Friday, August 28, 2009

cerita hari ini

salam,

hari ni dah seminggu puasa.
tahun ni tak terasa sgt
sbb hujan je.

hari ni birthday awak,
awak..kawan baik saya (tapi sy je yg baik kat awak)
selamat hari lahir
semoga panjang umo dan dipercepatkan jodoh.
aminnnn

nota kaki:hadiah birthday xdapat nak bago on the dot.sian aku nyusahkan kak zila :p
assalamualaikum wbt... Photobucket hari ni bithday salah seorang sahabat aku.tapi dia dah pindah balik ke kampung halaman.walaupun jauh.aku tetap akan ingat,insyallah.so SELAMAT HARI LAHIR awak.semoga dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh awak dengan si dia.so bila dah jauh.mst igt balik kan.hadiah saya pada awak tahun lepas...kat bawah ni :p hope masa baca entri ni (kalau la baca..)awak dah terima hadiah saya tahun ni :)   nota kaki: kejap saja dah 7 Ramadhan.hanya tinggal 23 hari untuk kita sama2 menikmati kemuliaan bulan ini.renung-renungkan dan selamat beramal :)

Thursday, August 13, 2009

berdoa dan terus berdoa

assalamualaikum wbt...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,

Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

aku terima email dari sorang kawan masa aku kursus BTN dulu.aku dah pernah dgr kata2 ni.tapi kekadang kita tak mampu nak igt semuanya.dan bila email ni aku terima.sesuai sgt dgn situasi aku skang ni.

esok bapak kene buat scoop plak.iaitu masukkan camera kedalam paru2 untuk nak lihat apa yg ada kat situ.aku berdoa semoga semuanya selamat.risau.sudah tentu sgt risau.tapi aku nak lihat bapak sihat mcm dulu.so aku kene terima apa saja yg perlu demi kesihatan bapak.dalam tempoh beberapa minggu ni.mcm2 hal jadi dalam hidup aku dah sekeliling aku.dugaan dtg bertimpa2.sesabar mungkin aku cuba bertahan.

dalam tempoh ni juga.bos sudah bertukar.walau dulu selalu berdoa agar bos sebelum ini kembali ke tempat asal.tapi kalau boleh aku taknak keadaan spt ni jadi.bos aku amik cuti tanpa gaji sbb nak jaga husband dia yg diserang strok.tindakan drastik yg dia ambil mmg mengejutkan semua pihak.aku tau ramai yg suka.tapi bagi aku setiap org ada kelebihan dan kelemahan.

nota kaki:bulan ni birthday kawan baik aku.sudah lama kami terputus hubungan.aku redha.pasti ada hikmah disebalik kejadian.insyallah aku tetap akan tunaikan janji hadiah aku pada dia..

Sunday, August 9, 2009

aku sedih :(

assalamualaikum wbt...

walau seminggu nampak aku ok.selera makan aku ok.tapi tak siapa tahu gelodak rasa dalam hati dan jiwa aku.hanya Dia saja yg tahu.tidak kengkawan aku.tidak juga famili aku.dalaman aku sgt2 lemah sebenarnya.tapi kucuba sedaya upaya turutkan juga nasihat mereka yg terdekat agar aku kuat.jgn tunjuk kesedihan aku.

esok bapak kene x-ray lagi.kalau ikutkan aku takut nak hadapi mingu ni.sbb aku macam x bersedia nak dgr hasil ujian diagnosis bapak.walau aku siang malam berdoa agar bapak dijauhkan dari penyakit berbahaya.bapak juga semakin lama semakin kurus.aku tau bapak mst curi2 merokok kat luar.bayangkan 50tahun bapak hidup dgn merokok.bukan senang bapak nak buang sekaligus.bila tgk bapak.aku sedih.sedih mengenangkan bapak belikan makan untuk aku tiap2 pagi.sedih atas segala2nya yg bapak dah buat pada aku.satu2nya zuriat pompuan yg bapak ada :(

kala ini.aku rasa aku sgt2 perlukan pelukan dari kawan2 aku.pelukan semangat buat aku.sebab aku terlalu lemah.lemah dari segi mental dan fizikal.

nota kaki:tiba2 teringat pada kak ily.yg sll bagi semangat setiap kali aku dilanda masalah.