenya kan.
Kami bergerak dari Penang naik train,saja nak bagi adventure sket.Uhuks,aku tipu,sebenarnya taknak sampai tgh malam ke KL,so bila naik train akan sampai time Subuh.Rehat sekejap.Mandi and bersihkan diri apa yg patut then naik bas ke LCCT.Trip 2010 mmg aku buat mcam ni la.Tapi kali ni masa agak panjang sebelum flight ke KK so sempat la lepakkan diri kat Times Square.
Alhamdulillah flight kami tidak mengalami sebarang masalah delay so finally berjaya landing ke Terminal 2 Kota Kinabalu dengan selamatnya.terus aku ambil teksi ke hotel penginapan yg aku dah siap tempah via Agoda iaitu Imperial Boutec.
nota kaki: ...akan bersambung,insyaAllah
Sunday, January 8, 2012
Wednesday, October 19, 2011
Rindu Tidur Yang Nyenyak Itu
- aku rindukan tidur yang nyenyak itu.
- aku rindukan mimpi2 yg indah spt dulu
- aku rindukan semua yg indah tatkala tidur aku
tapi kini....
- tidur aku diiringi dgn mimpi2 yg menakutkan
- tidur aku sekejap2 terjaga..
- tidur aku seakan ingin tidur terus...
nota bb: kuat dan inhin terus kuat,cuba utk atasinya slagi termampu..
Friday, October 14, 2011
Tetap Bertahan
assalamualaikum wbt...
- Aku ingin tetap bertahan menghadapi perjuangan ini walau sangat2 perit aku rasa,mohon aku ditetapkan iman menghadapinya.Semoga dengan bantuan sahabat-sahabat disini sekurang-kurangnya aku mendapat panduan untuk terus "berperang".
- Semalam usai solat Maghrib, aku betul2 berlawan untuk mengalunkan surah Yassin.Walau aku dah setkan dalam otak aku,walau mcam mana pun aku kena lawan lawan dan lawan,tapi bila habis ja berdoa,automatik aku tarik telekung.Lantas cepat2 aku pakai semula.Memang "syaitan" itu sangat kuat.Alhamdulillah aku menang dalam pertarungan semalam.
- Tak pernah aku hilangkan baucer claims staff sepanjang 5 tahun perjalanan aku disini, tapi kalau dalam masa 2 bulan ni aku hilangkan dua claims,itu amat menyesakkan kepala hotak aku.Serba tak kena aku kat umah.Tido sekejap-sekejap aku jaga.Tapi alhamdulillah barakah hari Jumaat,finally aku jumpa,terselit di dalam timbunan kerja2 yang aku tangguhkan.
- Ya Allah,aku mohon diberi kekuatan untuk tetap bertahan menghadapi perjuangan ini.terima kasih buat semua sahabat yang bagi semangat buat aku.
Monday, October 3, 2011
Kemungkinan!
Assalamualaikum wbt...
Normally aku akan masuk kesini bila jiwa aku resah.Hati aku gundah gulana.Segalanya serba tak kena.Itu yang memungkin aku masuk kesini..
Tapi sebenarnya dah lama fikiran dan jiwa aku terseksa.Namun aku cuba juga hadapi segala kemungkinan itu dgn memesongkan aktiviti aku kearah lain.Tapi sampai bila ye.Aku harus cari titik permulaan terjadinya benda ni dan aku harus hadapi segala kemungkinan yang mungkin berlaku...
Kamu percaya pada buatan orang tak?Ataupun percaya diguna-gunakan tak?Ya Tuhan, aku sendiri pun agak sukar mau percaya.Dan saat aku menaip ni pun ianya masih bermain-main di kotak pemikiran aku.Adakah ia benar atau andaian aku semata-mata.Namun ada beberapa kemungkinan yang mengsahihkan kebenaran aku ini.Penceritaan seperti complicated kan.Kalau kamu tak punya waktu,boleh akhiri pembacaan di titik ini.Aku tidak pernah memaksa :-)
Cerita ini sebenarnya terlalu peribadi.Tapi ntah kenapa,aku ingin meminta pendapat.Maka sebab itu aku menulis.Selama ni hanya dua orang yg tahu kisah ini.Dan mereka nampak apa yg terjadi ke atas aku.Dan mereka juga pernah merasai apa yg aku rasa.Kalau syak wasangka kami ini tidak benar,hanya padaMu Allah kami memohon keampunan.
Pada yg telah biasa dgn aku.Tentu tahu bebanan tugas aku kat opis kat.Memegang jawatan hanya kerani cabuk di opis kerajaan namun berperanan besar handle keseluruhan akaun kolej itu.Apa saja yg berkaitan kewangan di opis itu akan dirujuk kepada aku.Boss sendiri memang mengharap 100% kepada aku.Sebab itu walau baru 5 tahun disini.Pengaruh aku amat besar disini.Honestly aku tau ramai yg tidak puas hati dgn aku sebabnya aku mampu mempengaruhi keputusan boss dan aku juga selalu boleh buat apa yg aku suka.Kalau aku cakap boss "semua kena naik AirAsia,maka terpaksalah mereka naik AA"
Tapi bukan itu yg aku banggakan.Sebab aku langsung xpernah rasa ingin mempengaruhi keputusan boss tanpa sebab.Sebab apa2 jadi dgn akaun opis aku,aku lah manusia pertama yg kena mengadap boss.Aku jugalah yg kena tahan telinga itu dan ini.Satu sebab yg aku rasa buat boss sayang aku,aku tak pernah mengabaikan kerja aku dan selalu bagi my best performance pada opis.Aku tak pernah berkira waktu,malam,siang,sabtu,ahad....semuanya.Sebab aku betul2 komited dgn kerja aku....
Tapi kan korang perasan tak,aku sudah lamatidak up status pasal kerja aku di twitter atau facebook.Setiap hari aku punch keluar pukul 5.Ya Tuhan.Apa sudah jadi dgn aku.Sementelah iu jugak,aku selalu dimarahi boss.Aku tak siapkan kerja2 aku.Aku menangguhkan segalanya.Dan aku tak tau selama beberapa bulan ni.Apa yg aku dah buat kat opis.Aku rasa output aku nothing! Setiap hari aku takdak semangat nak datang opis.Walau xlewat tapi aku datang 1-2 minit sebelum pukul 8 sedangkan dulu 7.30 dah jengah aku kat opis.Apa sudah jadi kan..
Malas aku bukan hanya pada kerja2 pejabat.Tapi juga dalam fotografi.Dirumah bahkan melibatkan solat.Aku hanya ok masa bulan puasa hari tu.Dan selepas puasa aku kembali ketabiat lama.Tiada lagi alunan bacaan yassin dari aku di malam jumaat.Solat,sekali sekala je aku buat sekarang ni.Sedar,ya aku sedar.Tapi.Kemudian aku lupa.Ya Allah.!!!!!
Di opis aku,ada seorang senior yg sangat berpengaruh.memang lebih hebat pengaruh dari aku la.Sebab dah berbelas tahun dia disini.Bila CC aku pencen,dia take over menjaga pentadbiran opis aku sementara waktu ini.Dan aku memang tidak sebulu dengannya atas beberapa benda.Memandangkan aku cerewet,for sure aku akan kuiri beberapa benda melibatkan sebutharga,bekalan dan dll.Memang dia adalah yg berpengaruh utk membuat keputusan memilih kontraktor.Aku tidak kisah tentang itu.Lantaklah kau nak pilih sapa pun.Tapi bila melibatkan sesuatu yg tidak logik aku ada kuasa sbb bila audit dtg aku yg akan disoal.
Bila bersembang dgn 2 orang yg nampak "sesuatu" terjadi kat aku ni,mereka nampak kemungkinan-kemungkinan yg mungkin.Seriusly aku mengaku,senior itu memang pakai tangkal.Walau aku bukan jenis percaya benda2 mcm ni.Tapi itu hakikatnya.
Skang ni aku taktau apa yg perlu aku buat.Aku tidak berkongsi benda ni dgn mak sebab tekanan darah mak pun tidak berapa stabil kebelakangan ni.Sebab tu korang tgk kekadang aku agak sewel di facebook kan.Aku cuba alihkan masalah aku ni dgn cuba bantu sapa2 saja yg bermasalah dan dalam masa yg sama aku cuba mengatasi masalah aku ni.Tapi berbulan sudah.Aku masih gagal.Seriusly ianya perit.Sangat perit!!
Mungkin kamu-kamu kat sini boleh bantu aku.bagaimana aku nak hadapi suasana ini.Aku tidak sesekali ingin melawan "org itu".Biarlah.Tapi aku nak atasi masalah ini.Aku nak jadi aku yg dulu balik.Komited dalam segalanya.Yang sentiasa bersemangat.Dan aku harap korang dapat doakan aku.Thanks!!!

Thursday, September 1, 2011
Demi dia
Assalamualaikum wbt....
Demi dia,aku inbox mesej pada seseorang di facebook.Aku kesiankan dia yg kelihatan terlalu menderita kerana rindukan seseorang.Aku tak pasti keputusan ini betul atau tidak.Melukakan diri kita demi orang yg kita sayang memang sangat terluka.Takpelah.Ganjaran Allah pasti ada buat aku sekiranya aku ikhlas

Sunday, July 3, 2011
Kisah Budak Itu
Assalamumualaikum wbt...
Lima tahun lepas,blog ini terbina kerana sebuah kisah adik.Atau aku lebih suka gelarkan skang sebagai budak itu.Macam sial kalau diingatkan balik kisah budak itu.Dan sememangnya sial kerana sampai saat ni,masih lagi ada gangguan sipi-sipi dari budak itu.Entah apa lagi yg dia nak dari aku,aku sendiri kurang pasti.Apa yg aku pasti,aku dah bagi apa yg dia inginkan dulu....
Tak paham betul aku dgn manusia seperti ini.Bila kita baik,ambil berat,sayang,dan segala yg positif.Kita dianggap "weird".Hanya sebab tak pernah ada org yg pernah memperlakukan sedemikian kepada budak itu sebelum itu.Lantas kerana tidak pernah la sampai budak itu lupa nak menghargainya.Memang sial kan! Bila dia suruh aku lupakan dia.Memang agak sukar.Yelah,satu kesalahan pun aku tak pernah buat.Tiba2 diarah utk lupakan dia.Lagi pulak ini bukan kisah cinta.Ini hanya sebuah kisah kasih sayang.Tapi lama2 berjaya jugak aku lupakan yg aku pernah punya seorang adik.
Sememangnya sejak 5 tahun lepas aku tidak pernah membalas satu sms pun dari dia.Aku ignore segalanya.Aku memang sudah buang budak itu dari kotak pemikiran waras aku ini.Apa lg nak dikenang orang yg tak reti nak menghargai dan mengenang kebaikan dan kasih sayang kita kan.Ramai lagi yg perlukan aku dan nak kasih sayang dari aku.Tapi bar-baru ni ntah kenapa aku sengaja balas sms terkini dari budak itu.Kononnya dia tersilap sms,then bila aku reply dgn tanda soal,dia pulak bertanya siapa ini.Sial kan! Kau pikir aku bodoh macam kau.Maaflah.Walau mcm mana aku masih tak punya degree lagipun.Aku masih tetap bijak dari kau wahai budak itu.
Lalu tangan jahat ini membalas dengan kata-kata agak keras,dan sememangnya dia marah.Hahahaha.Mental kau tidak cukup kuat wahai budak itu.Kalau kau tak punya kekuatan mental,jgn pernah kau berani nak sms aku lagi.Sudahnya semalaman kononnya kau menangis.Atau kau nak aku cadangkan kau ke Tanjong Rambutan...Tapi percayalah.Aku bukanlah sekejam mana walau aku ni kelihatan kasar di luar.Aku memberi satu sms semangat buat budak itu.Aku nak dia enjoy dgn hidupnya sebagaimana aku lakukan.Aku sememangnya sudah lama memaafkan budak itu.Tapi melupakan penghinaan itu adalah sesuatu yg tak mungkin aku lupakan.Cukuplah sekali aku dihina kerana kebaikan aku.Aku juga berdoa semoga budak itu berjaya mengatasi apa jua rasa yg sedang dia rasai akibat perbuatan dia sendiri.Allah itu Maha Penyayang,pasti suatu hari budak itu akan sembuh jua.
nota kaki: Aku rasa masih belum ada orang mampu sayang dan ambil berat pada budak itu sebagaimana yang aku buat dulu.Tapi aku masih mampu sayang dan ambil berat pada orang-orang lain selepas budak itu.Kenapa?....Kerana aku adalah aku dan aku tak pernah ingin nak jadi orang lain
Friday, July 1, 2011
Perasaan Yang Macam-macam
Assalamualaikum wbt...
- Ya,perasaaan ini macam-macam sejak pulang dari Terengganu.Walau aku enjoice di sana namun rasa buat mcm satu kesilapan je bila aku join trip itu :(
- Aku menjadi lebih sensitif dari biasa,teringat zaman awal-awal aku berblogging hingga mencipta "peminat", beginilah perasaan aku masa tu.
- Dengan aku pun orang boleh nak jeles sedangkan aku tak punya apa-apa yg istimewa selain dari aku menghargai org sekeliling aku dan kasih sayang yang ikhlas dan mungkin ada orang tak akan mampu bagi kasih sayang seperti aku~as usual,aku mmg suka perasan.
- Jika dia kena membuat pilihan,aku tak kisah.Aku akan biarkan apa yang dia inginkan sebab aku taknak dia bersedih.Walau berulang kali aku memberi nasihat.Tapi aku juga tak lupa berdoa semoga semuanya baik-baik saja buat org2 yg aku sayangi.
Nota Kaki: Deactivate lagi Facebook dengan alasan kononnya album tak siap-siap lagi.Tapi itu sebenarnya tidak memberi makna.Album akan siap jika jiwa aku happy!
Friday, June 24, 2011
Happy Belated Birthday Little Apple
Assalamualaikum wbt...
Sepatutnya entri ini tidak perlu "belated" tapi takdir tuhan menyebabkan ianya menjadi belated. Namun syukur sbb sis masih mampu menyudahkan apa yg sis rancangkan even tak sepenuhnya.Insyallah,jika masih berkesempatan meraikan birthday adik di tahun2 akan datang.Kita akan sambut dgn suasana lebih meriah :-)
Buat adik kesayangan sis, dah 21 adik.Tapi dgn tubuh badan dan manja adik.Rasa macam masih belas2 kot. Bila dah masuk 21 ni.Banyak benda yg mematangkan akan berlaku dalam hidup adik. Adik akan hadapi satu fasa yang mungkin adik akan cakap dalam diri adik.Eh2 betul la orang tu cakap sebelum ni.Adik akan mula sedar zaman kanak-kanak dan remaja semakin meninggalkan diri adik.Itu yg sis alami masa peringkat usia menjangkau 21.Dan kalau tak sama 100% pun,pasti 50% terjadi kat diri adik.
Dah beberapa bulan sis rapat dengan adik.Dan sejak itu sis selalu cakap dalam diri sis, yg sis akan jaga adik sampai bila-bila.Sis memang takkan pernah mampu nak ganti tempat arwah Along.Tapi biarlah sis jadi diri sis dan adik kenal sis sebab diri sis.Kadang-kadang maybe sis terkasar dgn adik.Namun sis harap adik paham kenapa sis buat mcam tu.Sis pun nak berterima kasih atas kasih sayang dan hormat adik pada sis.InsyaAllah semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat sis.
Di usia menjangkau 21 ni.Sis akan sentiasa doakan adik terus dipanjangkan umur bagi membimbing diri menjadi insan yg diredhai oleh Allah. Sis doakan adik sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang hingga akhir hayat. Dipertemukan jodoh dengan lelaki yang TERBAIK kat dunia ni yg sayang adik seikhlasnya dan sayang adik lebih dari sis sayang adik dan adik akan bahagia dengannya hingga ke Jannah.
nota kaki: saya kehilangan 2 bapa saudara dalam masa hari yang sama.begitu menguji keimanan kami sekeluarga.

Subscribe to:
Posts (Atom)