Wednesday, December 31, 2008

cerita akhir tahun...

assalamualaikum wbt.....


pejam celik.pejam celik kita sudah di akhir tahun.masa semakin singkat kan.dan kita semakin tua.baru semalam aku rasa aku masuk darjah 1 tapi melangkah tahun depan aku dah 20 tahun kemudian*tambah2 aku januari born* macam tak percaya je aku akan masuk 27tahun.

sepanjang tahun 2008,macam2 pahit manis jadi dalam hidup aku.dari bulan januari usia aku bertambah ke 26 dan aku telah menghadiahkan diri aku dgn sebuah dslr.ya,sebelum aku dihargai oleh org lain,aku perlu menghargai diri sendiri...kemudian di bulan februari,kenangan manis perkhemahan msjbox di PD disusuli majlis akad nikah abg aku dan dia menjadi model pertama aku sbg pengguna dslr,diikuti majlis kahwen pada bulan mac.so skang dalam famili aku dah bertambah ahli keluarga perempuan.masih ingat lagi aku yg mula2 jeles sbb terasa diabaikan~hahahaha.macam budak2 kan.tapi itulah yg aku rasa...

bulan april setiap tahun aku selalu join gathering msjbox*tahun depan aku bukan lagi pengguna msjbox.leh join ker???*then bulan april jugak kenangan manis aku bercuti dgn teman2 rapat uitm ke langkawi.*besh sgt2*bulan mei plak aku bergelar pelajar kembali.aku sambung degree secara jarak jauh di usm.aku harap perjalanan degree aku kali ni sampai ke destinasi kerana banyak sungguh halangan aku nak dapatkan degree dalam hidup aku ni.dah beberapa kali tertunda..sbb semuanya salah aku.bulan jun aku dipenuhi dgn jadual ketat sbg pelajar dan komitmen sbg org penting jabatan*cewahhh*

bulan julai,aku kehilangan satu2nya tok yg aku masih ada.sampai skang aku masih terasa kehilangannya walau aku bukanlah terlalu rapat semasa hayatnya.bulan ogos,aku manjadi OP bagi satu wedding.ini betul1 aku anggap sbg customer sbb aku jumpa masa hari wedding.september,oktober dan november,aku terlalu sibuk.kepala aku penuh dgn bermacam2 perkara.aku betul2 kuatkan semangat masa tu.

disember setiap tahun adalah bulan genting aku,sbbnya aku perlu close akaun,siapkan bajet tahun depan,habiskan duit kerajaan,dll.dan tahun 2008 aku rasa aku layak dipanggil workoholic.

tahun 2008 gak,aku banyak sgt makan kenduri kawan2.*cuma turn aku je belum sampai*,kadang2 stress gak bila ada cakap2 tapi aku tahu "JODOH ITU RAHSIA ALLAH",biarlah org kata aku nie demanded atau apa saja tapi hanya aku tahu rasa hati aku..kepada AWAK...saya harap awak bahagia,saya terima hakikat antara kita tiada jodoh,mulanya susah gak sy nak lupakan awak tapi skang sudah hilang rasa di hati saya..tapi kenangan dgn awak buat saya tersenyum sampai bila-bila

2008 gak menyaksikan aku bukan lagi blogger tegar,pertama kerana kesibukan aku yg melampau dan kedua atas gangguan dari sorang blogger.*actually dia baru saja bergelar blogger*.hanya mereka yg benar2 rapat je tahu.ada yg suruh aku tunjuk lagi kehebatan aku pada budak tu.tapi itu bukanlah aku.aku tak ingin panjang2 cerita.pada budak tu,what u give u get back.so face it as what i'm face it before,dia patutnya bersyukur kerana aku tidak buat seperti apa yg dia pernah buat pada aku.so dia skang adalah antara kawan2 anda semua.wish u all good luck!!!~hehehehe

wah panjang sudah aku menulis,lepaskan gian.bulan nie baru entri ke3.hehehe.so aku harap tahun yg akan datang membuatkan aku lebih dewasa dalam berpikir.aku nak hilangkan sikap panas baran aku ni*2008 dah hilang sket*,dan kalau boleh aku nak ada mysoul plak(aku dah ada myheart&myken).semoga tahun 2009 akan lebih membahagiakan aku dan anda semua*muaaaaaaaaaaaah* owh ya.ini blog peribadi aku,kalau nak tgk gambar masuk ke photoblog aku http://thehunterstudio.blogspot.com


nota jari:salam happy birthday buat my sweet maliha anouskha.may Allah bless u.amin....

Thursday, December 11, 2008

cerita hari ini..

assalamualaikum wbt.....

kembali balik aku disini.baru berkempatan menulis selepas minggu-minggu yg sgt sibuk dan stress.hidup aku sekejap kesana sekejap kesini..dan myheart manjadi umah kedua dan almari kedua aku.hari ni aku dah habis kursus intensif usm selama 3minggu.walaupun 3minggu tidak dipenuhi dgn kelas tapi aku kena terkejar ke opis dan ini sungguh memenatkan badan aku.kaki aku pun makin teruk.

3minggu ni macam2 benda yang menyerabutkan kepala hotak aku,tapi nak xnak kena la teruskan jugak sbb pilihan ini,aku yng buat tanpa paksaan dari mana2 pihak.by hook or crook aku kena lakukan jua.dan belajar secara jarak jauh sgt2 memerlukan motivasi yang tinggi,komitmen yang tinggi dan jugak pengorbanan yang tinggi (semua itu agak susah bagi aku yg rendah ni)

minggu ni aku ada shoot wedding lagi,mungkin ini last shoot for this year dan insyallah for 2009 aku ingin serius.tahun 2008 adalah tahun percubaan dan main-main dan mungkin 2009 untuk aku kutip hasil segala pelaburan aku pada tahun 2008.

nota jari:bulan mei 2009 dah ada orang booking aku weiiii :)

Monday, December 1, 2008

ramainya kawen...

assalamualaikum wbt.....








penat.penat dan penat.itu je yg aku rasa skang ni.terkejar sana.terkejar sini.adoi la.nasib baik 2 hri ni takde kelas.so boleh la berehat kejap sambil2 menjenguk opis melihat apa yg patut.tak lupa gak leh buat editing gambo sket2.
semalam(ahad),kawan opis aku kawen.die budak kelantan dan bertemu jodoh dgn budak kampung aku.inilah yang dikatakan jodoh kan~hehehehe.so mmg aku nie sbg OP die la.memandangkan majlis nie tiada persandingan so aku lebih fokus kepada outdoor la.
editing kali ni aku ikut style ACAI-si budak jawe kita.aku suka tgk style die.selalu ikut cara fotographer yg mmg dah pro.tapi sekali tgk style acai,terus aku suka.simple but theres something....well done cai sbb 1st job je dah dapat bina identiti sendiri.makin kaya la acai pasni~bila nak belanja ni :)
nota jari:dalam masa 3 week ni aku sgt banyak exam.so doa2kan aku ye.