Tuesday, March 31, 2009

cuti-cuti:sarawak

assalamualaikum wbt...









hidup sebagaimana yang anda tentukan.aku sgt suka dgn tag line ini sekarang.tapi aku tak dapat nak ingat dari iklan apa.so inilah yg skang aku tentukan.aku bercuti2 ke sarawak.walaupun terpaksa bohong sunat yg aku pergi bkursus *smile*.puas??manusia mana pernah kenal erti puas so macam tu gak dengan aku.masih belum puas dgn percutian singkat ini,insyallah akan kembali ke sana jika masa,wang dan kesihatan mengizinkan.tapi izinkan aku habiskan lagi dua negeri kat Malaysia ni yang aku masih belum pernah jejak (melaka & sabah).
special thanks aku pada kak retna yang betul2 menjadi pemandu pelancong yang baik.so akk leh bukak travel agency la nnt.dan boleh hirer sis as your travel photog.and hopely my best friends,jue puas ati dgn percutian ini.saya dan cuba untuk memenuhi segalanya tapi saya masih manusia biasa yang kadang2 penuh dengan emosi.
so lepas ni kene berehat dari bercuti2 sebab nak mengadap final exam.walaupun dah terlewat tak salah aku mencubanya...
nota kaki:kadang2 kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..

Tuesday, March 24, 2009

vitamin!

assalamualaikum wbt...

aku baru bercadang.ingin menulis yg baik2 saja.yang tenang-tenang saja.tapi malangnya mood aku telah dibawa lari.hanya kerna satu perkataan.jiwa aku terasa sgt2.inikah vitamin terbaik untuk aku.

DIA:sy ok je.x yah lah msj sy.senang.x sakit hati.dah tahu sy x bls
AKU:awak xsuka ek sy msj awak
DIA:bkn x suka.tp jg mengharapkan balasan.2 yg sy x suka.awk paham kan.sory ar kalu terasa
DIA:dah 2 nape awk selalu nak mengungkit. sy kan dah mcm 2

aku tak pernah akan pernah salahkan dia.aku tau semuanya berpunca dari aku.salah aku.bila aku hitung balik semua mesej2 di YM banyak kebenarannya.dia suruh aku ambik positif.so aku akan ambil positif.walaupun pada awalnya mata aku kemerahan2 dengan tangisan.tapi ini mungkin permulaan apabila kita ambil vitamin....

nota kaki:padan muka aku!!

Tuesday, March 17, 2009

'biol'??

assalamualaikum wbt...

i declare myself 'biol'

nota kaki:tak sabar nak declare diri balik as workaholic

Monday, March 16, 2009

perit yang amat!

assalamualaikum wbt...

peritnya!!!!!aku terasa sgt2 hari ni bila masuk opis jue dah xde kat tempat dia.macam orang biol la sket aku hari ni.macam kosong je aku rasa kat opis.tertunggu2 org panggil aku.Tuhan aje yg tau perasaan aku hari ni.

mungkin kalau aku meninggalkan tempat ni,aku takkan terasa sgt sbb aku dah xnampak suasananya.tapi skang aku yg ditinggalkan.suasananya masih aku nampak cuma keadaan yg berubah.aku agak pemalas kat opis.banyak kerja2 opis aku pandang sepi.mungkin kalo keadaan aku berterusan macam ni.prestasi kerja aku akan menurun dan aku akan salahkan boss 100% atas apa yg terjadi kat aku.padan muka boss gak kekadang.baru die nak lepaskan aku agaknya.

kalau keadaan aku berterusan dan aku tak dapat nak handle.aku akan kehilangan berat badan aku nampaknya.hari ni aku tak makan apa2 pun.makan roti kak ina bagi pon aku muntah.milo 3in1 nak habis secawan pun susah.alahai.kenapa teruk sgt aku ni.aku sangka aku kuat.rupanya aku lemah yg amat.

Tuhan..tolonglah bantu aku.aku betul2 perlukan pertolonganMU.aku ingat bila jue dah takde kat sini.aku nak tumpukan balik pada study aku yg telah aku tinggalkan.tapi nampaknya lain plak yg jadi.rasanya makin teruk.aku masih belum mampu nak terima lagi.kalau boleh aku taknak org perasan perubahan aku.tapi nampaknya dah ada beberapa orang yg tegur.

dah berpuluh2 sms aku anta tapi satu pun die tak balas.alahai.aku cuba memahami mungkin kat tempt baru.suasana die lain.tapi takkanlah time rehat pun tak boleh nak balas hanya dgn 1 sms.kalau sape kat tempat aku mesti akan terasa.aku kenal die sgt2 sbb die kawan baik aku.oleh sbb itu setiap perubahan die mst aku akan rasa......

nota kaki:kosong!!

Sunday, March 15, 2009

transformasi

assalamualaikum wbt...

kehidupan aku sedikit sebanyak mula terasa.aku kena cuba untu biasaka diri balik kembali kepada keadaan lama.bukan mudah.tapi aku kena sedaya upaya.insyallah aku mampu.

nota kaki:bercakap mmg mudah kan.nak laksanakan perlukan bukti

Thursday, March 12, 2009

surat buat awak... (7)

assalamualaikum wbt...



awak,
kalau boleh saya taknak menulis.sebab ini akan jadi surat buat awak yang terakhir dalam entri ni.kalau awak nak tau,sy memang suka no.7 so surat surat ni pun saya buat sampai episod 7.lagipun dalam seminggu pun ada 7 hari.david beckham pun pakai jersi no.7 masa dengan manutd.



awak,
saya sedih sgt2 sebenarnya.lepas tau awak akan pindah.saya dah tak menulis dalam blog ni sbb setiap kali sy menulis mesti mata saya bergenang dan air mata saya akan mengalir.saya cuba sedaya tabahkan hati saya ni.even kadang2 ada benda yang buat saya terasa sgt2 tapi saya telan sendiri la.cuma kalau sy sms awak tu sy dah xtahan.



awak,
mesti awak heran kan.awak tgk saya ni kasar,garang,serius,suka baran dan etc tapi saya seorang yang sgt2 sensitif dan mudah menangis.saya dalam keja dan sy di luar adalah dua orang yg berbeza.sy komited pada sesuatu yg saya buat.tapi benda lain sy suka ikut hati sgt.terlalu ikut hati sgt adalah tidak bagus untuk saya sebenarnya.



awak,
awak ingat lagi tak masa mula2 awak kat sini.awak takut dengan sy kan.sbb awak tgk saya garang dan serius.awak memang tak berani nak pandang mata sy.garang sangat ke sy ni awak???tapi bila awak dah kenal dengan saya mesti awak tau bezanya saya yg awak kenal dulu2 kan.biasalah first time mmg sllnya macam tu la anggapan orang kat saya.once they know me...tentu seronok kan (perasan..)



awak,
tentu awak heran gak kan.mesti awak xpernah jumpa orang macam sy kan.saya rasa sejak awak kenal saya mesti hidup awak agak terganggu kan.saya ni banyak sangat cerewetnya.saya ni macam2 kan awak.banyak sgt permintaan sy kan.sy macam nak control awak kan.saya mintak maaf atas semua tu.langsung sy tak niat mcam tu.tapi inilah cara sy.bila sy dah sy syg seseorang,beginilah caranya.saya sangat amik berat pasal orang tu.tapi semuanya untuk kebaikan.sy rasa sy xpernah nak soh awak buat jahat kan.



awak,
ntah lepas ni..kita masih berhubung lagi atau tak.bukan mudah dan dekat kan.pasni mesti awak akan bagi tumpuan kat bakal suami awak.kat puteri umno awak.tapi awak saya nak nasihat awak.banyak membaca.tak salah awak nak join politik tapi pastikan awak banyak ilmu pengetahuan so orang takkan pandang lekeh pada awak.saya dah xdak dekat dgn awak nak bantu awak.sy dah xde nak betulkan awk..saya dah takde.....



awak,
saya selalu mengaku diri saya special even kulit sy gelap dan sy tak cantik.sbb bagi sy setiap manusia ada keistimewaan.sy sll menghargai diri sy.so saya nak awak hargai diri awak gak.buat apa yg awak suka jgn buat kerana terpaksa.even awak kata awak pergi kerana terpaksa tapi sy tau dalam hati awak..awak suka sebenarnya.dan saya juga terlibat menipu boss.bagus kan sy nie.sanggup buat aapa saja kat awak.



awak,
thanks sgt2 habiskan hari last2 awak kat sini dgn saya.even kadang2 macam nak baling je hp awak sbb bila sy cakap awak xconcentrade pon.tapi sy selalu fokus kan bila awak cakap dgn saya.saya ni betul2 sangat bagus kan.hahahaha.saya tau maybe lepas ni awak dah takkan layan mesej2 sy.sbb biasanya bila awak balik cuti awak memang jarang nak balas mesej2 awak.saya sedih.tapi sy pujuk diri saya.

awak,
saya harap awak takkan pernah lupakan sy lepas ni.even kita dah jauh.tapi semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.memang saya cakap saya taknak pergi bila awak kawen.tapi sy juga manusia biasa maybe hati saya akan lembut lepas ni.mana tau kan.saya memang sayangkan awak.saya sayangkan persahabatan kita.even kadang2 orang cakap tak berbaloi.biarlah.susah sy nak bagitau rasa sayang sy ini.tapi saya juga manusia normal seperti orang lain.memang orang tak nampak.tetapi hati saya ini masih pada lelaki itu.cuma saya sedang pujuk hati saya menerima kenyataan.

awak,
jaga diri awak baik2 kat tempat baru.saya sepatutnya tak perlu risaukan awak.yelah awak akan lebih terjaga sekarang ni.dekat dengan famili.dekat dengan bakal suami.dan saya sgt2 pasti mereka jaga awak lebih baik dari apa yang telah saya buat pada awak kan.so saya harap awak hargailah orang2 yang menghargai awak.sebab sedih sgt2 jika kita tak dihargai.saya harap awak akan selalu mendoakan kejayaan saya.saya punya impian yang sgt besar dalam hidup saya ni.cuma masanya belum sampai dan saya terpaksa bersusah2 dahulu sekarang.

awak,
sy sedih nak akhiri surat ini.tapi saya perlu mencari penamatnya.dan masanya sudah sampai.saya sayangkan awak.saya sayangkan persahabatan kita.selamat maju jaya awak.semoga panjang umur untuk kita jumpa lagi.semoga awak dimurahkan rezeki yang halal.dan bertemu dengan jodoh yang baik2.jaga diri ye awak...terima kasih dan maaf atas segalanya.....

TAMAT...

nota kaki:sedihnya..

Sunday, March 1, 2009

surat buat awak...(6)

assalamualaikum wbt...

awak,
benda yang paling sy takut akan berlaku.cepatnya.sy tak sangka secepat ini kan.saya masih belum bersedia menerimanya tapi itulah kenyataan yang harus sy terima awak..awak tetap akan pergi..

awak,
saya hanya ada lebih kurang 2 minggu saje lagi dengan awak.so saya harap masa yang begitu singkat ini kita semua akan gunakan sepenuhnya.saya dah taknak gadoh lagi dengan awak even kebelakangan ni kita kerap sgt bergadoh kan.ntahlah nape..silap saya atau silap awak.

awak,
bila awak pergi,sebagai seorang kawan ada beberapa nasihat yang saya nak bagi pada awak.tapi terpulang pada awak la..nak ikut atau tak.sebab itu hak yg ada pada awak:
  • jangan terlalu bergantung hidup pada lelaki.kelak itu akan buat awak merana.
  • jangan terlalu mengikut kata lelaki kerana itu akan memakan diri awak satu hari nanti.
  • jangan biar lelaki terlalu mengonkong padahal masih belum ada ikatan antara satu sama lain.jodoh itu rahsia Allah.
  • jangan terlalu makan budi.tak salah kita menerima sesuatu pemberian lelaki tapi biarlah berpada2.lelaki yang menggunakan kekayaannya untuk mengambil hati kita adalah lelaki yang tak punya apa2 sebenarnya.jangan sampai satu hari nanti budi yang ditabur buat awak merana diri.
  • berhati-hati dengan lelaki yang terlalu mendesak.pikirkan akibatnya bila dah kawen pula satu hari nanti.
  • bila berjauhan adalah satu proses untuk lebih mengenali lelaki yang kita sayang dan yang sayang kita.sebagai kawan,sy dan nampak lelaki jenis apa yang sedang bersama dengan awak.tapi awak masih tak nampak.so saya akan tetap selalu mendoakan kebahagian awak wahai sahabat....

awak,

saya tau maybe awak akan sakit hati dengan nasihat2 saya itu.tapi itu nasihat ikhlas dari seorang sahabat.ingatlah lelaki boleh datang dan pergi dalam hidup kita.tapi sorang sahabat itu akan tetap selalu bersama dengan kita dikala senang dan susah.hargailah sahabat yang awak ada sebelum awak kehilangannya.sekali awak hilang...selama2nya akan terus hilang.

nota kaki:.............