Sunday, June 26, 2011

Happy Belated Birthday Little Apple

Assalamualaikum wbt...

Sepatutnya entri ini tidak perlu "belated" tapi takdir tuhan menyebabkan ianya menjadi belated. Namun syukur sbb sis masih mampu menyudahkan apa yg sis rancangkan even tak sepenuhnya.Insyallah,jika masih berkesempatan meraikan birthday adik di tahun2 akan datang.Kita akan sambut dgn suasana lebih meriah :-)

Buat adik kesayangan sis, dah 21 adik.Tapi dgn tubuh badan dan manja adik.Rasa macam masih belas2 kot. Bila dah masuk 21 ni.Banyak benda yg mematangkan akan berlaku dalam hidup adik. Adik akan hadapi satu fasa yang mungkin adik akan cakap dalam diri adik.Eh2 betul la orang tu cakap sebelum ni.Adik akan mula sedar zaman kanak-kanak dan remaja semakin meninggalkan diri adik.Itu yg sis alami masa peringkat usia menjangkau 21.Dan kalau tak sama 100% pun,pasti 50% terjadi kat diri adik.

Dah beberapa bulan sis rapat dengan adik.Dan sejak itu sis selalu cakap dalam diri sis, yg sis akan jaga adik sampai bila-bila.Sis memang takkan pernah mampu nak ganti tempat arwah Along.Tapi biarlah sis jadi diri sis dan adik kenal sis sebab diri sis.Kadang-kadang maybe sis terkasar dgn adik.Namun sis harap adik paham kenapa sis buat mcam tu.Sis pun nak berterima kasih atas kasih sayang dan hormat adik pada sis.InsyaAllah semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat sis.

Di usia menjangkau 21 ni.Sis akan sentiasa doakan adik terus dipanjangkan umur bagi membimbing diri menjadi insan yg diredhai oleh Allah. Sis doakan adik sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang hingga akhir hayat. Dipertemukan jodoh dengan lelaki yang TERBAIK kat dunia ni yg sayang adik seikhlasnya dan sayang adik lebih dari sis sayang adik dan adik akan bahagia dengannya hingga ke Jannah.

nota kaki: saya kehilangan 2 bapa saudara dalam masa hari yang sama.begitu menguji keimanan kami sekeluarga.

Tuesday, June 21, 2011

Cerita Isi Hati

Assalamualaikum wbt...

  • Aku memang tak berkenan dia.Ntah kenapa.Sejak dari awal.Padahal aku tak pernah kenal dia.Tak pernah berkesempatan nak check fb dia ke.Nak check photos dia ke.Sebab dia private segalanya. Macam aku jugak :-)
  • Mula-mula aku mmg tak layan sgt.Malas nak ambil tahu hal budak-budak ni.Yelah.Aku pun pernah muda dulu.Nakal.Biasa la tu kan.
  • Budak tu mmg sombong.bongkak dan segalanya dgn org lain.Dia mungkin hanya baik dgn CLA shj.Sebab tu hati CLA dibuai-buai.
  • Tapi bila mereka bergadoh dan si budak tu marah-marah pada CLA.Aku mmg marah.Sangat marah mungkin.Terukkan.Sedangkan CLA yg kena marah pun boleh maafkan dia,tapi aku tidak.Kenapa.Aku nampak di luar kotak.Tapi CLA ikutkan hati dia yang dibuai2 :(
  • Bila hati mmg sudah dan asyik teringat-ringat.walau mcm mana aku cuba tunjuk jalan pun tak guna kan.Sia-sia.Mereka tetap akan kembali bersama.Dan bukan kuasa aku utk menghalang kan.Aku bukan siapa-siapa dalam hal ini.
  • CLA mmg sgt hormat aku.Itu buat aku bertambah sedih.Semua yang dia buat,mst dia akan bgtau aku.
  • Masa nak ke Terengganu,aku dah niat dalam hati.Nak cuba kenal dia.Orang yang aku tak pernah suka sebelum ni.Nak cuba selami dia.Mungkin apa yang aku anggap selama ni tentang dia tak betul.Hanya rasa hati aku yang palsu...
  • Tapi ternyata budak itu memusnahkan segalanya :-( Dia hanya nakkan CLA.Dia tak pernah nak pedulikan org2 di sekeliling CLA.Dan akhirnya dia menyalahkan aku atas segalanya.Itu pun aku tahu dari mulut orang lain bila mana keadaan menjadi complicated masa kat T'Ganu :-(
  • Aku mungkin bersalah.Biarlah orang anggap aku bersalah.Aku sudah tidak peduli dan malas mahu peduli.Aku sayangkan CLA macam darah daging aku sendiri.Dan kalau budak itu masih pilihan dia.Aku kena setuju.Cuma akan terus berdoa semoga isi hati aku selama ini tidak betul dan dia akan dapat kebahagiaan.Aku pernah cakap dulu pada CLA.Jika budak itu pilihan dia.Mungkin kami dah tak mcm dulu.Tapi aku tidak mungkin akan buat begitu,sbb dia My Cute Little Apple yang aku akan terus bimbing sehingga dia tak perlukan aku lagi :-(
nota kaki:
1) masih igt dgn entri2 Surat Buat Awak sebelum ni,situasi yg mmg sama.Dan sahabat sy itu dah ditinggalkan kekasihnya yang kononnya taksub pada dia.Isi hati sy sebelum ni betul.Bila aku jumpa dia.Aku dah xmampu mcm dulu.Aku tahu dia sedih.Tapi luka di hati aku,dia taknak paham dulu.
2)Dah lama aku tak tulis belog sambil nangis....