Sunday, April 19, 2009

Kuasa Kemaafan

assalamualaikum wbt... erk entri ini aku tujukan buat seseorang yg sudah biul gara2 aku. juga boleh dijadikan sebagi panduan untuk yg lain juga.aku nak clearkan kat sini.aku sudah memaafkan kamu.tapi itu bukan beerti aku izinkan kamu kembali berdamping dgn aku.aku sudah ada jalan aku sendiri.komitmen aku sendiri.kematangan aku sendiri.maka kamu juga perlu punya semua itu.sudahlah dari merosakkan diri kamu hanya kerna inginkan kemaafan dari aku.sbbnya hanya aku saja yang tau bahawa aku mmg sudah memaafkan kamu.lagipun aku bukan org yang perfect utk kamu kagumi.sudahlah dari menggangu org2 terdekat dan rapat dgn aku hanya kerna kamu inginkan kemaafan dari aku.aku bukan tuhan atau malaikat.aku manusia biasa.aku tidak dapat tunjukkan apa2 kekuasaan utk buktikan yang aku sudah maafkan kamu.cukuplah antara aku dan Dia yg satu tau aku memang sudah memafkan.satu yg aku suka bila aku sudah memaafkan kamu ialah aku sudah tidak kisah membenarkan kamu masuk melawat aku di blog ini.hidup aku sudah semakin ceria.aku tidak ada rasa meluat bila kawan aku bercerita ttg kamu yang mintak tolong itu dan ini.jiwa aku tenang dan ceria.itu tandanya aku mmg sudah maafkan kamu.maka kamu harus hargainya dgn tidak lagi menggangu aku.itu yang aku mahu.aku xperlukan apa2 hadiah.apa2 sms.apa2 call.aku sudah matang.bukan lagi budak2 zaman universiti.harap kamu paham! so marilah sama2 share artikel yang aku pinjam dari blog lincomel:
  • Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.
  • Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.
  • Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”
  • Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.
  • Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.
  • Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
  • Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.
nota kaki 1: aku harap kawan2 yg cuba nak nasihat aku tidak lagi berbuat demikian.aku bukan lagi budak kecil yang tidak tahu hendak berpikir.sesiapa yg pernah kenal dan bersembang dgn aku tentu tau kematangan fikiran aku.aku pergi dari dunia ini kerana bersebab dan aku kembali berblogging jugak kerana bersebab.terima kasih atas segalanya.. nota kaki 2: aku masih ada 3 paper final.ada yang tanya.rajin aku online skang ni.so aku nak bagitau yg nota2 exam aku semua dlm web/portal.habis exam maka kuranglah berjalan agaknya sementelah aku akan kembali busy dgn komitmen aku di opis

No comments: