surat buat awak... (7)

assalamualaikum wbt...



awak,
kalau boleh saya taknak menulis.sebab ini akan jadi surat buat awak yang terakhir dalam entri ni.kalau awak nak tau,sy memang suka no.7 so surat surat ni pun saya buat sampai episod 7.lagipun dalam seminggu pun ada 7 hari.david beckham pun pakai jersi no.7 masa dengan manutd.



awak,
saya sedih sgt2 sebenarnya.lepas tau awak akan pindah.saya dah tak menulis dalam blog ni sbb setiap kali sy menulis mesti mata saya bergenang dan air mata saya akan mengalir.saya cuba sedaya tabahkan hati saya ni.even kadang2 ada benda yang buat saya terasa sgt2 tapi saya telan sendiri la.cuma kalau sy sms awak tu sy dah xtahan.



awak,
mesti awak heran kan.awak tgk saya ni kasar,garang,serius,suka baran dan etc tapi saya seorang yang sgt2 sensitif dan mudah menangis.saya dalam keja dan sy di luar adalah dua orang yg berbeza.sy komited pada sesuatu yg saya buat.tapi benda lain sy suka ikut hati sgt.terlalu ikut hati sgt adalah tidak bagus untuk saya sebenarnya.



awak,
awak ingat lagi tak masa mula2 awak kat sini.awak takut dengan sy kan.sbb awak tgk saya garang dan serius.awak memang tak berani nak pandang mata sy.garang sangat ke sy ni awak???tapi bila awak dah kenal dengan saya mesti awak tau bezanya saya yg awak kenal dulu2 kan.biasalah first time mmg sllnya macam tu la anggapan orang kat saya.once they know me...tentu seronok kan (perasan..)



awak,
tentu awak heran gak kan.mesti awak xpernah jumpa orang macam sy kan.saya rasa sejak awak kenal saya mesti hidup awak agak terganggu kan.saya ni banyak sangat cerewetnya.saya ni macam2 kan awak.banyak sgt permintaan sy kan.sy macam nak control awak kan.saya mintak maaf atas semua tu.langsung sy tak niat mcam tu.tapi inilah cara sy.bila sy dah sy syg seseorang,beginilah caranya.saya sangat amik berat pasal orang tu.tapi semuanya untuk kebaikan.sy rasa sy xpernah nak soh awak buat jahat kan.



awak,
ntah lepas ni..kita masih berhubung lagi atau tak.bukan mudah dan dekat kan.pasni mesti awak akan bagi tumpuan kat bakal suami awak.kat puteri umno awak.tapi awak saya nak nasihat awak.banyak membaca.tak salah awak nak join politik tapi pastikan awak banyak ilmu pengetahuan so orang takkan pandang lekeh pada awak.saya dah xdak dekat dgn awak nak bantu awak.sy dah xde nak betulkan awk..saya dah takde.....



awak,
saya selalu mengaku diri saya special even kulit sy gelap dan sy tak cantik.sbb bagi sy setiap manusia ada keistimewaan.sy sll menghargai diri sy.so saya nak awak hargai diri awak gak.buat apa yg awak suka jgn buat kerana terpaksa.even awak kata awak pergi kerana terpaksa tapi sy tau dalam hati awak..awak suka sebenarnya.dan saya juga terlibat menipu boss.bagus kan sy nie.sanggup buat aapa saja kat awak.



awak,
thanks sgt2 habiskan hari last2 awak kat sini dgn saya.even kadang2 macam nak baling je hp awak sbb bila sy cakap awak xconcentrade pon.tapi sy selalu fokus kan bila awak cakap dgn saya.saya ni betul2 sangat bagus kan.hahahaha.saya tau maybe lepas ni awak dah takkan layan mesej2 sy.sbb biasanya bila awak balik cuti awak memang jarang nak balas mesej2 awak.saya sedih.tapi sy pujuk diri saya.

awak,
saya harap awak takkan pernah lupakan sy lepas ni.even kita dah jauh.tapi semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.memang saya cakap saya taknak pergi bila awak kawen.tapi sy juga manusia biasa maybe hati saya akan lembut lepas ni.mana tau kan.saya memang sayangkan awak.saya sayangkan persahabatan kita.even kadang2 orang cakap tak berbaloi.biarlah.susah sy nak bagitau rasa sayang sy ini.tapi saya juga manusia normal seperti orang lain.memang orang tak nampak.tetapi hati saya ini masih pada lelaki itu.cuma saya sedang pujuk hati saya menerima kenyataan.

awak,
jaga diri awak baik2 kat tempat baru.saya sepatutnya tak perlu risaukan awak.yelah awak akan lebih terjaga sekarang ni.dekat dengan famili.dekat dengan bakal suami.dan saya sgt2 pasti mereka jaga awak lebih baik dari apa yang telah saya buat pada awak kan.so saya harap awak hargailah orang2 yang menghargai awak.sebab sedih sgt2 jika kita tak dihargai.saya harap awak akan selalu mendoakan kejayaan saya.saya punya impian yang sgt besar dalam hidup saya ni.cuma masanya belum sampai dan saya terpaksa bersusah2 dahulu sekarang.

awak,
sy sedih nak akhiri surat ini.tapi saya perlu mencari penamatnya.dan masanya sudah sampai.saya sayangkan awak.saya sayangkan persahabatan kita.selamat maju jaya awak.semoga panjang umur untuk kita jumpa lagi.semoga awak dimurahkan rezeki yang halal.dan bertemu dengan jodoh yang baik2.jaga diri ye awak...terima kasih dan maaf atas segalanya.....

TAMAT...

nota kaki:sedihnya..

Comments