Tuesday, June 16, 2009

kita semua akan mati...

assalamualaikum wbt...
  "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan kembali"-AL-Anbiyaa 21:35

Semalam (15 Jun 2009),bapa saudara aku telah meninggal dunia akibat serangan jantung.Dalam lebih kurang pukul 6 adik aku call mak bagitau pakcik dibawa ke hospital sbb penat dan sesak nafas dan beberapa minit lepas tu adik aku call bagitau pakcik aku dah meninggal. Pakcik merupakan adik ipar kepada mak aku.Mereka yang mengambil adik aku sebagai anak angkat mereka sbb tiada zuriat.so memang hubungan kami semua agak rapat sbb pakcik aku tak pernah nak memutuskan hubungan kami adik beradik.bahkan pakcik sll datang melawat kami.Baru sabtu lepas aku sembang dgn pakcik bila aku terjengket2 nak capai buah rambutan kat umah tok. Orang yg baik sllnya mudah benar mereka menghadapi kematian.mereka tidak menyusahkan mana2 pihak.Cuma terkilan bila dia cakap nak pergi melawat sekali lagi anak buah aku yg baru lahir.memang dia agak teruja dapat cucu saudara.Beria2 benar ajak adiknya bawak g melawat anak buah aku masa baru2 lahir di hospital. Sekarang ni tgllah makcik aku sebatang kara.Walau ada adik aku,tapi aku rasa aku dan mak lebih bertanggungjawab nak menjaga n menjenguk makcik.Mesti sukar dia nak menghadapi memandangkan mereka berdua langsung tak pernah berpisah.Pergi mana pun berdua.Ya Allah berilah kekuatan pada dia.. nota kaki:pakcik seakan tahu saat kematian dia akan tiba bila dia membeli katil bujang dan tilan beberapa hari sebelum arwah.kemudian dia bawa makcik jumpa kawannya kalau ada apa2 hal nak uruskan pasal pencen.Bahkan siap bagitau makcik kalau dia pergi dulu,minta makcik bawa jasadnya ke rumah ibunya..Al-Fatihah buat Jaafar bin Talib

No comments: