Tuesday, May 26, 2009

maaf dan terima kasih boss!!!

assalamualaikum wbt...

aku malu hari ini.malu yg amat sgt.malu kerana kelemahan diri sendiri.sudah tahu aku punya kelemahan.tapi masih tak dapat perbaiki.syaitan sentiasa menguasai diri aku.ya Tuhan...aku sll berusaha sebenarnya.tapi bila sampai situasi itu,aku jadi lemah dan lupa.lalu kelemahan aku itu keluar.dan buatkan imej aku terjejas.

rentetan luahan rasa di atas:

pagi ni aku kurang ajar dgn boss.biarlah aku takrifkan dgn perkataan itu.mmg itu yg sesuai dan sepatutnya.sebenarnya dgn ramai org dah aku kurang ajar(masih guna perkataan yg sama).pada yg kenal aku sememangnya mereka tau aku ni panas baran.suka naik angin.cepat melenting dan sewaktu dgnnya.cukuplah aku cerita ttg semua perkara buruk yg aku ada.aku tdk ingin memuji diri aku langsung hari ni.sbbnya aku tidak layak dipuji!

selalu benar aku kurang ajar2 dgn org2 gara2 sifat panas baran aku ini.lantas bila aku dah sejuk aku akan sedar dan sedikit menyesal.namun aku tidak pernah meminta maaf pada mereka.aku anggap itu situasi tidak sengaja.bahkan aku tidak pernah berdendam dgn mana2 pihak yg pernah menyemakkan kepala hotak aku.aku sll anggap,apa yg lepas adalah lepas.itu bagi aku.tapi aku yg kurang ajar ini sll terlupa perasaan org yg aku dah kurang ajar itu.ya Tuhan.maafkanlah aku.

sebenarnya boss even terlalu merosotkan kepala hotak aku.selalu buat situasi di luar jangkaan.tetapi dia sll meluahkan apa2 saja pada aku.tapi mengira status aku.bahkan dia sll memuji komitmen aku dalam kerja.memberi motivasi pada aku secara tidak sengaja.memberi inspirasi agar aku lebih berusaha.berkongsi ttg rasa kecewa.dan paling utama dia sgt percayakan aku.aku tidak mahu berbicara ttg kelemahan dia hari ni.

tadi pagi aku berkasar dgn boss.rasanya ini kali kedua aku berkasar dgn dia.aku sedar ttg itu.tapi ms itu hati aku tgh panas.mmg aku pantang mood pagi aku diganggu oleh sesiapa.aku mengaku aku pernah menengking beberapa orang yg mengganggu aku.aku sebenarnya seorang yg tidak mampu mengawal situasi stress,aku tidak pandai menanganinya dgn baik.aku teruk.sgt2 teruk.

aku mengadap boss dari pukul 2.30pm sampailah pukul 6pm.lama kan.sgt2 lama.sbb sgt2 banyak benda yg perlu dipikul oleh aku buat masa ni.bila dah habis semua urusan rasmi.boss cakap dgn aku,

boss:" i nak cakap sikit dgn u.agak2 u tau x kenapa.?"
aku :
"sy tau.mst kes pg tadi.sy kasar dgn boss"
boss:"wah.u sedar yer."
aku:"sy sedar,sy mintak mahap"
boss:"it's ok.bagusla u sedar.cuma i nak nasihat.itu x elok.tambah2 i pegawai atasan u"

mata aku mula bergenang.bukan kerana ditegur.tapi kerana malu pada diri sendiri...

aku:"sy sedar kelemahan sy puan.sy cepat angin.sy cepat panas.sy betul2 tak sengaja"
boss:"bagusla.u sedar sebelum org lain bagitau.i nak u tau.i kagum dgn u.cara u buat kerja.komitmen u.susah i nak jumpa org mcm u.u dah mcm perfect.tapi u dah show kelemahan u kat i.ini dah melemahkan u.bla...bla...bla...bla...i harap u kawal la.i slow talk ni sbb i nak u jadi perfect.u jgn aggap i tak suka dekat u.dgn org lain i tak mcm ni...."
aku:"maafkan sy puan.sy betul2 mintak maaf.i'll try my best nx time to handle it"
boss:" i nasihat ni.sbb i dah nampak potential u untuk jd pegawai atasan satu hari nanti.jgn kerna sikap u ni akan buat org tak hormat pada u.persepsi org pada u"

aku tak menagis depan dia.bukan sebab aku ego.mmg mata aku dah bergenang.cumanya aku sudah pandai mengawal situasi.aku malu.bukan dgn boss tapi dgn diri sendiri.aku mengaku aku dah semakin ok tapi bilamana aku kurang ajar dgn boss.maka aku merendahkan imej aku didepan boss.

aku balik malam hari ni.sbbnya mmg aku banyak sgt kerja kat opis.bila balik umah.hati aku masih xpuas.ntahlah.aku belum puas lagi.aku sms boss.mintak maaf sekali lagi atas kekurangan ajar aku.aku malu.malu bila memikirkan yg kelak orang akan salahkan ibubapa aku atas kurang ajar aku.padahal mereka tak pernah mengajar aku bersikap demikian.cuma aku sendiri yg tidak bijak megawal emosi.tidak bijak handle diri sendiri...aku mmg teruk!

nota kaki:bila balik rumah.air mata yg kutahan keluar jua...

Friday, May 22, 2009

kisah chenta 1 (pt.2)




assalamualaikum wbt...

ok.hari ni aku nak sambung balik.kesah chenta 1 aku.jap nak igt.aku stop kat mana ek :p.ok.aku stop dekat aku putuskan hubungan.aku igt dgn putuskan hubungan.aku akan ok.maksud aku.takla igtkan die.sbbnya aku yg amik keputusan ini tanpa dipengaruhi oleh benda2 dilarang.hahahaha.nyata sekali salah.
aku pulak la yg angau pastu.sbbnya ramai plak yg nak tackle die pas kami putus.adoila.kekadang mcm gila talak la pulak *wakakaka*bayangkan.masa tu kami form 5 dah.dah la nak exam.mmg pas putus kami agak kaku didalam kelas.yela.mesti rasa lain kan.kan.kan.tapi dapat gak aku duduk exam even bukan top student.
pas spm.aku dpt sambung matrik kat ipoh dan dia plak matrik kat penang.adalah gak berhubung melalui sms dan phone.bila dah terpisah dgn dia.aku dah mula lupakan die.maksud aku.xdelah angau.hehehehe.
then masa matriks ni bermula hati aku pd org lain (itu nnt aku cerita kat kesah chenta 2).

tapi aku ni kan budak lembab sket.aku fail.then aku sambung balik matriks kat koleh matriks penang (huhuhu).aku jumpa dia balik.adoi.bila jumpa tu kan.hati ni mula la.membuak.buak.tapi time tu.dia dah kaple dekat2 nak kaple dgn awek kat atas tue.

sampailah.satu hari aku dgr dorang dah caple.maybe dia amik keputusan cepat2 nak kaple bila aku dtg kot.takut2 aku takle dia balik (hahahaha).so bila dia dah kaple.aku ok.serius aku sedih.ntah mcm xde rasa nak sedih pon.serius.cuma hati aku masih ada kat dia.bahkan aku baik aje dgn awek die.tapi awek dia xpernah tau yg pakwe dia tu bekas bf aku~hahahahaha

dlm baik2 aku.ada gak nakal aku tau.bila birthday mamat ni.aku selalu call dia dulu.biar aku org first yg wish.hahahaha.aku akan call setengah jam awal.so bila kul12 aku terus wish.*jahat..jahat* tapi aku pernah bawak awek dia balik umah aku wei.kawan2 matriks aku mmg sgt suka lepak umah aku.yela.aku budak kampung yg ada lautttt.then dorang suka makan udang,ketam,sotong yg fresh2 bapak aku bawak balik.

so pas matrik.kami bawak haluan masing2.ex bf aku sambung degree usm.awek die kat uum dan aku.huwaaaaaa.aku gagal.so aku keje sementara jadi cikgu.pastu apply balik masuk uitm buat diploma. ms uitm.aku kekadang saje gak.kaco2 ex aku tu.bukan tujuan ape.saje la.sbg kawan.percayalah.aku takkan pernah rampas hak org.tapi sampailah satu hari.ex aku marah aku.die xsuka aku sms die.wei...aku xpernah nangis ms kami clash.aku x menangis bila dia dgn awek dia,tapi aku menangis dgn teruknya sbb dia sindir aku.seolah2 aku terhegeh2 kan dia.
sejak tu.aku langsung delete number dia.aku dah tak hubungi dia langsung.aku delete number awek die.

sampailah.tahun 2007 aku dapat sms dr awek dia.jemputan perkahwinan mereka.korang agak..aku pegi x????yea.aku kan baik.sgt2 baik.aku dgn penuh ikhlas hati.aku tetap pergi sbb kerana perempuan tu.dia tak bersalah apa2.dia baik.dia sll lembut dgn aku.bila sampai sana.geng2 sekolah aku ada la (yg lelaki aje)apa lagi.aku diusik la.chenta lama dah kawen.xpe..aku tak kesah.bahkan cikgu yg syg aku sgt2 (mak sedara ex aku actually) hepi sgt bila nampak aku.
so berikut statistik kisah chenta 1 aku :
kalau takde jodoh mmg takkan kawen
kalau aku tak mintak putus.maybe aku kawen dgn dia.
aku tak pernah nyesal skang aku putus dgn dia
tapi dia adalah cinta yg betul2 ada dlm hati aku.
aku kaple dgn dia beberapa bulan.tapi aku amik masa bertahun2 nak buang dia dari hati aku.

nota kaki:next entri..kesah chenta 2

Wednesday, May 20, 2009

kisah chenta 1 (pt.1)

ex-bf aku dgn gf dia ms matrik (skang dah jadi isteri)

ntah kenapa.hari ini aku ingin bercerita ttg kisah chenta dulu2.sebenarnya hati sedikit terluka.so sesaje nak mengimbas kenangan silam dulu.aku tak pernah cerita kepada sesape pun.maksud aku blogger la.kengkawan rapat aku aje tau.
kalau ikutkan.aku pernah suka dgn ramai lelaki.sejak dari darjah 6 pon dah pandai admire tau.hahahaha.mst la masa tu.minat budak yg paling hensem (pd pandangan budak darjah 6) dan paling pandai.dari dulu lagi aku suka lelaki bijak (dr segi pemahaman otak aku)
oklah..mari aku bercerita.mula2 aku couple ms aku form 4.nama dia mohd fairus b. ismail.atau kami panggil usi.(mcm gusi je).die dah sekelas dgn aku dr stat form 3.masa tu aku tak suka gila kat dia.mmg aku leh panggil benci la.meluat semua ada.kami sll gaduh.sampai ms debat dlm kelas bm pon gadoh depan cikgu.
bila masuk form 4.kami sekelas lagi.maybe masing2 minat akaun kot.masa form 4 tu kami dah mula rapat.bahkan aku leh kategori dia sbg teman baik aku.sungguh!ms tu aku tak ada apa2 feeling lagi kat dia.tapi....ntah bagaimana aku terperasan yg aku dah jatuh tangga kat dia.*wakakaka*ntahla.ntahla.ntahla.aku tak sedar la bila perasaaan tu dtg.tp mmg aku betul2 gilakan dia.
aku berani.mmg berani.kalau aku suka.aku mmg bagitau.ehem.ekceli.kawan baik aku yg bagitau.then petang tu dia call umah aku.sembang dgn aku.sampai la last.
dia : "shikin bagitau..nak kawan dgn aku"
aku: "haaa.betula la.hang mcm mana.ok?" (wah.berani kan aku)
dia : okla...
so bermula detik tu kami kaple la.date malas dah nak igt.so.mcm biasa la.zaman dulu2 kaple.die akan call aku.sembang2.sadis dulu xde hp lagi.kalau x mst lagi best.pastu time ada peluang free time kelas.maka berdeting la.hahaha.kenangan.kenangan.
die mmg baik.aku akui.bahkan dia dermakan tulang sum-sum dia pada adik bongsu dia.bagus kan dia.tapi kadang2 sbb terlalu baik dan naif buat kita boring.dan aku memutuskan baik kami putus.salah aku?jgn salahkan aku.kalau sape kat tempat aku pun.akan amik keputusan yg sama.
sbb-sbb aku memutuskan hubungan dgn dia :
  • die nak aku yg mulakan semuanya
  • kalau hantar kad.aku kena hantar dulu.
  • kalau nak deting.aku kena bagitau dia.
  • kalau aku merajuk,xdenya die nak pujuk aku
  • kalau aku kata xpayah.dia pon ok kan aje
so mmg boring kan.sgt2 boring.cewah!dan bila aku bagitau aku nak putus.die pun iyekan aje.OMG.ntah lah die ni.lelaki dungu atau apa...

.....bersambung

nota kaki:kaple beberapa bulan.nak lupa bertahun2

Tuesday, May 19, 2009

betul!

aku dan kawan baik, jue :)

perasaan itu betul.naluri aku kuat.semalam ms aku letak entri ttg sahabat dlm blog aku yg satu lagi.aku seolah2 dapat rasa yg kawan baik aku dlm kesusahan.aku pk maybe die tak sehat.dan hari ni aku dapat tau yg dia berduka.biasalah.gara2 lelaki.sakit ati aku.die mintak transfer sbb lelaki itu.tapi kalau dia sedih sbb lelaki itu,tentunya aku sbg sahabat sedikit terpukul(wakakaka~ayat maut gitu!)

aku harap dia tabah dlm berduka tu.kalau dulu aku ada.leh la buat dia ketawa.bawak die pegi makan.hobi dia plak makan.hahaha.yela.makanan kat penang ni mmg best2.sape yg tak suka.tambah2 ada pula driver cum pemandu pelancong.

dah lama aku tak menulis disini.tiba2 aku gian kembali menulis kat sini.sbbnya kat sini aku lebih free.bercerita apa saja tanpa tapisan sedangkan kat sana.aku kena hati2 dgn pandangan masyarakat.kat sana ada bebudak opis aku.kat sana ada client2 aku (cewah~perasan la sgt)

result usm dah keluar.yang pasti 3 paper aku kene amik balik.adoi la.mmg dah agak.dgn xde preparation mcm mana nak pass kan.tapi aku masih belum confirm samada nak teruskan..berhenti terus atau tangguh dulu.. *konpius*

nota kaki: aku dah invite beberapa org kembali dlm blog ni.org2 yg aku invite adalah mereka yg aku betul2 percaya dan aku betul2 syg,hormat dan segala yg +ve la.

nota kaki 2 : jgn hairan tgk photo2 dlm ni ada kak retna ms kat sarawak.ingin dijelaskan yg aku pergi adalah bercuti dan bukannya atas urusan rasmi seperti yg aku war2kan di blog sana.maaf.kekadang kita perlu menipu.pls.don't mention to anybody yg kak retna join percutian ini :) aku percaya pada kamu.kamu dan kamu (haaa kan x ramai)

Monday, May 18, 2009

entri bulan may

assalamualaikum wbt...

aku betul2 bizi skang ni.aku suka dgn kebizian aku even badan aku dan otak aku sgt2 la penat.tapi bila aku bizi aku dapat melupakan segala gelodak rasa dalam hati aku.bukankah itu sgt bagus.alhamdulillah rezeki aku dlm fotografi semakin bertambah.bila makin ramai nak hirer buat aku rasa nak lebih bersungguh2 menghasilkan yg terbaik.alhamdulillah!

sorang demi sorang staf kat opis aku akan dapat transfer.rezeki meraka.tapi aku?aku takkan dibenarkan transfer melainkan kalau aku dapat naik pangkat.sedih betul.aku sudah penat sebenarnya bekerja disini.bukan tidak tahu bersyukur tapi bukan mudah nak handle org atas dan org bawah sekaligus.

nota kaki:tiba-tiba rindu itu datang..

aku yang kau panggil sahabat..

assalamualaikum wbt... 1
kawan,
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis
tapi mungkin
aku boleh menangis bersamamu
kawan,
jika kau terasa nak melarikan diri
jauh dari masalah
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti
tapi mungkin akan berlari bersamamu
agar masalah kau boleh selesai..
photos kenangan antara aku dgn geng2 aku masa zaman study kat uitm.masa ni hari last sebelum tglkan zaman diploma.aku kurus lagi time nie.ni dlm kawasan kolej inai (kolej kediaman) aku nie dulu presiden kolej merangkap bendahari Majlis Tertinggi Kolej.heran sungguh budak nakal mcm aku leh pgg jawatan.even nakal tapi yg penting ialah komited. source: tak ingat la plak nota kaki: entah kenapa perasan aku tidak begitu enak..

Thursday, May 14, 2009

oyen:si nakal yg cerdik!

assalamualaikum wbt...oyen1 oyen2 masa aku demam ritu,si comel ni la yg temankan aku.memandangkan aku habiskan jam-jam aku dgr baring,tido so aku bawak si oyen ni naik tido dgn aku.mula2 die meragam.nak turun.lama2 aku tak layan die tido hujung kepala aku.die nie tgh nak membesar.so nakal menjadi2.pantang nampak benda bergerak mula la.hehehe.umah aku ni tak pernah sunyi dgn kucing.ni pun ada lagi 4ekor baru beranak.ni nak kena bagi org.sbb dah banyak sgt.nnt bila baby abg aku lahir,mst dah tak banyak agaknya.tapi abg aku bukan stay sekali dlm umah aku. nota kaki:alhamdulillah aku dah baik demam.cuma masih ada saki baki selsema.keje2 siapkan photos naz dan ariff tgl sikit aje lagi.tapi masih ada beberapa perkara yg aku tak puas ati.selagi xpuas selagi itulah aku takkan serahkan.

Wednesday, May 13, 2009

ulangtahun:35 tahun sudah...

assalamualaikum wbt...
13 mei dikenang sbg salah satu tragedi hitam di malaysia.sejarah yang seboleh2nya tak ingin diulang walau sesaat pun.tapi jika kemelut politik negara terus2an dilanda badai,tak mustahil sejarah ni bakal berulang..nauzubillah...
aku tidak ingin bercakap pasal politik,tapi aku mengenang 13 mei sebagai tarikh keramat mak dan bapak aku berkahwin 35 tahun dulu.alhamdulillah walau hidup miskin tapi perkahwinan yg diatur keluarga berkekalan sehingga sekarang.aku betul2 kagum dgn org2 dulu kan.sbb kalau zaman sekarang ni kan,masalah kewangan menjadi salah satu faktor perceraian di negara kita.
alhamdulillah,walau pernah tak makan,tapi mak masih mampu bersabar harungi rumahtangga dgn bapak aku yg hanya seorang nelayan sampailah skang.sbb tu aku sgt2 respek dgn mak walau sll aje bergaduh *wakakaka*
masa dulu2 kawen,mak bapak aku takde gambar kahwen *kesian kan* tapi ada sekeping gambar studio dgn baju kasual biasa yg mak bapak aku g amik sehari lepas kahwen.malangnya takde dlm simpanan lepas keluarga aku pindah.
skang ni aku sll gelak,bila mak dan bapak dah tua2 ni.biasalah.mak terkenal dgn ratu potpetpotpet.bapak pulak buat muncung.bagi aku itu semua marah2 bahagia.sll aku lah jadi mangsa dgr luahan mak(yelah anak pompuan sorang kan...)
nota kaki: masa hari ibu aku demam panas,so plan nak bawak mak makan terpaksa aku batalkan.so hari ni nak p dating 2 beranak la...tapi mak yg belanja *smile*

ulangtahun:35 tahun sudah...

assalamualaikum wbt... 13 mei dikenang sbg salah satu tragedi hitam di malaysia.sejarah yang seboleh2nya tak ingin diulang walau sesaat pun.tapi jika kemelut politik negara terus2an dilanda badai,tak mustahil sejarah ni bakal berulang..nauzubillah... aku tidak ingin bercakap pasal politik,tapi aku mengenang 13 mei sebagai tarikh keramat mak dan bapak aku berkahwin 35 tahun dulu.alhamdulillah walau hidup miskin tapi perkahwinan yg diatur keluarga berkekalan sehingga sekarang.aku betul2 kagum dgn org2 dulu kan.sbb kalau zaman sekarang ni kan,masalah kewangan menjadi salah satu faktor perceraian di negara kita. alhamdulillah,walau pernah tak makan,tapi mak masih mampu bersabar harungi rumahtangga dgn bapak aku yg hanya seorang nelayan sampailah skang.sbb tu aku sgt2 respek dgn mak walau sll aje bergaduh *wakakaka* masa dulu2 kawen,mak bapak aku takde gambar kahwen *kesian kan* tapi ada sekeping gambar studio dgn baju kasual biasa yg mak bapak aku g amik sehari lepas kahwen.malangnya takde dlm simpanan lepas keluarga aku pindah. skang ni aku sll gelak,bila mak dan bapak dah tua2 ni.biasalah.mak terkenal dgn ratu potpetpotpet.bapak pulak buat muncung.bagi aku itu semua marah2 bahagia.sll aku lah jadi mangsa dgr luahan mak(yelah anak pompuan sorang kan...) nota kaki: masa hari ibu aku demam panas,so plan nak bawak mak makan terpaksa aku batalkan.so hari ni nak p dating 2 beranak la...tapi mak yg belanja *smile*

Thursday, May 7, 2009

uncle deri:happy birthday!

assalamualaikum wbt... uncle-deri
  • selamat hari lahir buat uncle.semoga dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga.
  • anggaplah kekalahan chelsea adat biasa dlm pertandingan.MU pun sll kalah gak.biasa la tu.hero sll kalah dulu *wakakakaka* (kene amik hati sbb bday uncle)
nota kaki: buat incik sifoo acai.sis dah ikut cara yg sifoo acai ajarkan.thanks ek sifoo!aku sesangat bz kat opis.xsmpat nak melawat waktu siang.memalam pun dah penat sebenarnya..so biarla dulu msjbox aku bersawang...