Sunday, October 23, 2016

Msjbox.Com

Rindu. Rindu zaman belum ada facebook, twitter, instagram. Sebabnya. Almost kita semua adalah blogger. Gathering sanggup turun sampai kl kan. Even masa tu tak pakai kereta. Thanks MSJBOX.Com menemukan lebih ramai kawan dalam hidup aku. 

Wednesday, October 19, 2016

Peluang?

Dalam hidup berkawan ni. Kita kena kenal dulu orang tu, barulah kita boleh pilih untuk berkawan atau tidak dengan dia. Tak perlu hanya menilai melalui cakap2 orang kan. A stranger can be your good friend actually. Sebenarnya jika kita baik, insyallah baiklah jadinya. Begitu juga sebaliknya. Mungkin 10 orang tak suka dia. Tapi dia tak pernah bagi masalah kat kita. Kenapa perlu kita nak benci dia. Manusia perlu diberi peluang. Cuma jika dia pernah menipu kita, cukuplah sekali. Jangan jatuh lubang yg sama berkali kali. Kan. 

Tuesday, October 18, 2016

Soft Tissue Injury

Last month aku wakil opis dlm karnival sukan staff ILKKM. As usual la sejak azali lagi badminton kan. And masa game tu layak sampai semi final mix double. Aku gak masuk mix women. So total untuk sehari tu dlm 12 set or lebih. And masa game tu ada gak jatuh-jatuh. Tapi biasalah tengah syok. Memang tak rasa apa pon.

And finally sampai sekarang, tangan aku masih dan makin sakit. Sakit hingga nak genggam pon dah tak boleh ni. Sampai demam2 aku dibuatnya. Sampai xleh masuk bowling masa hari sukan negara. Bila aku tanya doktor, dia cakap maybe u tak betul2 streching sebelum game. So u must continue or keep playing. Makanya last week aku main gak la weekly training badminton aku. Dan skang nak angkat tangan pon dah makin payah.

So far aku malas nak ke klinik untuk folo  up lagi sebab bila google katanya sekurang-kurangnya 6 minggu diperlukan utk betul2 okay. Hope semuanya berjalan lancar dan tangan kembali padu seperti dulu. Tolong doakan! 

Monday, October 17, 2016

Penilaian Manusia

Manusia selalunya menilai kita melalui apa yang kita pernah persembahkan kepada mereka. Manusia menilai lahiriah yg pernah mereka kenal kita. Kadang2 walau kita dah berubah, manusia masih menanggap kita seperti itu.

Semalam aku ada upload foto2 aku dan adik di insta. Foto2 tu aku jumpa kat fb, sebab aku ada on fb kejap. Tapi sebenarnya bukan aku nak tnjuk pon pix aku dgn adik. Atau sebab aku rindu adik. Seriusly takdak niat apa2 berkaitan adik. Cuma nak throwback gambaq2 aku travel dulu. Dan aku dah boleh upload tanpa sebarang perasaan sedih atau marah. Aku rasa pencapaian paling bagus sekali. I feel nothing at all.

Tapi ramai oulak yg tanya, pm, komen dan mcm2 la. Tanya aku ok ke? Betul ke dah move on? U rindu adik eh. Allahuakbar. And finally aku remove balik semua gambar tu. Malas nak jawab. Biarlah. Allah tahu aku. Dan aku lebih tahu aku. Malas nak jawab nak menafikan. Nnt org masih curiga jugak kan. So diam n delete. 

Demi Allah, aku doakan semoga kau berbahagia adik. Benarlah. Sebenarnya kita akan happy melihat org yg kita syg happy. Itulah kasih syg sebenarnya kan. 

Tuesday, October 11, 2016

Lagi?

Rasa takut menyayangi lagi.
Andai kata itu anugerah Ilahi.
Bagaimana untuk aku mulai.
Supaya tidak terlalu lagi.
Agar sederhana dari semua segi.
Supaya tidak luka ditinggali.

Monday, October 3, 2016

Pintamu

Perpisahan itu.
Permintaan kau lebih dulu.
Tanpa sempat ingin mengenal aku.
Kau tuduh melulu.
Aku begini aku begitu.
Perpisahan itu.
Bagus untuk kau dan aku.
Sebelum bercambah kasih jadi satu.
Dan jiwa menjadi lebih buntu.
Terima kasih atas kasih yang itu.
Walau ia sesingkat angin lalu.

03102016| 2Muharam1438H
Seberang Jaya