Sunday, November 23, 2008

dah siap weii!!!

assalamualaikum wbt.....



well done to myself!!!!! wah ayat first puji diri sendiri wei :).aku berjaya wat custom album tue,dah semestinya menjadi.excited sgt2 wei.xtau nak gambarkan dengan perkataan.hanya aku yg dapat rasakan.puas!!!sgt2 puas.so pasni leh la amik upah buat custom album plak.kawan baik aku pun tak sangka rupanya macam tue akan jadi.die tgk la masa dalam pc tapi aku tak bagi gambaran sebenar.saje nak buat surprise :).

nota jari:senyum.senyum.senyum

Saturday, November 22, 2008

cerita ceriti

assalamualaikum wbt.....


sudah jarang-jarang dapat aku update kat sini.yelah dgn aku yg selalu busy.lagipun ini bukanlah benda wajib.bila ada masa aku akan update.bukannya ramai pembaca kat sini.ini adalah personal blog aku.so kalau ada yang aku nak bercerita,aku akan cerita.


semalam seharian aku meeting.dari kul 8.30 sampailah pukul 6.30 ptg.break kejap je untuk lunch and solat.dah akhir meeting itu rupa2nya ada anugerah pekerja cemerlang bulan november untuk aku.hihihihi.terkejut gak aku.sbb biasanya anugerah ni bagi ikut senioriti sdgkan aku masih baru lagi.nak pujuk aku yg merajuk hari tu kot:)alhamdulillah.tapi sebenarnya aku langsung tak pernah nak mengharapkan anugerah pe2 pon.lagipon aku memang minat dgn keje-keje yg aku buat skang.cukuplah kalau orang hargai penat-lelah aku selama ni.bukan senang aku nak handle 7juta duit kerajaan kerana setiap sen akan dihitung.keje dgn duit nie sgt2 tension wei.


aku juga dah bukak satu photo blog------>sini.bukannya rajin ape.memandangkan fotopages sgt2 lembab dan mendatangkan masalah,so aku amik keputusan nak bukak blog ni.blog ni memang akan full dengan photo2 yg aku tembak la.kat atas antara pic yg aku tembak semalam.aku suka betul.itu guna lens baru aku 50mm dan juga bermain dgn gradient map.salah sorang member fp aku yg soh aku main dgn gradient map.lagi sempoi katanya.owh ya.aku akan mula bercuti dari 25nov-12 dec.masuk kelas beb!!


nota jari:custom album aku dah siap.lum sempat amik lagi :)

Tuesday, November 18, 2008

my best friend wedding 1

assalamualaikum wbt.....




bila cuti sekolah datang,maka banyak la kenduri kendara.last week aku ada 3 invitation kawan-kawan aku.tapi aku hanya dapat memenuhi dua undangan sbbnya kenduri anga(blogger)jauh di n9.memang niat dihati nak pergi selepas aku merajuk dengan boss tapi akibat terseliuh,maka terpaksa la aku batalkan niat nak buat surprise.

ahad lepas,kawan baik aku di kampung kawen.kawan baik yang terlupa nak invite aku masa die bertunang~huhuhu.so selepas tu memang hubungan kami agak renggang.bukan aku yg jauhkan diri tetapi dia.mungkin dia dah segan dengan aku.tak tahula...masa wedding dia baru aku tgk hubby die even sekampung gak.teruk betul aku ni kan.tak kenal orang kampung.

masa wedding die,dapat la aku jumpa kawan lama aku yang dah hampir 8-9 tahun kami xjumpa.die partner masa aku main badminton.so skang nie masing-masing makin membesar.aku yg dulu x bape nak besar pon dah besar,die yg mmg besar dulu maka lagi besar la :)

nota jari:semua orang cakap aku memilih,habis takkan nak kawen sesuka hati weiii.aku nak cari teman seumor hidup aku.bukan nak main-main.

Friday, November 14, 2008

kosong....

assalamualaikum wbt.....

bagi yg kenal aku..masa aku mula-mula berblogging.pasti tahu macam ne peritnya aku pada masa tue.skang keadaan aku sama macam masa tu.sama macam 2tahun lepas.jiwa aku kosong.terngiang-ngiang lagi kosong-dewa19 di halwa telinga aku ni.even situasi sekarang tidak sama tetapi peritnya tetap sama.

nota jari:aku dah beli lens 50mm sempena jadi OP wedding kawan baik aku.chaiyok.chaiyok.

Thursday, November 13, 2008

jiwa kacau,sakit ati,frust etc...

assalamualaikum wbt.....

hari ni aku cuti.esok pun aku cuti.aku cuti kerana merajuk.aku cuti kerana sakit ati.aku cuti kerana frustated.aku cuti kerana kecewa.aku cuti kerana segalanya.....

rentetan kenapa aku cuti:
semalam aku dapat tawaran kursus lagi di putrajaya.ini kali ke3 berturut-turut aku di tawarkan kursus.dan kali ke3 berturut-turut kursus aku kene reject oleh boss.alasannya:i really need u.i xpercaya pada partner u.nnt u nak cuti PJJ 3 minggu..how nnt u xade...u VIP tau...u know that kan...skang dah hujung tahun. bla..bla...bla...

ini tak adil bagi aku.kenapa aku dimanupulasikan.aku tau kerja aku.aku tau aku mampu buat kerja aku.tapi bila setiap kursus yang aku perlukan di reject.aku sudah malas nak bagi komitmen.aku tidak lagi sekomited dulu.aku bukan lagi workhoholic macam dulu.aku sudah sangat2 lain skang nie.sudahlah kepala hotak aku ni serabut.aku perlu settlekan masalah keje-keje orang lain.dn finally aku tak dapat keluar sebabnya aku perlu stay opis menjadi hamba..macam nak pecah je kepala hotak aku ni.aku benar2 perlukan rehat...rehat yg sebenar2nya.langkawi..oh langkawi.....

kalau die benar-benar perlukan aku.die seharusnya tau mengambil hati aku.tau menghargai kerja-kerja aku.cakaplah hari apa.pukul berapa.memang aku sanggup buat apa saja demi kerja aku even gaji yang aku terima skang ni mmg tak berbaloi.tapi aku redha sebabnya itu mungkin rezeki aku skang.yg lebih mengecewakan aku..bila partner aku diambil sebagai pengganti.so bile die xde,aku perlu buat keje dia kalau ada..bukankah bangang namanya...it's really damn shit!!!!

bila jiwa aku kacau,otak aku serabut,macam2 yg akan berlaku..dan akibatnya tak semena2 aku jatuh terjelepuk masa nak masuk dalam myheart so sbbkan kaki terseliuh dan xleh drive.dan hari semalam diakhiri dengan satu suntikan 75mg ape ntah kat tangan aku.adoi!!!!!!

nota jari:kat mana aku nak larii nie...

Monday, November 10, 2008

jiwa oh jiwa...

assalamualaikum wbt.....

rupanya sudah beberapa hari aku tidak menulis entri disini kan.tapi tak terasa apa plak.mungkin sbb dah agak lama aku tglkan dunia blog ni.kawan-kawan.jiwa aku sebenarnya sedang kacau..kepala hotak aku sgt serabut...aku sedang bertahan agar aku tidak jatuh lagi.aku tidak ingin jatuh lagi.sbbnya aku tahu begitu perit untuk bangun semula bila kita terjatuh.aku mohon dikuatkan iman,semangat dan hati aku ini.

owh ya..aku dah siapkan semua page custom album aku.so memandangkan mereka yang aku invite dalam blog ni,adalah org2 yg istimewa dalam hidup aku so aku nak publishkan lah kat sini.maybe ada komen yg leh aku betulkan sebelum aku hantar ke kedai *bajet habis kerana rawatan myheart*








haaaa.nilah sepuluh page yang aku berjaya siapkan.nampak memang sgt2 mudah tapi bukan senang sebenarnya nak bermain dengan jari jemari ni.yg first sekali ialah cover...then ada dua page lagi yang aku x publish kat sini *xleh la semua kan* kalau la menjadi bila siap print nanti.aku rasa ini adalah hadiah paling mahal yang pernah aku bagi orang.ini bukan bermaksud hanya dari segi wang ringgit..tapiiiiii ia melibatkan kesabaran,ketelitian,keMOODan and dah tentu kewangan dll.untungkan kawan baik aku nie,sape nak plak pasni???sila dapatkan nombor ada ye *smile*

nota jari:bila jiwa kacau..main dgn photo so die berehat jap la :)

Wednesday, November 5, 2008

projek custom album

assalamualaikum wbt.....



aku nak cuba buat custom album.so aku ambil kawan baik aku kat opis;jue sbg model untuk percubaan yang pertama ni.doakan ye kawan2.kalau menjadi.aku nak buat pre wedding then nak hadiahkan kat kawan baik aku yg sorang lagi.insyallah.untungnya kawan2 aku sbb ada kawan yang baik macam aku kan~ceh!!!aku mmg perasan :)


nota jari:jarijemariku sedang bermain....

Monday, November 3, 2008

kenangan indah bersama myheart

assalamualaikum wbt.....


myheart masih cedera.memandangkan aku terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi dapatkan rawatan myheart so aku terpaksa mengambil sedikit masa bagi nak survey tempat2 yang terbaik dan termurah untuk myheart.

ahad sebelum tragedi,myheart dah sampai ke ipoh.dengan perjalanan pergi balik sejauh 403.1km myheart sudah semakin jauh berjalan.sebelum ini alor setar destinasi paling jauh so insyallah pasni makin jauh kita akan pergi.aku ke simpang pulai sempena perkahwinan seorang blogger,gorothedon dgn kawan matrik kmpp aku,hasma.nasi minyak dorang memang sedap beb.tak rugi aku pi.

pas kenduri,aku bersiar2 dgn myheart mengimbau kenangan aku selama setahun di ipoh(2000-2001).even banyak tempat yang aku tak berapa nak ingat tapi kenangan stay ipoh memang aku takkan lupa sampai bila-bila sbb itu pertama kali aku jauh dari keluarga dan aku jumpa hantu!!.

owh ya,sengaja ambil photo myheart di sign-board TAMAN D.R.disitu cinta adik-adik aku (noushy-syah)berputik.i miss them damn. much!!!

nota jari:hari ni ke balai polis lagi.hantar dokumen2 yang diperlukan.hati masih sakit.tapi aku cuba untuk bersabar...

Sunday, November 2, 2008

terapi

assalamualaikum wbt.....





fotografi dan kanak-kanak adalah terapi terbaik bagi aku untuk hilangkan tekanan.menghabiskan hari ahad di taman belia dgn myheart yg masih cedera.Tuhan..berilah aku kekuatan menghadapi ujian demi ujian.

nota jari:sabar dan ikhlas,itu Islam

Saturday, November 1, 2008

tragedi myheart 3

assalamualaikum wbt.....

pakcik sial tu rupa-rupanya memang betul2 sial!!!!!hari ni die sekali lagi main-main dgn aku...dgn famili aku...main2kan mak bapak aku.

walaupun sakit hati,aku masih benarkan myheart aku dibawa pergi....adik bongsu aku dengan sepupu aku ikut pakcik sial ke bengkel lebih kurang pukul 10.30 pagi...so aku bagi arahan la dekat sepupu aku,pastikan myheart dicat dgn cat yg bagus...dan mcam2 lagi la...

then adik aku call,dalam kul 6 ptg dah boleh siap.eh2 heran gak aku.sbbnya masa aku g tanya bengkel lebih kurang 3 hari baru cat elok.pastu lebih kurang sejam pastu adik aku balik dengan myheart.

sepupu aku pun dah angin...bagitau pakcik sial takmau buat lagi.dia nak aku report dulu sebab nak claims insuran peribadi anak die lebih kurang 8-9k.sial...sial...and sial....sepupu aku bagitau pakcik sial siap bisik2 dengan cina bengkel.then sepupu aku pun dah hangin...

aku mula naik angin..marah2 adik bongsu aku sbb berkawan dgn anak lelaki pakcik tu.(aku tau aku tak ptt salahkan adik aku sbb berkawan dgn anak die tapi aku tgh marah)adik aku pon angin so kami dua bergaduh agak teruk.inilah yang dikatakan marahkan nyamuk...kelambu dibakar

dan dengan tidak semena-mena mak naik angin.mak yang selama nie penyabar mula bising2.dia call pakcik sial tu suruh datang rumah..tapi pakcik sial tu memang haram takkan datang....

akhirnya aku ke balai polis buat report.aku ceritakan segala-galanya.sarjan tu cakap kalau nak claims atas motosikal memang susah sket.aku cakap xpela.aku akan bayar sendiri.aku dah tak kisah keluar duit sendiri tapi aku takkan bagi myheart pada pakcik sial tue lagi.aku tak ingin makan duit haram pakcik sial tu.sbb aku dah tau die manusia jenis apa.tiap2 magrib lepak di kedai kopi so secara rambang kita dah tau siapa dia...itu urusan dia dgn ALLAH...

kalau ikutkan sakit hati..aku sangat2 sakit hati.banyak benda yang aku kena korbankan masa nak miliki myheart.aku bukan dari keluarga yang kaya.kalau ikutkan sedih,sudah puas aku menangis.bengkak di mata aku takkan sama dengan bengkak di hati aku,aku sangat terkilan sbb orang melayu beragama Islam yang aku ingin bertolak ansur cuba nak aniaya aku balik.ini memang satu pengajaran berharga bagi aku,jgn berlembut hati even dengan jiran sendiri bila dah jadi kes macam ni.manusia memang suka nak ambil kesempatan atas kelemahan manusia lain.hanya sbb bapak aku sorang nelayan yang tidak banyak cakap,pakcik sial itu cuba menggunakan kelemahan dan kelembutan bapak aku...

nota untuk pakcik sial yang pasti takkan tau apa itu blog!!!
wahai pakcik sial...even bapak aku sorang nelayan dia dah sekolahkan aku sampai masuk universiti...sedangkan anak hang dah membuntingkan anak orang.pun masih tak sedar diri...wahai pakcik sial,walau macam mana pun hang cakap pandai,ingatlah yang hang tidak akan mampu melawan kuasaNya.jika hari ini hang mampu dapat rm9k duit insurans anak hang,mana tahu esok 90k duit hang akan diambil orang...ingatlah wahai pakcik sial..doa orang-orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan Allah..amin...

nota jari: Allah sedang mengujimu...sabarlah...sabarlah...sabarlah....

tragedi myheart 2

assalamualaikum wbt.....

pagi nie aku masih geram sbb kes pakcik sial tue.anak dia patah tangan.padan muka.then die nak claims insurans atas anak dia.so die nak buat cerita yang anak die bawak moto pastu tergelincir jatuh.then terlanggar kereta yang tgh parking.sial betul!!!

bila aku sampai opis dan cerita bende ni.semua pun hangin.advice aku suruh p report.then aku try contact kawan2 polis aku.then still advice aku report je.even dah lebih dari 24 jam tapi sbb anak die yang langgar aku so takkan kena denda.bila aku call mak...."tak payah la..nnt panjang cerita.takpa kita bagi ja keta.tgk die buat macam mana...." lemah dgn pujukan mak..so aku pun terima la dgn hati yg luka.aku sangat2 sakit hati dgn kata2 pakcik sial tue.

mood aku nak kerja 2 hari nie pun sgt2 teruk.dahla banyak sgt keje2 kat opis.pastu frust pula dgn boss.owh ya!aku sudah punya boss baru.dah 2 kursus aku kene reject dgn alasan die sgt2 perlukan aku kat opis dan tak yakin dgn staf baru.kalau aku kat swasta dan boleh mintak gaji lebih nie....kalo tak i'm quit...

balik keje...aku g lepak2 kat taman belia mancari ketenangan.hampir 2 jam gak aku kat sana.layan budak2 main skateboard.....selepas magrib,aku solat sunat taubat,aku menangis semahu-mahunya.aku benar2 diuji kali ini.mungkin atas kelalaian aku sendiri...YA ALLAH..ampunkan dosa-dosaku.....

nota jari:aku benar2 diuji kali ni.....aku teringat bait2 dialog filem ayat-ayat cinta...Allah sedang mengujimu Fahri...Allah sedang berbicara dengan kamu....