Thursday, February 26, 2009

tiada lagi?

assalamualaikum wbt...

hari ni aku EL.bukan sbb sakit.tapi sebab malas.penyakit aku dah datang.habisla.walau cuba bertahan.akhirnya jatuh juga.so bila dah jatuh ni.aku hanya invite kak zila untuk masuk blog ni.sbb die sedang berusaha membantu aku.thanks akk.

Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu
nota kaki:mmmmm,xmakan pe2 dh 2hri.xde selera betul...

tiada lagi?

assalamualaikum wbt...
hari ni aku EL.bukan sbb sakit.tapi sebab malas.penyakit aku dah datang.habisla.walau cuba bertahan.akhirnya jatuh juga.
Sia sia saja
Kita jalin cinta Bila hati selalu berbeda Sampai kapan lagi Aku harus menahan Rasa kecewa di dalam dada Seandainya kita masih bersatu Tak mungkinkan menyatu Walau masih ada sisa cinta Biarkan saja berakhir sampai Di sini Tiada lagi yang ku harapkan Tiada lagi yang ku impikan Biar aku sendiri tanpa diri mu Tiada lagi kata cintamu Takkan lagi ku bersama mu Biar ku simpan semua Kenangan ku bersamamu
nota kaki:mmmmm,xmakan pe2 dh 2hri.xde selera betul...

Wednesday, February 25, 2009

tiba masanya...

assalamualaikum wbt...

kalau nak dikatakan dunia dan hidup ini tidak adil.aku layak dikatakan seorang penipu.hanya kerana aku sedih,aku tak boleh katakan ianya tidak adil.sebabnya.aku lebih beruntung dari mereka,mereka dan mereka yang lain.tapi kadangkala mulut jahat ini tetap nak kata tidak adil hanya kerana sakit ati atau frustated.

baru semalam aku seolah nak dapat semangat baru.nak perbaiki diri ini tetapi hari ni,surat transfer kawan baik aku dah sampai.dan perpindahan dia berkuatkuasa 2hb mac 2009.owh.terlalu cepat.dan tak sangka secepat ini dia akan meninggalkan aku.

sebagai kawan baik.bukan mudah aku nak terima hakikat.memang orang datang dan pergi.itu perkara biasa.tetapi masa yang nak diambil untuk melupakan yang telah pergi...bukan sesuatu yang mudah.maybe tidak pada dia.tapi aku.seseorang yang terlalu menghargai ikatan persahabatan.silalah tanya kepada sesiapa yang pernah menjadi sahabat aku,pasti hanya yang baik-baik saja akan dgr pasal aku *perasan giler*

hari ni,hubungan kami agak buruk.salah aku.sindir dia macam2.tapi sebagai kawan baik.dia sepatutnya kenal aku lebih dari orang lain.aku sindir sebab ingin mengawal kesedihan aku.so aku kena buat diri aku marah maka aku takkan menagis.tapi..boss jugak yang buat aku nangis.soalan boss:" you ok ke?kawan baik dah nak pergi.." aku tersenyum tawar dan keluar gak air mata aku ni.*sial betul*

nota kaki:pas breakfast,aku tak makan apa2 pun.hilang selera.tapi dia tak tau.dan kalau tau pun,dia tak akan pernah peduli...mungkin.

Tuesday, February 24, 2009

melawan kesepian

assalamualaikum wbt...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

lagu siti nie dah lama aku dgr kat hotfm.tapi xpernah aku nak menghayati pun lirik dia.ntah macam mana masa menonton spaQ.baru aku perasan yang ada sesuatu dalam lirik ni.*besh*

kalau kita tak mampu mengubah seseorang.ubahlah diri kita.dan apabila orang juga telah berubah maka kita juga kena ubah diri kita.macam berbelit je ayat aku ni kan.tapi inilah sebenarnya.

sebagai contoh; jika kita berniat nak mengubah seseorang maka kadang2 kita kena berubah ke arah itu.maka kita akan menjadi contoh yang terbaik untuk mereka ikuti,insyallah.tapi kadang kala sudah puas kita berusaha mengubah mereka tetapi hanya menyeksa jiwa dan batin kita.so eloklah kita pula yang berubah kembali menjadi jiwa kita.jika tidak kita yang akan terseksa.

aku rasa aku sudah puas mencuba.sudah puas berusaha.tapi nampaknya aku gagal.even kalau aku serah nyawa aku sendiri pun belum tentu aku akan berjaya.dan jika aku patut tau kemana jalan yang harus aku tuju bila aku pasti aku akan gagal di jalan itu.namun tak semudah itu untuk kembali kejalan itu.aku perlukan masa yang panjang.even aku keseorangan (eh aku berdua),aku perlu buktikan aku mampu.*sigh*

nota kaki:aku tak sehat.dah 2 hari aku selsema.sakit tekak.dan demam malam.tapi aku masih kuat untuk ke opis *chaiyok2*

Monday, February 23, 2009

Surat buat awak…(5)

assalamualaikum wbt...

Salam awak,
Saya menulis di hard copy kali ini (kertas ni la).kalau awak nak tau dah ada beberapa surat buat awak di blog saya.saya menulis tanpa awak membacanya.lagi pulak memang sy dah privatekan blog saya dari bacaan umum.satu hari nanti saya akan bagi awak baca..masa itu pasti tiba,maybe masa awak dah kembali ke negeri asal awak untuk tinggal berdekatan dengan bakal suami kan.itu alasan awak dalam borang transfer kan...(saya terpandang masa ada urusan rasmi dalam fail awak.)
Awak,
Kali ni saya bagi awak sticky album pulak.saya harap awak suka dengan hadiah saya ni.nak bagi hadiah tak perlu tunggu hari istimewa.itu cara saya.kalau saya rasa saya ingin menghargai seseorang dan saya punya kemampuan,sy akan bagi hadiah.itu istimewanya saya awak. Sebab tu lelaki2 yg pernah couple dgn saya sgt2 untung even saya bukanlah jenis pompuan yg cantik,melawa dan sbgnya.tetapi saya selalu yakin dengan kelebihan yang ada dalam diri saya.dan sy tak pernah rasa frust sy tak lawa,putih dan sebagainya sebab saya tau Allah itu adil…
Awak,
Dalam album ni,ada sejuta wajah awak.dan disetiap lokasi ada wajah awak dalam album ni itu maksudnya masa yang awak spend dengan saya.so hargailah dan kenangkanlah memori2 tu bila awak tgk balik photo2 ni kelak nanti.sejuta wajah awak dan penuh dengan pelbagai cerita.setiap kali saya tengok saya akan ingat.contohnya masa kat langkawi,konvo,beraya umah kawan2 dll.kenangan awak…kenangan terindah!!!
Awak,
Saya tak pernah mengharapkan apa2 balasan setiap kali saya bagi sesuatu.itu betul dari hati saya.ikhlas itu Allah yang tentukan dan bukannya saya.kalau awak Xray dan belah dada saya pun belum tentu akan dapat jawapan sama ada ikhlas atau tidak….tapi saya selalu suka kalau orang menghargai setiap apa yang saya lakukan kepada seseorang itu awak.penghargaan itu sesuatu yang subjektif dan terpulanglah bagaimana individu itu nak melakukannya.dan dalam konsep saya pula..menghargai ialah apabila kita tidak melukakan hati seseorang itu…
Awak,
Saya tau.awak dah mula boring berkawan dengan saya.kadang2 bila kita terlalu ambil berat,kita akan buat seseorang itu rimas dan mula berperilaku sampai boleh melukakan hati…even kita tak bermaksud macam tu kan. Sebab saya selalu merasa macam tu dan saya tak salahkan awak. Sebab saya yang buat diri saya macam ni.
Awak,
Saya tak pasti samada awak suka atau tak setiap kali saya mesej mengingatkan solat.mengaji dan sbgnya. Saya tau saya pun bukannya terlalu baik untuk mengingatkan awak,tetapi bila saya ingatkan awak secara tak langsung saya ingatkan diri saya jugak.alhamdulillah beberapa tahun kebelakangan ini saya sangat menjaga solat saya even masih terbabas lagi. Saya juga mesti rasa kosong dan tak lengkap kalau saya tak baca yassin pada malam jumaat. Cuma sekarang saya sudah jarang buat solat solat sunat. Walau kadang2 saya frust dgn awak tetapi hati saya masih kuat untuk berusaha bersama2 awak memperbaiki diri kita. Saya mohon dikuatkan iman saya.
Awak,
Saya selalu berdoa hubungan persahabatan baik kita akan kekal sampai bila2. Saya juga selalu berdoa untuk kebahagian awak walaupun di luarnya awak Nampak sy sgt2 marah bila awak nak transfer. Awak saya nak mintak mahap kalau sepanjang awak kenal rapat dengan saya, sy selalu buat awak rimas atau sakit ati.Insyallah sy akan cuba memperbaiki diri saya dari masa ke semasa.semoga awak berbahagia selalu dan diberkati Allah.Amin….
SAYA…
sahabat baik awak..
21022009 11.12PM

nota kaki:surat ini telah dicetak dan diserahkan kepada sahabat baik aku bersama-sama sebuah sticky album.

Wednesday, February 18, 2009

entri dipergunakan...

assalamualaikum wbt...

ingin menulis.tentang rasa hati.tapi perlukah aku menulis.dan untuk apa aku menulis.mungkinkah dgn menulis.rasa hati ini dapat diluahkan.atau masih ada yg tersimpan di hati.ya Tuhan.dugaan sungguh hidup aku sekarang ni.walau tak siapa nampak.aku yang perit menghadapinya.(lantas mengambil keputusan drastik tanpa dirancang ke sarawak bulan depan)
"dipergunakan".perkataan apa itu ye.dulu orang sll cakap.napa aku biarkan diri aku dipergunakan.owh.aku dipergunakan ke.bagi aku dulu.aku hanya membuat kebaikan.aku tak mengharapkan balasan apa2.aku sendiri yang ikhlas nak buat.bukan salah sesiapa.aku seronok bila tgk orang hepi.
tapi sekarang.fikiran aku telah matang.kenapa aku masih dipergunakan.ya.aku nak guna ayat itu.aku rasa aku dah serasi dgn word itu.memang itu realitinya.aku memang dipergunakan.dipergunakan kerana komitmen aku,kerana baik ati aku,kerana sikap ambil berat aku,kerana perihatin aku,kerana segala2nya...
ya.aku sedih.sedih bila segala yg positif dalam diri aku diambil kesempatan.dan aku membiarkan kesempatan berlaku di depan mata.aku sedar.tapi aku tak mampu menghalangnya.bilakah pengakhirannya???adakah setelah aku menutup mata buat selama2nya...itu kuasa Allah yg satu.hanya Dia yg tahu bila aku akan pergi....(entri ini agak sedih bagi aku kerana tatkala jari pantas menaip.air mata turun tak henti2)

nota kaki:aku sudah ambil borang transfer.sebagai simpanan dan persediaan.jika sesuatu berlaku.aku nekad.jgn dihalang pemergian aku kelak sbb aku tidak akan pernah ambil peduli lagi...

entri dipergunakan...

assalamualaikum wbt...
ingin menulis.tentang rasa hati.tapi perlukah aku menulis.dan untuk apa aku menulis.mungkinkah dgn menulis.rasa hati ini dapat diluahkan.atau masih ada yg tersimpan di hati.ya Tuhan.dugaan sungguh hidup aku sekarang ni.walau tak siapa nampak.aku yang perit menghadapinya.(lantas mengambil keputusan drastik tanpa dirancang ke sarawak bulan depan)
"dipergunakan".perkataan apa itu ye.dulu orang sll cakap.napa aku biarkan diri aku dipergunakan.owh.aku dipergunakan ke.bagi aku dulu.aku hanya membuat kebaikan.aku tak mengharapkan balasan apa2.aku sendiri yang ikhlas nak buat.bukan salah sesiapa.aku seronok bila tgk orang hepi.
tapi sekarang.fikiran aku telah matang.kenapa aku masih dipergunakan.ya.aku nak guna ayat itu.aku rasa aku dah serasi dgn word itu.memang itu realitinya.
aku memang dipergunakan.dipergunakan kerana komitmen aku,kerana baik ati aku,kerana sikap ambil berat aku,kerana perihatin aku,kerana segala2nya...
ya.aku sedih.sedih bila segala yg positif dalam diri aku diambil kesempatan.dan aku membiarkan kesempatan berlaku di depan mata.aku sedar.tapi aku tak mampu menghalangnya.bilakah pengakhirannya???adakah setelah aku menutup mata buat selama2nya...itu kuasa Allah yg satu.hanya Dia yg tahu bila aku akan pergi....(entri ini agak sedih bagi aku kerana tatkala jari pantas menaip.air mata turun tak henti2)
nota kaki:aku sudah ambil borang transfer.sebagai simpanan dan persediaan.jika sesuatu berlaku.aku nekad.jgn dihalang pemergian aku kelak sbb aku tidak akan pernah ambil peduli lagi...

Monday, February 16, 2009

merajuk:sayang atau mengada?

assalamualaikum wbt...

dah lama aku tak merajuk dgn boss.tapi aku merajuk bukannya aku tunjuk pun yg aku merajuk.tak kuasa aku nak tunjuk2.buang body language aku je *smile*.cara aku merajuk senang aje.aku akan amik cuti panjang biar die gelabah aku takde.ataupun aku tak buat keje2 kat opis.buang masa sambil2 main internet dan sembang2 dgn geng2 bilik sumber manusia.itulah aktiviti aku hari ni.tapi yg tak bestnye bila merajuk.keje aku tak jalan sehh.huhuhu.sebab apa aku merajuk??~malas nak bercerita la...buang masa je.

kenapa agaknya kita merajuk kan.adakah aku inginkan perhatian??adakah aku inginkan kasih sayang.adakah apa yang aku terima masih tak cukup??~memang pun.honestly aku ni mmg agak kuat merajuk orangnya.merajuk tak perlu pada semua orang.selalunya aku merajuk dgn orang2 yang aku sayang.bukankah dgn merajuk ni menunjukkan betapa kita perlukan kasih sayang dari orang-orang tertentu.sllnya aku merajuk dgn makbapak aku.dgn abang2 aku.dgn adik2 aku.dgn kawan2baik aku.dgn kakak2 maya aku.*dan dulu2 dgn bekas2 pakwe aku*aku merajuk sbb aku syg dgn orang2 ini dan aku ingin disayangi.

nota kaki:baru dua tiga hari sudah aku merajuk dgn adik bongsu aku.last2 bapak aku yg pujuk dgn beli ice cream cornetto.wah.aku mmg anak manja rupanya.*smile*

Sunday, February 15, 2009

ehemmmm

assalamualaikum wbt...

cuti minggu lepas dan minggu ni aku tak kemana-mana.myheart pun dah bergerak ke mana2.aku habiskan masa dalam bilik dan blog walking.wah inilah aku yg dulu.sudah lama aku tak begini.sejak aku sambung study balik.mmg boleh dikatakan seminggu 7 hari aku tak lekat kat umah.

aku terpikir nak aktif blogging balik.sbbnya dulu masa aku aktif,aku dapat semangat diri aku balik.ni bila semangat aku nak jatuh.macam aku nak aktif balik.tapi aku sekarang bukan macam aku yg dulu.aku tak punya banyak masa macam dulu2.dan aku macam masih belum bersedia untuk open balik blog ini kepada public.buat masa ni hanya acai,kak retna,kak sanchai,kak zila dan yonna yang dibenarkan masuk.

aku nak kembali jadi sishoney yg dulu.yang sgt2 nakal.semua orang tau kenakalan aku.mmg aku ramai visitors dan kawan2 bloggers.tapi yang buat aku nyampah sbb budak tue masih nak ikuti perkembangan aku.sial betul la.apsal la tak habis2 nak kacau aku.yg sudah tu sudah la.aku dah maafkan pun.cuma nak lupakan apa yang dia pernah buat bukan sesuatu yang mudah.

*adoi...pikiran buntu* so kena bercuti jauh2.mana ek nak pegi dan bila????

nota kaki:rindu la dengan kenangan2 lama sebagai bloggers.

Wednesday, February 11, 2009

surat buat awak...(4)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ini saya tak sihat.kalo ikut medical term panggil dismenoria.hehehe.dah pandai sikit2.tapi sy still bawak awak p celcom center.sian tgk muka 20sen awak sbb dah xleh call out.sy kan xpernah nak menghampakan awak.

awak,
balik saya p umah awak.ambil buah tangan dari terengganu.awak belikan kopok kering.kopok basah.asam dan kain ela kat sy.thanks awak.saya xpernah mengharapkan apa2 balasan dari awak atas semua benda yg sy bagi.(kecuali sy nak kad birthday tak dapat *sedih*)dan apa jua yg pernah awak bagi sy akan sy hargai sampai bila2.sy ni mmg istimewa awak.orang yg betul2 kenal sy akan cakap macam tu.tak pcaya tanya kak zila~hahahaha.

awak,
sy xsempat nak sembang panjang rini.sy betul2 sakit.kalo x mst sy dah stayback habiskan keja.tapi sy xmampu.sy drive pun dalam keadaan pening.bila balik pas muntah and mandi baru sy stabil sket.then sy sms awak...

awak,
sy tau.sy sgt2 marah bila awak dipaksa transfer.mula2 sy tgk awak sedih.muram dan macam riaksi.sy akui sy marah sgt2 kat pakwe awak.sbb memaksa awak.tapi kan awak.sy tgk awak dah banyak berubah sekarang nie.maybe awak dah dapat tonik terbaik dari pakwe awak.sbb die berjaya buat awak trnfer dan tentunya die sgt2 hepi dan orang yg hepi tentu akan membuatkan orang lain gembira.macam sy dulu2.sy hepi so sy buat kawan2 sy hepi.tapi sekarang.sy dah lain kan...tak mampu nak gembirakan org lain sbb kepala hotak sy pun serabut.

awak,
kadang kala sy rasa awak sengaja buat sy marah.buat macam2 kat sy.supaya nnt bila awak dah pindah sy takla terasa sangat kan...tapi bukan mudah sy nak tanggung semua nie.kesimpulannya jiwa saya kacau!!!!

bersambung...

Tuesday, February 10, 2009

surat buat awak...(3)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ni menulis lagi buat awak.menulis tentang hari ni.xde apa2 sebenarnya dan bukan ingin mengungkit.maybe bila terjadi sesuatu dan awak baca entri ni.tentu awak bangga jadi kawan saya kan.dan awak susah nak jumpa org macam sy laggi....

awak,
rini banyak sgt keja sy kat opis.dah la tu ada plak meeting.sib baik kejap aje.then saya start wat keje sampai lunch pun saya xmakan.malas nak stop sbb nanti liat plak.

awak,
saya balik lambat rini.saya nak habiskan gak key in benda tue.kalau leh saya nak student2 tue dapat biasiswa secepat mungkin.sy tak suka nak tangguh2 walaupun saya leh buat macam tue sbb itu bukan kerja saya.tapi awak kenal saya kan.tentu awak tau macam ne komited sy pada kerja kan...

awak,
pas keja saya call awak.sbb awak cakap nak bagi kopok lekor kat saya.nak sy g ambik kat umah awak.yela awak xbelikan utk org lain.so sy kena la g amik kat umah awak.call banyak kali xangkat.then saya nak umah awak.ketuk banyak kali pun xde jawapan.alahai tido sgt enak pikir sy.yelah awak penat.then sy yg sgt2 penat dah malas nak tunggu.so sy balik la.

awak,
sy xbalik umah terus sbb ada kawan sms ajak makan pasemboq/rojak kesukaan awak.so saya pun singgah la makan.then awak sms suruh sy call awak.bila dah call baru la tau yang awak rupanya tgh mandi.tak sedar sy datang umah awak.awak suruh sy patah balik p ambik tapi sy penat la awak..then awak cakap nak minta tolong sy bayarkan bil awak.sy kata ok.sbb ingatkan by mayban2u macam yg sy sll buat.

awak,
tapi awak macam nak cepat.awak cakap soh sy bayarkan kat celcom center.saya cakap penat.yelah nak jalan ke sana jauh gak tau even nampak dekat jer.awak cakap xpelah....tapi kan awak..pernah ke sy menghampakan awak???atau kawan2 yg lain.bak kata awak.kelemahan sy yang paling utama ialah baik hati dan ambil berat...

awak,
sy ajak kawan sy tue temankan sy p bayar bil awak.naik aje tgkt 4 xsilap.counter close...huhuhuhu.sian kan sy awak.penatnya sy...last2 xleh gak...so saya dah cuba nak bantu awak..tapi boleh la.sori ek....

bersambung....
nota kaki:bila aku mampu nak baiki kelemahan aku tu ye??

Monday, February 9, 2009

surat buat aku...(1)

assalamualaikum wbt...

aku,
hari ini aku ingin menulis untuk aku.selalu hantar surat untuk awak.tetapi bukannya awak akan baca sbbnya blog ini adalah private.maybe satu hari awak akan baca.bila...itu sesuatu yang aku sendiri tak pasti...

aku,
sebelum delete blog ini.aku telah berjanji yang aku akan berubah.aku ingin sekali nak baca balik entri itu.malangnya.blog telah delete dan semua soft copy nya hilang akibat masalah virus yg menghuni laptop aku.aku ingin baca kembali perubahan apa yg aku ingin buat..

aku,
aku akui yang aku banyak sangat2 berubah sejak aku delete blog lama.aku berjanji yang aku ingin berubah ke arah yang lebih positif tetapi malangnya..aku rasa tidak.maybe ada yang bagus spt kurangya panas baran aku.namun yg negatuf aku rasa lebih banyak...

aku,
3 hari ni aku betul2 spend time dekat rumah.dengan mak.dengan bapak.dengan famili.aku ngadap skrin laptop hampir 24 jam.ptg2 aku g lepak kat umah tok.aku mengemas bilik.aku bermain dgn fotografo hampir setiap masa.itulah aku dulu.sebelum aku delete blog dan sebelum aku jumpa awak.

aku,
aku tak akan pernah salahkan sesiapa.akulah yang bersalah jika sesuatu berlaku pada aku.org lain mungkin sekadar pelengkap bagi setiap babak yang aku lakonkan atas arahan dan skrip aku sendiri.so aku yang sepatutnya mengolah kembali skrip aku dan memberi arahan semula atas drama yang aku lakonkan sebelum ni.tetapi menulis memang mudah..namun penghasilan bukanlah semudah jemari aku menaip di key board ini....

bersambung...

nota kaki:kosong..

Saturday, February 7, 2009

nasihat

assalamualaikum wbt...

hari ni dapat tonik dari seseorang.
mampukah aku bertahan.?????

nota kaki:semuanya bergantung pada diri aku

Friday, February 6, 2009

surat buat awak...(2)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ini saya menulis lagi.bukan kerana apa2 tetapi permintaan hati ini.saya sangat2 sedey hari ini awak.tapi alhadulillah tak siapa tahu kesedihan saya walaupun awak.saya xmampu nak lindung kemarahan saya tetapi saya mampu lindung kesedihan saya.
awak,
semakin hari kita semakin jauh sebenarnya.walaupun luaran nampak kita dekat kan.mungkin itu terbaik untuk kita.bagi awak tentu tak kisah apa2 kan.tapi bagi saya,bukan mudah tetapi saya kena hadapinya..itu realiti yang saya kena tanggung sendiri.ya Tuhan seksanya saya...kenapalah saya diuji...owh ya Tuhan sayangkan saya...
(saya ingin solat dan baca Yassin sebentar....)
awak,
masih ingat lagi tak..bila awak bagitau saya awak tak boleh ngaji.waktu tue saya tanya awak nama arwah tok awak.saya nak sedekahkan Yassin pada dia.awak sedih waktu tu sbb dah tak pandai ngaji.saya tak pernah perkecilkan awak kan.saya suruh awak belajar kembali perlahan2.benda kalau dah lama kita tinggalkan macam tu la.setiap malam jumaat bila saya baca yassin saya selalu ajak awak sama2 baca Yassin dengan saya walaupun dua tempat yang berbeza..ntahla awak..saya tgk banyak sgt alasan awak.tapi saya tak sesekali akan marah awak.
awak,
bila awak cakap nak stat ngaji balik.saya belikan awak Iqra.alhamdulillah awak dengan gembiranya bagitau saya awak dah mula mengaji.tentu saya tersenyum.tapi kan awak.dah lama saya tak tanya awak,tak tahu pula awak masih ngaji atau tak.saya pun bukannya baik sangat untuk selalu bertanya pada awak tetapi itu tandanya saya sangat2 ambil berat pada awak...
awak,
seingat saya..saya tak pernah sekali menghampakan awak.apa saja permintaan awak mesti saya akan tunaikan.bahkan saya sanggup mengabaikan kepentingan saya,famili saya,rasa penat saya,pelajaran saya dll hanya untuk awak.jika saya tak tunaikan saya tak senang.even awak tak memaksa saya tetapi bila awak mengharapkan insyallah memang saya tunaikan.
awak,
masih ingat lagi.awak teringin nak makan rojak.saya penat sebenarnya tetapi saya tunaikan juga.saya tak pernah menyesal buat semua itu pada awak tetapi kadang2 saya terasa hati bila saya minta awak temankan saya awak ada saja alasan.pening la.penat la.banyak kali awak buat macam tue.saya pujuk hati saya sendiri awak*sedih*

bersambung...

nota kaki:awak balik kampung hari ni.sepatah pun awak tak cakap kat saya.tetapi saya masih ingatkan awak agar jaga diri,jaga peribadi dan jaga iman.jgn lupa bagitau saya bila awak dah sampai.jawapan awak:yelah awak..sy dah otw...

Thursday, February 5, 2009

hari ini...

assalamualaikum wbt...

-meeting dari pukul 8.30am - 5.10pm
-balik umah makan nasi.
-tiba-tiba rasa pening kepala
-mandi terus muntah.
-masa solat maghrib macam nak pitam.
-tak baca Yassin malam ni :(
-telan panadol.
-tgh tunggu Isyak.
-aku kena tidur awal malam ni

nota kaki:hope aku dapat mencegah sebelum sakit.skang ni aku sorang kene cover opis.partner aku terpaksa EL

Wednesday, February 4, 2009

busy oh busy!!!

assalamualaikum wbt...

aku kembali busy dengan keje-keje opis memandangkan partner keje aku eksiden.so terlalu banyak keje die yang aku kene cover.memandangkan sorang lagi partner aku masih baru so aku la sekali lagi mesti memikul tangjawab ni.sib baik budak baru nie fast learner.kepala aku pun sentiasa berdenyut2 tapi tak perlulah aku bagitau seantero dunia.cukuplah orang bercakap sana sini tentang kegarangan aku,keseriusan aku tentang kerja.aku apa peduli.cakap la sebab bukan kamu yang berada kat tempat aku.

nota kaki:even kepala hotak tak berapa betul tapi aku sangat komited dengan keje la....

Tuesday, February 3, 2009

surat buat awak ...(1)

assalamualaikum wbt...

salam awak....
ntah kenapa hari ini rasa nak menulis buat awak.walaupun takdak masalah antara kita.walaupun nampak saya stabil dan hepi.walaupun saya nampak sgt2 sibuk dengan keje-keje opis saya.tetapi awak,macam lirik lagu kumpulan dewa:di dalam keramaian aku masih terasa sunyi,sendiri memikirkan kamu...
awak,
saya ingin berubah.saya pernah sekali jatuh dulu.peritnya hanya saya dan tuhan yang tahu.bagaimana payahnya saya nak cari diri saya semula.payahnya saya nak kumpul kekuatan yang ada untuk bangun akibat tersungkur.saat2 itu masih saya ingat.sbb itu walaupun saya sudah memaafkan tetapi saya tidak dapat melupakan.saya seolah2 hilang arah dan pedoman.saya sgt terhegeh-hegeh masa tu.
awak,
sekarang saya berada di tengah2 sebuah titi yang reput.saya dah nampak andai saya teruskan perjalanan saya maka saya akan jatuh.tetapi agak sukar juga untuk saya berpatah balik kerana kemungkinan juga saya akan jatuh.so apa saya harus buat???
awak,
bagus juga tindakan awak kat saya kebelakangan ini.nampak sangat saya seperti terhegeh2.saya sebenarnya sedih dengan beberapa tindakan awak.tapi hati saya sentiasa memaafkan awak.ntahlah kenapa.mungkin sebab itu buat awak melampau pada saya kan..
awak,
masa birthday saya hari tu..saya tak pernah tunggu apa2 hadiah dari awak.awak ada tanya saya.mesti saya tunggu hadiah dari awak.saya cakap tak dan sememangnya saya ikhlas tentang itu.tetapi saya tunggu sekeping kad dari awak.sampailah saya dengan tak malunya bertanyakan awak...awak cakap nntla..sekarang dah masuk februari so saya sudah tidak mengharap lagi...

bersambung...

nota kaki:bantu aku untuk kembali seperti dulu.tapi hanya aku yang mampu membantu aku...

Monday, February 2, 2009

kembali bertugas...

assalamualaikum wbt...

hari ni aku masuk semula opis selepas cuti2 malaysia.alhamdulillah kali ni bercuti kepala hotak aku dah tak ingat langsung pasal keje.cuti adalah cuti.tahniah untuk aku.sbb jarang aku macam nie*ekekkeke*.skang gak aku sgt2 busy dgn keje2 fotografi aku.baru aku ada masa nak siapkan photo2 kawan2 aku.bayangkan kalo punya la lama.dah leh pregnant photo tak siap2.sib baik sume adalah kawan2 yg memahami kesibukkan aku *eh yeke!*

sebab kepala hotak aku sgt2 serabut sebulan dua lepas.uban-uban di rambut aku tumbuh dgn banyaknya.memandangkan aku gak xdak masa nak belek diri aku so dah makin panjang.nnt la aku soh anak2 buah aku.sure dorang nak kalau aku upah bawak p mandi taman belia !kecik2 dah pandai rasuah budak2 ni.

nota kaki:sengaja ignore perasan sendiri.harap fotografi dapat menjadi terapi berkesan untuk aku dalam usaha mengawal diri...

Sunday, February 1, 2009

akhir rasa ini...

assalamualaikum wbt...
aku kembali aktif blogging.tapi hanya mengenai photo2 yang aku tembak.aku aktif di photoblog aku---->sini.entahlah sampai bila nak bertahan.semuanya bergantung pada mood aku.aku masih akan tetap membebel disini.disini aku berkongsi semuanya.sebab itu blog ini sangat privasi bagi aku.hanya beberapa org saje yg leh masuk *smile*

smlm aku ada perselisihan faham sket dgn seorang teman.sesuatu yang tidak disengajakan.langsung tak terniat aku nak marah,kasar atau tengking.tetapi sbg manusia biasa yang punya sifat panas baran,itulah aku.aku marah sbb lama menunggu.kemudian bila sms xreply.so aku terkasar.bila die explain aku takleh terima sbbnya on that time aku lihat sms bertalu2 masuk dalam hp dia.so aku kasar dgn die.sudahnya die marah dan merajuk.bulk!takkan la die masih tak kenal dgn aku nie....

then after a few minutes,i realized that i should not do that.it was my fault.nilah payahnya aku yg punya sifat cepat sgt panas.then bila aku mintak maaf.kawan aku dah marah..dah malas nak terima maaf aku.maybe die terasa sgt2.aku akui aku ni mmg agak menggerunkan bila marah.dan sampai lah satu tahap die plak terkasar dgn aku.gedebuk!!!terasa something dalam hati aku.ntahlah sukar aku nak describe kat sini.tapi mmg aku terasa sgt2.macam nak nangis.tapi still bertahan....

hari ini aku ambil masa mengolah kembali apa yg terjadi.so aku dapt simpulkan itulah yg org lain rasa bila aku marahkan mereka.terutama org2 yg rapat dan sayang dgn aku.kawan2 rapat aku sll cakap,kalau org lain marah tak kisah sangat,tapi kalau aku yg marah mereka akan rasa lain.maybe sbb aku seorang yg ambil berat pada mereka.so bila aku marah,mereka ingat aku dah tak sayangkan mereka..owh tidak...tolonglah alert..aku ni cepat panas.tapi aku juga cepat sejuk.even kadang2 aku mmg tak bersalah,aku masih akan minta maaf pada seseorang itu.sbbnya aku tak akan pernah rugi apa2 dengan meminta maaf.


nota kaki:awak...saya minta maaf sangat2 sbb marahkan awak.saya jarang marahkan awak so maybe sbb tu awak terasa bila saya marahkan awak.saya tau perasaan bila orang yg kita sayang marahkan kita.sbb saya pun dah rasa.saya selalu berusaha nak hilangkan sifat panas saya ni,tetapi masih belum berjaya lagi.tapi saya tau awak mesti dah paham sangat dengan saya ni kan.even saya panas macam mana sekalipun,saya tidak akan pernah mengecewakan sesiapa.saya masih tetap akan mengambil berat pada sesiapa saja sampaikan awak kata kelemahan saya adalah sikap take care saya pada orang lalu orang akan mengambil kesempatan pada saya.harap2 awak tak buat begitu pada saya..(ngada2 tulis sbb dia bukannya baca blog aku pun)