Thursday, April 22, 2010

4 tahun sudah :-)

assalamualaikum wbt...

pejam celik.pejam celik.pejam celik.pejam tak celik-celik hahahaha,sudah empat tahun aku dalam dunia blogging ni.cepat sungguh masa berlalu.macam tak percaya dah empat tahun.tapi kalau dihitung dalam erti kata 24 jam sehari.sebenarnya bukanlah genap empat tahun aku blogging.sebabnya.aku juga pernah 'bercuti' dari dunia ni.namun kecintaan terhadap dunia blogging semestinya tak akan pernah padam buat mereka yang pernah bergelar blogger.

mula-mula aku blogging,kerana masa tu aku demotivated.so medan ni aku gunakan untuk meluahkan segala-galanya.masa tu tak ada yang kenal siapa itu SisHoney.yang kenal mungkin hanya kawan-kawan masa uitm tu yang panggil aku sis.dari mula menulis sekadar luahan isi hati aku,kemudian mengembangkan dengan menulis beberapa isu.dan kematangan dalam penulisan mula nampak.masa dulu,menulis bukan untuk buat duit.dan sememangnya aku tak pernah bercadang menjadikan dunia blogging sebagai sumber pendapatan.

dalam dunia blogging,aku mula membina persahabatan maya,membina kawan-kawan melalui komuniti msjbox.dan dari kawan-kawan kami mula menjadi sahabat dan dari sini aku punya sahabat,kakak,abang,adik dan juga mungkin seseorang yang pernah bertakhta di hati (aku tipu jer.tak pernah jatuh chenta pun dgn kawan2 blogger).alhamdulillah.semua mereka yang aku kenal dalam dunia blogging ni antara yang terbaik berlaku dalam hidup aku.kami yang mula hanya kenal melalui skrin-skrin laptop dan desktop.dan finally kami semua bersua muka dan menjadi sahabat hingga ke hari ni.aku mengaku sesungguhnya aku sayang kawan-kawan terapat aku dalam dunia blogging.mereka membantu aku dari segala segi.dan hanya Allah sahaja yang mampu balas diatas segala doa-doa dan kebaikan yang mereka dan buat kepada aku.terima kasih kawan-kawan (anda tahu siapa anda)

jarang aku menulis panjang di blog ini,tapi hari ni izinkan aku menulis panjang-panjang sebab aku bukannya rajin untuk menulis sekarang ni.aku mula dari http://sishoney.blogspot.com/ kemudia beralih ke http://www.sishoney.com/ dan seterusnya ke http://www.sishoney.net/. dari menggunakan domain dan hosting free,aku menggunakan domain berbayar dan seterusnya menggunakan domain dan hosting sendiri.aku kembali dengan link terdahulu sebab disini aku bermula.dan kalau boleh final entri aku pun di blog ini.selain itu aku ingin asingkan aktiviti fotografi aku dan juga cerita ceriti peribadi aku.aku mengaku aku punya blog private yang hanya beberapa rakan yang terlalu rapat saja diizinkan untuk menjejakinya.masing-masing ada hak masing-masing untuk menjadikan dunia ini sebagai privasi.tiada siapa ada hak untuk mempersoalkannnya.

dari dunia blogging juga,aku beralih minat ke dunia fotografi.dan alhamdulillah semakin hari semakin bersinar dunia fotografi.terima kasih tak terhingga buat sahabat aku ChotTouch yang membina minat itu dalam diri aku.buat AcaiiJawe yang tak jemu-jemu menjawab soalan aku juga tak terbalas budi aku.buat kakak-kakak yang aku sayang, KakRetna, KakShida, KakSanchai.terima kasih kerana selalu memberi komen dan semangat bila saja sis memerlukan.buat adik comel Yonna.terima kasih sebab pernah menjadi pengikut setia blog sis dulu :).buat Bro Kasawari selamanya manutd akan di hati kita.buat kawan-kawan lain seperti Neeziee,Jun,Carneyz,Shai,5sal,Aida,Kak Kasih,Anga,Dr.Sarah.Amy dan lain-lain.korang semua mewarnai dunia blogging sis.semestinya orang yang tak akan pernah dilupa setiap tahun pastinya Honey yang mengajar sis dunia blogging :).thanks a lot my dear.kalau ada yang aku tertinggal nama-nama disini maafkan aku.dan setiap tahun juga aku pasti akan terus merindui Noushy Syah yang selalu menemani aku bercerita setiap malam.

notakaki:selamat hari lahir elina elias.i care about you as much as you care about me.be mature because you will be a wife soon :)

Sunday, April 18, 2010

ajal,google dan youtube

assalamualaikum wbt...


sudah menjadi adat kita semua,kita selalu menghargai atau mengambil peduli tentang sesuatu apabila kita kehilangan.walaupun bukan semua tapi mungkin lapan puluh peratus dari kita begitu.sebelum ini aku tak pernah ambil peduli tentang din beramboi.tapi bila kita beliau meninggal.baru aku google sedikit sebanyak dan layan beberapa video di youtube tentang aktiviti seni beliau.dan semalam bila achik spin meninggal.baru aku google dan menonton video nyanyian arwah di youtube.mungkin mereka artis.dan aku kurang cenderung ke arah itu menyebabkan ianya jadi macam ni.tapi kadang-kadang dalam aktiviti seharian kita juga memang kita akan begini.kita hanya akan mula sedar bila kita sudah kehilangan.sebab biasanya laman google dan youtube ratingnya akan lebih tinggi bila seseorang itu telah tiada.Al-Fatihah untuk mereka.

nota kaki:achik spin sebaya dengan aku bila meninggal,ajalnya telah sampai.ajal aku pula tiada siapa tahu melainkanNya.mungkin lepas ni orang lain pula yang akan google tentang aku.eh,aku bukan artis.

Sunday, April 11, 2010

fool/food

assalamualaikum wbt...


hari ni...
10 hari selepas April Fool
tapi tak fool pun
asyik teringat food je :)

nota kaki: food is better than fool :-)

Saturday, April 3, 2010

merah vs biru

assalamualaikum wbt...

pen merah pen biru
u marah i luv u
pen merah pen biru
man.u kalah i tak keliru.

......selamanya merah di hati~lalalalala

nota kaki: buat fans lain.saja nak bagi anda bergembira sikit.dah lama sangat dok bengang ManU asyik menang je :)

Friday, April 2, 2010

jahatkah aku???

assalamualaikum wbt

jahat sangat kah aku.terukkah aku sampai macam-macam hal yang berlaku tahun ni kat aku.sampaikan aku rasa takdak daya nak melawan semua dugaan lagi.satu ke satu masalah yg muncul.kekadang aku rasa,kenapa sampai macam ni sedangkan aku dah berbuat baik dan berlaku sama adil dengan semua orang.hanya mungkin sebab aku terlalu berterus terang maka orang mengambil kesempatan ke atas aku.sudah beberapa kali orang ambil kesempatan ke atas aku.tapi aku masih mampu tersenyum kepada mereka.

tapi mungkin jua ini balasan dosa-dosa yang aku buat tanpa sedar.bahkan aku rasa semakin lama aku semakin teruk.ustazah aku selalu berpesan dulu,jaga pemakanan kamu sebab ianya akan mempengaruhi kamu nak belajar dab begitu jua dgn hal-hal lain.aku lalaikah dalam semua itu hanya kerana hobi aku yang suka makan dan travel.halal bukan hanya dengan logo yang terpapar tapi juga dari segi cara memasak,pembersihan,sembelihan dan lain-lain.

kala ini aku sangat memerlukan motivasi,tapi aku seperti sudah tak termotivasi :(

nota kaki:bila ada masalah baru nak masuk blog ini~huhuhu