Wednesday, October 19, 2011

Rindu Tidur Yang Nyenyak Itu

  • aku rindukan tidur yang nyenyak itu.
  • aku rindukan mimpi2 yg indah spt dulu
  • aku rindukan semua yg indah tatkala tidur aku
tapi kini....
  • tidur aku diiringi dgn mimpi2 yg menakutkan
  • tidur aku sekejap2 terjaga..
  • tidur aku seakan ingin tidur terus...
nota bb: kuat dan inhin terus kuat,cuba utk atasinya slagi termampu..

Friday, October 14, 2011

Tetap Bertahan

assalamualaikum wbt...

  • Aku ingin tetap bertahan menghadapi perjuangan ini walau sangat2 perit aku rasa,mohon aku ditetapkan iman menghadapinya.Semoga dengan bantuan sahabat-sahabat disini sekurang-kurangnya aku mendapat panduan untuk terus "berperang".

  • Semalam usai solat Maghrib, aku betul2 berlawan untuk mengalunkan surah Yassin.Walau aku dah setkan dalam otak aku,walau mcam mana pun aku kena lawan lawan dan lawan,tapi bila habis ja berdoa,automatik aku tarik telekung.Lantas cepat2 aku pakai semula.Memang "syaitan" itu sangat kuat.Alhamdulillah aku menang dalam pertarungan semalam.

  • Tak pernah aku hilangkan baucer claims staff sepanjang 5 tahun perjalanan aku disini, tapi kalau dalam masa 2 bulan ni aku hilangkan dua claims,itu amat menyesakkan kepala hotak aku.Serba tak kena aku kat umah.Tido sekejap-sekejap aku jaga.Tapi alhamdulillah barakah hari Jumaat,finally aku jumpa,terselit di dalam timbunan kerja2 yang aku tangguhkan.

  • Ya Allah,aku mohon diberi kekuatan untuk tetap bertahan menghadapi perjuangan ini.terima kasih buat semua sahabat yang bagi semangat buat aku.

Monday, October 3, 2011

Kemungkinan!

Assalamualaikum wbt...

Normally aku akan masuk kesini bila jiwa aku resah.Hati aku gundah gulana.Segalanya serba tak kena.Itu yang memungkin aku masuk kesini..

Tapi sebenarnya dah lama fikiran dan jiwa aku terseksa.Namun aku cuba juga hadapi segala kemungkinan itu dgn memesongkan aktiviti aku kearah lain.Tapi sampai bila ye.Aku harus cari titik permulaan terjadinya benda ni dan aku harus hadapi segala kemungkinan yang mungkin berlaku...

Kamu percaya pada buatan orang tak?Ataupun percaya diguna-gunakan tak?Ya Tuhan, aku sendiri pun agak sukar mau percaya.Dan saat aku menaip ni pun ianya masih bermain-main di kotak pemikiran aku.Adakah ia benar atau andaian aku semata-mata.Namun ada beberapa kemungkinan yang mengsahihkan kebenaran aku ini.Penceritaan seperti complicated kan.Kalau kamu tak punya waktu,boleh akhiri pembacaan di titik ini.Aku tidak pernah memaksa :-)

Cerita ini sebenarnya terlalu peribadi.Tapi ntah kenapa,aku ingin meminta pendapat.Maka sebab itu aku menulis.Selama ni hanya dua orang yg tahu kisah ini.Dan mereka nampak apa yg terjadi ke atas aku.Dan mereka juga pernah merasai apa yg aku rasa.Kalau syak wasangka kami ini tidak benar,hanya padaMu Allah kami memohon keampunan.

Pada yg telah biasa dgn aku.Tentu tahu bebanan tugas aku kat opis kat.Memegang jawatan hanya kerani cabuk di opis kerajaan namun berperanan besar handle keseluruhan akaun kolej itu.Apa saja yg berkaitan kewangan di opis itu akan dirujuk kepada aku.Boss sendiri memang mengharap 100% kepada aku.Sebab itu walau baru 5 tahun disini.Pengaruh aku amat besar disini.Honestly aku tau ramai yg tidak puas hati dgn aku sebabnya aku mampu mempengaruhi keputusan boss dan aku juga selalu boleh buat apa yg aku suka.Kalau aku cakap boss "semua kena naik AirAsia,maka terpaksalah mereka naik AA"

Tapi bukan itu yg aku banggakan.Sebab aku langsung xpernah rasa ingin mempengaruhi keputusan boss tanpa sebab.Sebab apa2 jadi dgn akaun opis aku,aku lah manusia pertama yg kena mengadap boss.Aku jugalah yg kena tahan telinga itu dan ini.Satu sebab yg aku rasa buat boss sayang aku,aku tak pernah mengabaikan kerja aku dan selalu bagi my best performance pada opis.Aku tak pernah berkira waktu,malam,siang,sabtu,ahad....semuanya.Sebab aku betul2 komited dgn kerja aku....

Tapi kan korang perasan tak,aku sudah lamatidak up status pasal kerja aku di twitter atau facebook.Setiap hari aku punch keluar pukul 5.Ya Tuhan.Apa sudah jadi dgn aku.Sementelah iu jugak,aku selalu dimarahi boss.Aku tak siapkan kerja2 aku.Aku menangguhkan segalanya.Dan aku tak tau selama beberapa bulan ni.Apa yg aku dah buat kat opis.Aku rasa output aku nothing! Setiap hari aku takdak semangat nak datang opis.Walau xlewat tapi aku datang 1-2 minit sebelum pukul 8 sedangkan dulu 7.30 dah jengah aku kat opis.Apa sudah jadi kan..

Malas aku bukan hanya pada kerja2 pejabat.Tapi juga dalam fotografi.Dirumah bahkan melibatkan solat.Aku hanya ok masa bulan puasa hari tu.Dan selepas puasa aku kembali ketabiat lama.Tiada lagi alunan bacaan yassin dari aku di malam jumaat.Solat,sekali sekala je aku buat sekarang ni.Sedar,ya aku sedar.Tapi.Kemudian aku lupa.Ya Allah.!!!!!

Di opis aku,ada seorang senior yg sangat berpengaruh.memang lebih hebat pengaruh dari aku la.Sebab dah berbelas tahun dia disini.Bila CC aku pencen,dia take over menjaga pentadbiran opis aku sementara waktu ini.Dan aku memang tidak sebulu dengannya atas beberapa benda.Memandangkan aku cerewet,for sure aku akan kuiri beberapa benda melibatkan sebutharga,bekalan dan dll.Memang dia adalah yg berpengaruh utk membuat keputusan memilih kontraktor.Aku tidak kisah tentang itu.Lantaklah kau nak pilih sapa pun.Tapi bila melibatkan sesuatu yg tidak logik aku ada kuasa sbb bila audit dtg aku yg akan disoal.

Bila bersembang dgn 2 orang yg nampak "sesuatu" terjadi kat aku ni,mereka nampak kemungkinan-kemungkinan yg mungkin.Seriusly aku mengaku,senior itu memang pakai tangkal.Walau aku bukan jenis percaya benda2 mcm ni.Tapi itu hakikatnya.

Skang ni aku taktau apa yg perlu aku buat.Aku tidak berkongsi benda ni dgn mak sebab tekanan darah mak pun tidak berapa stabil kebelakangan ni.Sebab tu korang tgk kekadang aku agak sewel di facebook kan.Aku cuba alihkan masalah aku ni dgn cuba bantu sapa2 saja yg bermasalah dan dalam masa yg sama aku cuba mengatasi masalah aku ni.Tapi berbulan sudah.Aku masih gagal.Seriusly ianya perit.Sangat perit!!

Mungkin kamu-kamu kat sini boleh bantu aku.bagaimana aku nak hadapi suasana ini.Aku tidak sesekali ingin melawan "org itu".Biarlah.Tapi aku nak atasi masalah ini.Aku nak jadi aku yg dulu balik.Komited dalam segalanya.Yang sentiasa bersemangat.Dan aku harap korang dapat doakan aku.Thanks!!!