Sunday, October 18, 2009

syukur...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah.syukur sangat yang aku tak dapat nak digambarkan dengan apa-apa.result ct scan bapak dah keluar dan bapak dah dijauhi dari penyakit bahaya seperti kanser dan tibi.cumanya selepas 3 bulan bapak kena xray lagi sebab nak pastikan samada air yang ada dalam paru2 bapak kembalik banyak atau tidak.

nota kaki: aku ada bernazar,kalau bapak dijauhi dari penyakit akan puasa 3 hari

Tuesday, October 13, 2009

kembali ke sini....

assalamualaikum wbt...

setelah mengambil kita beberapa aspek kehidupan~hahaha.rasanya selepas ini aku akan kembali menulis kat sini.sekarang macam-macam perkara peribadi yang jadi dalam hidup aku.dan kadang kala emosi aku tak terkawal.so rasanya bukan dengan semua orang aku mampu nak share.persepsi semua orang pada aku pun bukkanya sama.so lebih baik menulis disini.

blog satu lagi,aku akan tumpukan dengan hasil-hasil fotografi aku.mungkin sesekali saja menyelit dengan beberapa kisah.lagi pulak,aku sudah tidak mengaktifkan diri aku lagi dengan aktiviti msjbox.bukannya aku melupakan mereka.kalau aku turun ke kl sesekali pasti aku tidak lupa contact mereka yg aku sayang.serius.aku betul2 sayangkan persahabatan msjbox aku.thanks buddies.

khamis ni mungkin penyakit sebenar bapak akan tahu.biasanya bila dah buat ct scan 100% resultnya akan diketahui.kekadang aku rasa aku kuat nak hadapi segala kemungkinan.dan dalam masa yg sama aku akui,sesungguhnya jiwa aku sgt2 lemah.org cakap best jadi anak pompuan tunggal ni.aku akui.tapi dalam pada itu,tanggungjawab besar buat aku.kadang2 aku stress juga dalam famili.bukan senang nak hadapi lelaki-lelaki dalam umah aku.semuanya dgn kepala masing2 bahkan sedikit sebanyak aku akui hormon mereka juga mempengaruhi kehidupan aku.dengan sikap temper aku.macam mana agaknya mak selama berpuluh2 tahun menghadapi situasi ni kan.

selain tu,satu lagi rumah sewa didirikan depan umah aku.bagi yg pernah sampai kat umah aku.mst akan terkejutkan.dah la nak masuk umah aku tu hanya muat sebiji motor,sekarang pulak ada lagi sebuah rumah sewa didirikan.ya betul.jgn terkejut.sadis betul bila org melatu buat kita mcm tu kan.rentetan kes ni,aku akan akan ceritakan pada entri seterusnya kelak...

nota kaki: betul ke,semakin banyak kita diuji..itu tandanya Dia sayangkan kita..

Sunday, October 11, 2009

uji...

assalamualaikum wbt...

tahun ini aku benar-benar diuji.
aku seperti tidak mampu bertahan
ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini.

nota kaki:aku seperti sudah tidak mahu menulis di blog itu lagi.biarlah hanya hasil fotografi aku disana.

Friday, September 11, 2009

Ramadhan kali ni...

assalamualaikum wbt...

ramadhan kali ini tdk seperti ramadhan2 yg dulu.ramadhan kali ini aku diuji.dgn bapak yg sakit.even kesakitan yg tak nampak sbb tak terlantar.tapi aku tau bapak sakit.

ramadhan kali ni jugak,aku hanya menjengah masjid hanya sekali bg sembahyang tarawikh.aku tdk sampai ati nak tgl bapak sorang2 bila semua ke masjid.walau aku xperlu buat apa2 tapi cukupla aku kat umah temankan bapak.kalau ramadhan2 yg lalu.aku dan bapaklah yg akan tarawikh kat masjid.kekadang bapak akn tunggu aku dgn basikalnya bila aku buat sampai 20 rakaat.yelah nak masuk kg tu gelap

benarlah kata org menjaga org sakit ini memerlukan kesabaran yg tinggi.kdg2 cakap kita langsung taknak didengar.kdg2 marah2 kita.alhamdulillah sampai sekarang aku masih sabar menghadapi dugaan ini.aku sendiri tidak tahu dimana munculkan kesabaran dlm diri aku sbb inilah masalah utama aku.aku bukan seorang yg penyabar.semua org tahu ttg itu bahkan sikap panas baran aku yg sedaya upaya aku cuba kikis.

tadi hospital call aku.bagitau yg bapak perlu jumpa doktor rabu depan.even sepatutnya selepas raya appointment bapak seterusnya.aku tidak sedap hati.pasti ada yg tidak kena.sepanjang pulang dr opis.air mata aku xberhenti2 keluar.aku ingin jadi kuat dan tabah.tapi aku tak mampu :(

pada Tuhan aku mohon agar bapak dijauhkan penyakit2 bahaya.mohon aku diberi kekuatan atas segala kemungkinan.mohon dikuatkan semangat kami sekeluarga dan diberi kesabaran atas ujianNya.amin...

nota kaki:terus hilang segala mood aku :(

Friday, August 28, 2009

cerita hari ini

salam,

hari ni dah seminggu puasa.
tahun ni tak terasa sgt
sbb hujan je.

hari ni birthday awak,
awak..kawan baik saya (tapi sy je yg baik kat awak)
selamat hari lahir
semoga panjang umo dan dipercepatkan jodoh.
aminnnn

nota kaki:hadiah birthday xdapat nak bago on the dot.sian aku nyusahkan kak zila :p
assalamualaikum wbt... Photobucket hari ni bithday salah seorang sahabat aku.tapi dia dah pindah balik ke kampung halaman.walaupun jauh.aku tetap akan ingat,insyallah.so SELAMAT HARI LAHIR awak.semoga dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh awak dengan si dia.so bila dah jauh.mst igt balik kan.hadiah saya pada awak tahun lepas...kat bawah ni :p hope masa baca entri ni (kalau la baca..)awak dah terima hadiah saya tahun ni :)   nota kaki: kejap saja dah 7 Ramadhan.hanya tinggal 23 hari untuk kita sama2 menikmati kemuliaan bulan ini.renung-renungkan dan selamat beramal :)

Thursday, August 13, 2009

berdoa dan terus berdoa

assalamualaikum wbt...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,

Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

aku terima email dari sorang kawan masa aku kursus BTN dulu.aku dah pernah dgr kata2 ni.tapi kekadang kita tak mampu nak igt semuanya.dan bila email ni aku terima.sesuai sgt dgn situasi aku skang ni.

esok bapak kene buat scoop plak.iaitu masukkan camera kedalam paru2 untuk nak lihat apa yg ada kat situ.aku berdoa semoga semuanya selamat.risau.sudah tentu sgt risau.tapi aku nak lihat bapak sihat mcm dulu.so aku kene terima apa saja yg perlu demi kesihatan bapak.dalam tempoh beberapa minggu ni.mcm2 hal jadi dalam hidup aku dah sekeliling aku.dugaan dtg bertimpa2.sesabar mungkin aku cuba bertahan.

dalam tempoh ni juga.bos sudah bertukar.walau dulu selalu berdoa agar bos sebelum ini kembali ke tempat asal.tapi kalau boleh aku taknak keadaan spt ni jadi.bos aku amik cuti tanpa gaji sbb nak jaga husband dia yg diserang strok.tindakan drastik yg dia ambil mmg mengejutkan semua pihak.aku tau ramai yg suka.tapi bagi aku setiap org ada kelebihan dan kelemahan.

nota kaki:bulan ni birthday kawan baik aku.sudah lama kami terputus hubungan.aku redha.pasti ada hikmah disebalik kejadian.insyallah aku tetap akan tunaikan janji hadiah aku pada dia..

Sunday, August 9, 2009

aku sedih :(

assalamualaikum wbt...

walau seminggu nampak aku ok.selera makan aku ok.tapi tak siapa tahu gelodak rasa dalam hati dan jiwa aku.hanya Dia saja yg tahu.tidak kengkawan aku.tidak juga famili aku.dalaman aku sgt2 lemah sebenarnya.tapi kucuba sedaya upaya turutkan juga nasihat mereka yg terdekat agar aku kuat.jgn tunjuk kesedihan aku.

esok bapak kene x-ray lagi.kalau ikutkan aku takut nak hadapi mingu ni.sbb aku macam x bersedia nak dgr hasil ujian diagnosis bapak.walau aku siang malam berdoa agar bapak dijauhkan dari penyakit berbahaya.bapak juga semakin lama semakin kurus.aku tau bapak mst curi2 merokok kat luar.bayangkan 50tahun bapak hidup dgn merokok.bukan senang bapak nak buang sekaligus.bila tgk bapak.aku sedih.sedih mengenangkan bapak belikan makan untuk aku tiap2 pagi.sedih atas segala2nya yg bapak dah buat pada aku.satu2nya zuriat pompuan yg bapak ada :(

kala ini.aku rasa aku sgt2 perlukan pelukan dari kawan2 aku.pelukan semangat buat aku.sebab aku terlalu lemah.lemah dari segi mental dan fizikal.

nota kaki:tiba2 teringat pada kak ily.yg sll bagi semangat setiap kali aku dilanda masalah.

Friday, July 31, 2009

:(

assalamualaikum wbt...

lemah dan sangat lemah.beginilah keadaan aku skang ni.sesungguhnya hanya Dia yg mempunyai kekuasaan kepada kita.dan sebagai hamba kita perlu kuat dalam menempuh ujian.Ya Allah,kenapa aku selemah ini.baru sedikit ujian yang Kau beri,aku sudah sgt2 lemah.

bapak aku kene admit di HPP stat hari jumaat,24 Julai sampai 31 julai.mulanya akibat penat dan bila hasil X-ray keluar,bapak mempunyai masalah di paru-paru.sbb utama semestinyalah akibat merokok.tapping telah dbuat dibhgn paru2 beliau dan hasilnya banyak air bewarna kuning yg disedut keluar.Ya Tuhan,aku mula pening,mual dan muntah bila tgk bende ni semua.mak juga yg kuat.keadaan bapak sgt2 kesian.

memandangkan aku keje kat KKM dan kawan2 aku pon ada terdiri dari staff nurse instructor so mereka banyak dtg tgk report bapak aku.ya Tuhan ujian lagi.bapak aku suspek kanser paru-paru.bayangkan dunia aku.aku yg sememangnya lemah.bertambah2 lemah bila dgr berita ni.hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku.kalau seminggu ni ditadah air mata aku,rasanya sudah penuh baldi.

baru kini aku rasakan,berat mata memandang.berat lagi bahu yang memikulnya.hidup aku sedikit kacau bila.terlalu banyak benda dalam otak fikiran aku.dengan kesihatan mak yg jugak tak berapa sihat.sesungguhnya aku benar2 merasai betapa kerdilnya diri aku sekarang ni.aku mohon kengkawan aku sama2 mendoakan agar bapak aku dijauhkan dari penyakit2 yg berbahaya.dan semoga aku diberi kekuatan menghadapi ujian getir ni.terima kasih.

nota kaki:bila time-time mcm ni,Tuhan juga tunjukkan kita,siapa itu kawan masa senang dan kawan masa susah :(

Tuesday, July 21, 2009

....entri buat sahabat

assalamualaikum wbt...

awak,
masa sy tulis email ni.mata sy dah ngantok sebenarnya.tapi sy gagahkan jugak.sbb sbg sahabat sy perlu menyatakan rasa hati sy walaupon sy tiada niat nak melukakan.kalau awak akan rasa terluka.maaf terlebih dulu sy pohon...

awak,
sy terharu..bila awak pilih saya untuk share masalah awak.itu menunjukkan sy adalah istimewa ataupun seorang yg boleh dipercayai oleh awak.terima kasih untuk itu.tapi sy harap awak tidak hanya memilih sy diwaktu awak bersedih sahaja.sbb diwaktu ceria awak,sy juga masih wujud disini.

awak,
sy bukanlah seorang yang pakar dalam percintaan.kalu org tgk saya pon.org mst anggap sy tidak pandai bercinta.biarlah apa jua tanggapan org pada sy..sy tau apa yg hati saya nak berdasarkan pertimbangan akal dan juga emosi.so anggaplah apa jua nasihat sy disini bukan hanya ingin awak hilangkan stress pada masa ini.tapi jugak,sy inginkan kebahagiaan jangka masa panjang awak.sy terlalu sygkan awak.sbb itu sy sedih,kecewa.dan marah bila org yg sy syg jadi mcm ni.sy taknak salahkan org yg awak panggil bakal suami itu sahaja tapi saya juga nak salahkan awak sbb tidak pandai memilih jalan keluar.awak seolah2 terlalu desparate pada dia.sy mengaku mungkin awak sygkan dia tetapi sayang awak bukan hanya untuk hari ni,tetapi juga tuk sok...lusa dan selamanya...

awak,
selepas apa yg berlaku,apa lagi yg awak harapkan dari dia.selepas awak dah terlalu bekorban untuk dia.ini balasan yg dia bagi pada awak.bukan sikit pengorbanan awak kat dia.awak menipu org2 opis dan mengheret sy menjadi seorang penipu jugak.dan yg paling sedih bila awak sanggup menipu sy...seorang yg sanggup buat apa sj untuk awak.sanggup menangis dan ketawa bersama-sama awak.awak sll kata sy kawan terbaik yg awak pernah jumpa dan sy rasa pon sy sudah melakukan yg terbaik sbg sahabat awak.tapi sy kecewa bila awak membiarkan diri awak mcm ni.apa lagi yg awak harapkan dari org yg xpernah menghargai setiap pengorbanan awak.

awak,
sedarlah....sedarlah...dan tekadlah untuk tglkan dia.saya bukan nak mengajar awak kadi jahat.tapi demi kebaikan awak.sy nampak benda ni.sbb sy tak lalui.so sy masih boleh menggunakan pertimbangan akal yg waras sdgkan awak melaluinya so pertimbangan akal awak menjadi sempit.awak...sy bukannya jeles atau apa.tetapi sy syg kan awak.syg sgt2 dan sy taknak awak kecewa lagi.dah banyak sgt airmata yg awak buang sbb dia.sbbnya dia tidak akan pernah berubah.sampai kawen kelak pon macam ni.buat apa awak dah tau awak akan menuju bahaya so...tgllkan...jgn sanggup meredah api yang akan membakar diri awak....

awak,
saya tau.jodoh itu rahsia Allah.andai kata jodoh awak dgn dia kuat.maka suatu hari nanti pasti awak dan dia akan bersatu.itu tak mungkin dapat sy nafikan.tetapi awak,kita diberi hak untuk berusaha atas sesuatu..maka berusahalah awak...sy sentiasa menyokong awak.mungkin luaran sy nampak jahat.kasar.tapi sepanjang awak kenal sy.pernah ke sy tgllkan awak bila awak dalam kesusahan.tidak sesekali pon.even hati saya dah banyak terluka sbb awak tetapi saya kene terima hakikkat yg awak juga manusia biasa yg punya emosi.so walau seteruk mana pon awak pernah buat saya.tetapi sbb kasih sayang sy pada awak sgt kuat.maka sekuat itulah sy akan cuba membantu awak.tetapi usaha sy akan sia-sia jika awak tidak membantu diri awak sendiri..

awak,
saya bukanlah jenis org yg percaya pada bomoh2 ni.tetapi kekadang sy rasa yg awak ni dah dibomohkan.sbb mcm mana pon awak tetap akan balik ke dia.walau seteruk mana pon dah jadi.awak...awak bukan xde rupa.sekali awak lepaskan dia...berduyun2 lelaki akan tackle awak.so jgnlah terlalu mengharap pada lelaki yg tak pandai nak hargai awak.kekadang sy pikir yg dia tu sakit jiwa dan terlalu obses terhadap awak.so mmg awak membayakan diri awak jika sampai tahap tu.mintak la tolong famili awak tgk2 kalau awak dah terkena ke apa ke....sy dah jauh nak bantu awak dan awak yg buat kita jauh...

awak,
sebagai sahabat yang sayang awak lebih dari diri saya sendiri.putuskanlah hubungan awak dengan dia.dan percayalah saya sygkan awak dan sy tidak akan bagi nasihat yang akan menghacurkan masa depan awak.andai kata nasihat sy ni awak tak suka...kita akhiri saja persahabatan kita disini..sbb sy tak sanggup nak tgk org yang sy syg sgt2 menderita.pilihan di tangan awak...

.....yang sayang awak..
saya
teluk bahang
10.33pm

Saturday, July 18, 2009

hurm...

assalamualaikum wbt...

saya gembira bila awak cari saya untuk share masalah awak.
sbb itu buat saya rasa saya istimewa dalam hidup awak.
tapi saya sedih bila awak lupakan saya bila dah settle masalah awak.
sebab itu akan buat saya rasa,saya seorang yang bodoh.

nota kaki:Allah itu maha adil,Dia tau setiap apa yang terjadi

Thursday, July 16, 2009

rasa

assalamualaikum wbt

sudah 3 tahun.
hati aku pada kamu.
sampai bila.
aku tak pasti

nota kaki:tetiba kita sms semalam kan :)

Tuesday, July 14, 2009

DEMI MASA

 Photobucket   assalamualaikum wbt... perghhh.mmg busy sungguh aku skang ni.sesunnguh busy yang tak mampu aku nak ucap dgn kata-kata.lihat aje statistik kat bawah ni:
  • hampir 2 minggu aku tak makan masakan mak.
  • rambut aku dah panjang dan tak terurus.
  • berat badan aku dah bertambah dari berat ke sgt berat.
  • aku kene saman buat pertama kali sbb melebihi had laju.melayang rm200 lepas diskaun.cis!
  • dah terlalu lama tak hang out dgn kak zila layan movie.
  • langsung tak pergi kelas semester ni.baru semalam bukak portal :)
  • mak sampai cakap aku nampak cerah sikit*wakakakaka*yelah masa banyak habiskan dalam aircond opis.sabtu ahad pon kat opis.
  • walaupun dah masuk Julai.cuti tahun lepas pon aku tak habiskan lagi.campur cuti tahun ni.maka akan bercuti2 la aku kelak (perasan mcm bos nak lepaskan aku)
  • paling sedih sbb cancel plan nak tgk game manutd.lawan m'sia (huwaaaaaaa)
  • baru habiskan semua custom album customer.thanks kerana memahami.
tadi aku baru saje submitkan satu tugasan yg benar2 buat aku jadi workaholic dan sewel selama beberapa bulan.harap semuanya  diterima oleh pihak atasan.bukan senang nak handle project bernilai rm600k.gilos!!!tapi andai kata diluluskan maka aku akan sekali lagi pening~hahahaha. nota kaki:harap plan nak bercuti bersama teman2 akan berjaya.boss dah cakap." i luluskan cuti u,but anytime i akan panggil u balik" huwaaaaaaaa.