Sunday, July 3, 2011

Kisah Budak Itu

Assalamumualaikum wbt...

Lima tahun lepas,blog ini terbina kerana sebuah kisah adik.Atau aku lebih suka gelarkan skang sebagai budak itu.Macam sial kalau diingatkan balik kisah budak itu.Dan sememangnya sial kerana sampai saat ni,masih lagi ada gangguan sipi-sipi dari budak itu.Entah apa lagi yg dia nak dari aku,aku sendiri kurang pasti.Apa yg aku pasti,aku dah bagi apa yg dia inginkan dulu....

Tak paham betul aku dgn manusia seperti ini.Bila kita baik,ambil berat,sayang,dan segala yg positif.Kita dianggap "weird".Hanya sebab tak pernah ada org yg pernah memperlakukan sedemikian kepada budak itu sebelum itu.Lantas kerana tidak pernah la sampai budak itu lupa nak menghargainya.Memang sial kan! Bila dia suruh aku lupakan dia.Memang agak sukar.Yelah,satu kesalahan pun aku tak pernah buat.Tiba2 diarah utk lupakan dia.Lagi pulak ini bukan kisah cinta.Ini hanya sebuah kisah kasih sayang.Tapi lama2 berjaya jugak aku lupakan yg aku pernah punya seorang adik.

Sememangnya sejak 5 tahun lepas aku tidak pernah membalas satu sms pun dari dia.Aku ignore segalanya.Aku memang sudah buang budak itu dari kotak pemikiran waras aku ini.Apa lg nak dikenang orang yg tak reti nak menghargai dan mengenang kebaikan dan kasih sayang kita kan.Ramai lagi yg perlukan aku dan nak kasih sayang dari aku.Tapi bar-baru ni ntah kenapa aku sengaja balas sms terkini dari budak itu.Kononnya dia tersilap sms,then bila aku reply dgn tanda soal,dia pulak bertanya siapa ini.Sial kan! Kau pikir aku bodoh macam kau.Maaflah.Walau mcm mana aku masih tak punya degree lagipun.Aku masih tetap bijak dari kau wahai budak itu.

Lalu tangan jahat ini membalas dengan kata-kata agak keras,dan sememangnya dia marah.Hahahaha.Mental kau tidak cukup kuat wahai budak itu.Kalau kau tak punya kekuatan mental,jgn pernah kau berani nak sms aku lagi.Sudahnya semalaman kononnya kau menangis.Atau kau nak aku cadangkan kau ke Tanjong Rambutan...Tapi percayalah.Aku bukanlah sekejam mana walau aku ni kelihatan kasar di luar.Aku memberi satu sms semangat buat budak itu.Aku nak dia enjoy dgn hidupnya sebagaimana aku lakukan.Aku sememangnya sudah lama memaafkan budak itu.Tapi melupakan penghinaan itu adalah sesuatu yg tak mungkin aku lupakan.Cukuplah sekali aku dihina kerana kebaikan aku.Aku juga berdoa semoga budak itu berjaya mengatasi apa jua rasa yg sedang dia rasai akibat perbuatan dia sendiri.Allah itu Maha Penyayang,pasti suatu hari budak itu akan sembuh jua.

nota kaki: Aku rasa masih belum ada orang mampu sayang dan ambil berat pada budak itu sebagaimana yang aku buat dulu.Tapi aku masih mampu sayang dan ambil berat pada orang-orang lain selepas budak itu.Kenapa?....Kerana aku adalah aku dan aku tak pernah ingin nak jadi orang lain

Friday, July 1, 2011

Perasaan Yang Macam-macam

Assalamualaikum wbt...

  • Ya,perasaaan ini macam-macam sejak pulang dari Terengganu.Walau aku enjoice di sana namun rasa buat mcm satu kesilapan je bila aku join trip itu :(
  • Aku menjadi lebih sensitif dari biasa,teringat zaman awal-awal aku berblogging hingga mencipta "peminat", beginilah perasaan aku masa tu.
  • Dengan aku pun orang boleh nak jeles sedangkan aku tak punya apa-apa yg istimewa selain dari aku menghargai org sekeliling aku dan kasih sayang yang ikhlas dan mungkin ada orang tak akan mampu bagi kasih sayang seperti aku~as usual,aku mmg suka perasan.
  • Jika dia kena membuat pilihan,aku tak kisah.Aku akan biarkan apa yang dia inginkan sebab aku taknak dia bersedih.Walau berulang kali aku memberi nasihat.Tapi aku juga tak lupa berdoa semoga semuanya baik-baik saja buat org2 yg aku sayangi.
Nota Kaki: Deactivate lagi Facebook dengan alasan kononnya album tak siap-siap lagi.Tapi itu sebenarnya tidak memberi makna.Album akan siap jika jiwa aku happy!