Friday, July 31, 2009

:(

assalamualaikum wbt...

lemah dan sangat lemah.beginilah keadaan aku skang ni.sesungguhnya hanya Dia yg mempunyai kekuasaan kepada kita.dan sebagai hamba kita perlu kuat dalam menempuh ujian.Ya Allah,kenapa aku selemah ini.baru sedikit ujian yang Kau beri,aku sudah sgt2 lemah.

bapak aku kene admit di HPP stat hari jumaat,24 Julai sampai 31 julai.mulanya akibat penat dan bila hasil X-ray keluar,bapak mempunyai masalah di paru-paru.sbb utama semestinyalah akibat merokok.tapping telah dbuat dibhgn paru2 beliau dan hasilnya banyak air bewarna kuning yg disedut keluar.Ya Tuhan,aku mula pening,mual dan muntah bila tgk bende ni semua.mak juga yg kuat.keadaan bapak sgt2 kesian.

memandangkan aku keje kat KKM dan kawan2 aku pon ada terdiri dari staff nurse instructor so mereka banyak dtg tgk report bapak aku.ya Tuhan ujian lagi.bapak aku suspek kanser paru-paru.bayangkan dunia aku.aku yg sememangnya lemah.bertambah2 lemah bila dgr berita ni.hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku.kalau seminggu ni ditadah air mata aku,rasanya sudah penuh baldi.

baru kini aku rasakan,berat mata memandang.berat lagi bahu yang memikulnya.hidup aku sedikit kacau bila.terlalu banyak benda dalam otak fikiran aku.dengan kesihatan mak yg jugak tak berapa sihat.sesungguhnya aku benar2 merasai betapa kerdilnya diri aku sekarang ni.aku mohon kengkawan aku sama2 mendoakan agar bapak aku dijauhkan dari penyakit2 yg berbahaya.dan semoga aku diberi kekuatan menghadapi ujian getir ni.terima kasih.

nota kaki:bila time-time mcm ni,Tuhan juga tunjukkan kita,siapa itu kawan masa senang dan kawan masa susah :(

Tuesday, July 21, 2009

....entri buat sahabat

assalamualaikum wbt...

awak,
masa sy tulis email ni.mata sy dah ngantok sebenarnya.tapi sy gagahkan jugak.sbb sbg sahabat sy perlu menyatakan rasa hati sy walaupon sy tiada niat nak melukakan.kalau awak akan rasa terluka.maaf terlebih dulu sy pohon...

awak,
sy terharu..bila awak pilih saya untuk share masalah awak.itu menunjukkan sy adalah istimewa ataupun seorang yg boleh dipercayai oleh awak.terima kasih untuk itu.tapi sy harap awak tidak hanya memilih sy diwaktu awak bersedih sahaja.sbb diwaktu ceria awak,sy juga masih wujud disini.

awak,
sy bukanlah seorang yang pakar dalam percintaan.kalu org tgk saya pon.org mst anggap sy tidak pandai bercinta.biarlah apa jua tanggapan org pada sy..sy tau apa yg hati saya nak berdasarkan pertimbangan akal dan juga emosi.so anggaplah apa jua nasihat sy disini bukan hanya ingin awak hilangkan stress pada masa ini.tapi jugak,sy inginkan kebahagiaan jangka masa panjang awak.sy terlalu sygkan awak.sbb itu sy sedih,kecewa.dan marah bila org yg sy syg jadi mcm ni.sy taknak salahkan org yg awak panggil bakal suami itu sahaja tapi saya juga nak salahkan awak sbb tidak pandai memilih jalan keluar.awak seolah2 terlalu desparate pada dia.sy mengaku mungkin awak sygkan dia tetapi sayang awak bukan hanya untuk hari ni,tetapi juga tuk sok...lusa dan selamanya...

awak,
selepas apa yg berlaku,apa lagi yg awak harapkan dari dia.selepas awak dah terlalu bekorban untuk dia.ini balasan yg dia bagi pada awak.bukan sikit pengorbanan awak kat dia.awak menipu org2 opis dan mengheret sy menjadi seorang penipu jugak.dan yg paling sedih bila awak sanggup menipu sy...seorang yg sanggup buat apa sj untuk awak.sanggup menangis dan ketawa bersama-sama awak.awak sll kata sy kawan terbaik yg awak pernah jumpa dan sy rasa pon sy sudah melakukan yg terbaik sbg sahabat awak.tapi sy kecewa bila awak membiarkan diri awak mcm ni.apa lagi yg awak harapkan dari org yg xpernah menghargai setiap pengorbanan awak.

awak,
sedarlah....sedarlah...dan tekadlah untuk tglkan dia.saya bukan nak mengajar awak kadi jahat.tapi demi kebaikan awak.sy nampak benda ni.sbb sy tak lalui.so sy masih boleh menggunakan pertimbangan akal yg waras sdgkan awak melaluinya so pertimbangan akal awak menjadi sempit.awak...sy bukannya jeles atau apa.tetapi sy syg kan awak.syg sgt2 dan sy taknak awak kecewa lagi.dah banyak sgt airmata yg awak buang sbb dia.sbbnya dia tidak akan pernah berubah.sampai kawen kelak pon macam ni.buat apa awak dah tau awak akan menuju bahaya so...tgllkan...jgn sanggup meredah api yang akan membakar diri awak....

awak,
saya tau.jodoh itu rahsia Allah.andai kata jodoh awak dgn dia kuat.maka suatu hari nanti pasti awak dan dia akan bersatu.itu tak mungkin dapat sy nafikan.tetapi awak,kita diberi hak untuk berusaha atas sesuatu..maka berusahalah awak...sy sentiasa menyokong awak.mungkin luaran sy nampak jahat.kasar.tapi sepanjang awak kenal sy.pernah ke sy tgllkan awak bila awak dalam kesusahan.tidak sesekali pon.even hati saya dah banyak terluka sbb awak tetapi saya kene terima hakikkat yg awak juga manusia biasa yg punya emosi.so walau seteruk mana pon awak pernah buat saya.tetapi sbb kasih sayang sy pada awak sgt kuat.maka sekuat itulah sy akan cuba membantu awak.tetapi usaha sy akan sia-sia jika awak tidak membantu diri awak sendiri..

awak,
saya bukanlah jenis org yg percaya pada bomoh2 ni.tetapi kekadang sy rasa yg awak ni dah dibomohkan.sbb mcm mana pon awak tetap akan balik ke dia.walau seteruk mana pon dah jadi.awak...awak bukan xde rupa.sekali awak lepaskan dia...berduyun2 lelaki akan tackle awak.so jgnlah terlalu mengharap pada lelaki yg tak pandai nak hargai awak.kekadang sy pikir yg dia tu sakit jiwa dan terlalu obses terhadap awak.so mmg awak membayakan diri awak jika sampai tahap tu.mintak la tolong famili awak tgk2 kalau awak dah terkena ke apa ke....sy dah jauh nak bantu awak dan awak yg buat kita jauh...

awak,
sebagai sahabat yang sayang awak lebih dari diri saya sendiri.putuskanlah hubungan awak dengan dia.dan percayalah saya sygkan awak dan sy tidak akan bagi nasihat yang akan menghacurkan masa depan awak.andai kata nasihat sy ni awak tak suka...kita akhiri saja persahabatan kita disini..sbb sy tak sanggup nak tgk org yang sy syg sgt2 menderita.pilihan di tangan awak...

.....yang sayang awak..
saya
teluk bahang
10.33pm

Saturday, July 18, 2009

hurm...

assalamualaikum wbt...

saya gembira bila awak cari saya untuk share masalah awak.
sbb itu buat saya rasa saya istimewa dalam hidup awak.
tapi saya sedih bila awak lupakan saya bila dah settle masalah awak.
sebab itu akan buat saya rasa,saya seorang yang bodoh.

nota kaki:Allah itu maha adil,Dia tau setiap apa yang terjadi

Thursday, July 16, 2009

rasa

assalamualaikum wbt

sudah 3 tahun.
hati aku pada kamu.
sampai bila.
aku tak pasti

nota kaki:tetiba kita sms semalam kan :)

Tuesday, July 14, 2009

DEMI MASA

 Photobucket   assalamualaikum wbt... perghhh.mmg busy sungguh aku skang ni.sesunnguh busy yang tak mampu aku nak ucap dgn kata-kata.lihat aje statistik kat bawah ni:
  • hampir 2 minggu aku tak makan masakan mak.
  • rambut aku dah panjang dan tak terurus.
  • berat badan aku dah bertambah dari berat ke sgt berat.
  • aku kene saman buat pertama kali sbb melebihi had laju.melayang rm200 lepas diskaun.cis!
  • dah terlalu lama tak hang out dgn kak zila layan movie.
  • langsung tak pergi kelas semester ni.baru semalam bukak portal :)
  • mak sampai cakap aku nampak cerah sikit*wakakakaka*yelah masa banyak habiskan dalam aircond opis.sabtu ahad pon kat opis.
  • walaupun dah masuk Julai.cuti tahun lepas pon aku tak habiskan lagi.campur cuti tahun ni.maka akan bercuti2 la aku kelak (perasan mcm bos nak lepaskan aku)
  • paling sedih sbb cancel plan nak tgk game manutd.lawan m'sia (huwaaaaaaa)
  • baru habiskan semua custom album customer.thanks kerana memahami.
tadi aku baru saje submitkan satu tugasan yg benar2 buat aku jadi workaholic dan sewel selama beberapa bulan.harap semuanya  diterima oleh pihak atasan.bukan senang nak handle project bernilai rm600k.gilos!!!tapi andai kata diluluskan maka aku akan sekali lagi pening~hahahaha. nota kaki:harap plan nak bercuti bersama teman2 akan berjaya.boss dah cakap." i luluskan cuti u,but anytime i akan panggil u balik" huwaaaaaaaa.

Saturday, July 11, 2009

hujan oh hujan

assalamualaikum wbt...

hari ni hujan seharian.
so aku malas masuk opis.
uiks!hujan pon leh ponteng?
ehem2 hari kan sabtu.
ya..weekend pon aku keje skang ni..

nota kaki:harap cuaca ok besok.aku perlu masuk opis.